DIA duduk di pinggir bukit. Pemandangan bandar Kuala Lumpur jadi tatapannya. Lututnya dipeluk erat. Fikiran pula melayang entah kemana. Mungkin masih lagi memikirkan hala tuju hidup mereka.
Dia menghela nafas berat.
Biarlah tuhan menjadi saksi bahawa sesungguhnya dia betul-betul mencintai Amina dengan tulus. Biarlah tuhan yang menentukan hati ini. Dia yang mengajarinya cara mencintai. Tapi tidak mengajarinya cara berhenti. Hilang komunikasi kita lalu kau menjelma dalam mimpi. Serindu itukah dia pada perempuan itu? Dia tak ingin rindunya mengganggu Amina tapi dia juga tak ingin rindu ini menyiksanya. Jadi dia tidak tahu harus buat apa.
Tuhan, dia penat. Sudah terlalu lelah dengan keadaan sekarang ini. Tidak tahu harus buat apa. Harus pergi atau harus menunggu? Jika benar aku tiada lagi dalam kisahnya, Kau matikanlah rasaku ini terhadapnya. Supaya hati ini tidak terus terusan berharap.
Sekarang ni baru dia sedar yang Amina memang bukan ditakdirkan untuknya. Mungkin memang sejak awal lagi Amina mungkin jodoh alongnya. Tapi bukan jodoh di dunia tapi mereka mungkin berjodoh di akhirat.
Dia pula mungkin seorang watak tambahan untuk cerita mereka. Watak antagonist dalam kisah mereka. Ataupun watak orang kedua yang tak mungkin akan bersama heroin. Amina bukan heroinnya.
Bukan heroin.
Ryan senyum kelat. "It's okey. You still my favourite memories."
Ryan menghela nafas berat. Cuba untuk menerima takdir. Cuba untuk mengalah dengan takdir hidupnya yang sudah ditentukan. Mungkin dengan cara ini hidupnya akan lebih tenang. Tidak terbeban lagi dengan perasaan.
Dia memandang bulan purnama malam ini. Bulan yang begitu cantik. Cahayanya menerangi seluruh bandar Kuala Lumpur. Tapi tak mampu menerangi hidupnya yang kelam.
"I kept loving the moon while she was waiting for the sun." gumamnya perlahan.
"Who said the moon waiting for the sun?" soal seseorang dari belakang. Ryan terus pusingkan badannya ke belakang apabila mendengar suara itu. Suara yang dirindukan.
"The moon is still waiting for the star every single night." ujar pemilik suara tu lagi.
"Mina?" sebut Ryan perlahan.
Macam tak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang ni. Amina sedang berdiri di depannya sambil tersenyum lebar.
Amina anggukkan kepalanya. "Yes. I'm still here. I'm here waiting for you. Waiting for my star." balasnya.
Berkaca mata Ryan dengar balasan yang keluar dari mulut Amina itu. Macam mimpi pun ada.
"Is that you?" sungguh dia masih tidak percaya.
"Yes."
"Am I dreaming? I dreaming, right?"
Amina gelengkan kepalanya. "No."
Ryan meraup mukanya. Ya Allah betul ke Amina yang dihadapannya ini. Adakah ini hanya mimpi? Atau sekadar ilusi? Ryan kesat air matanya yang menetes di pipi.
"Hey, can I have my home back?" tanya Amina. Tangannya sudah didepakan. Bibirnya tak lepas dari senyuman.
Ryan yang dengar soalan itu terus berlari kearah Amina sebelum menarik tubuh itu masuk ke dalam pelukannya. Air matanya kembali merembes ke pipi. Dia bersyukur sangat-sangat. Tak tahu mahu diucapkan macam mana betapa dia bersyukur.
YOU ARE READING
BUKAN HEROIN
Romance|2023| COMPLETE REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...