Part 15

763 25 0
                                    

AMINA berjalan di sebuah lorong yang agak gelap. Dia agak takut sebenarnya. Silap dia memarking keretanya agar jauh dari pasar malam. Habis kerja tadi dia sebenarnya mahu balik ke rumah terus tapi dia nampak macam meriah je makanan dekat pasar malam hari ini. Jadi dia berhajat mahu berhenti la sebentar untuk mencari makanan untuk makan malam. Tapi malangnya tempat parking takde yang kosong. Jadi dia terpaksa mencari tempat parking yang agak jauh sedikit.

Amina berjalan laju menuju kearah keretanya. Angin malam yang yang menghembus terkena kulitnya menambahkan lagi keseraman. Bulu romanya sudah berdiri apabila memikirkan hal-hal yang buruk akan berlaku.

Mana la tahu dia di tarik oleh sekumpulan lelaki ke. Lepas tu dirogol ramai-ramai. Lepas tu kena bunuh. Lagipun tempat ini tempat yang agak sunyi dan jauh dari rumah orang. Nak minta tolong pun tak sempat. Seriau pula kalau memikirkan hal itu.

"Bodoh la kau, Mina. Siapa suruh kau parking jauh-jauh sangat. Kan dah susah sekarang ni." Dia mengomel sorang-sorang.

Sedang dia berjalan, dia ternampak bayang orang mengekori dari arah belakang. Dia pusingkan wajahnya ke belakang. Tapi tiada siapa-siapa. Semakin takut pula dia. Hantu ke?

"Siapa tu!!" laungnya

Tapi laungannya tidak ada yang menyahut.

'Mungkin imaginasi aku je kot, sebab aku terlalu takut' gumamnya dalam hati. Sebenarnya lebih kepada mahu menyedapkan hati dia sahaja.

Dia terus menyambung berjalan semula. Sekali lagi dia ternampak bayangan hitam mengekorinya. Kali ini dia bukan lagi bermimpi kerana dengan jelas dia nampak bayangan itu seperti sosok lelaki. Bukan setakat bayang je kalini, dia terdengar tapak kasut sosok itu semakin menghampirinya. Kali ni dia harus lari laju-laju.

Belum sempat dia lari, beg tangannya sudah di tarik dengan kasar oleh sosok yang mengekorinya tadi. Semua makanan yang baru dibeli di pasar malam tadi habis berterabur di atas tar akibat tarikan kuat itu.

"Ahhhhh!!!! Tolong!! "

Amina menjerit kerana ketakutan. Tindakan lelaki itu terlalu pantas. Beg tangannya dipegang kemas supaya tidak terlepas daripada tangannya.

"Tolong!!!! Tolong!! Ada perompak!!"

Tubuhnya ditolak kasar oleh susuk lelaki itu menyebabkan badannya terjatuh di atas tar. Beg tangannya pula sudah terpelenting sebelah kanannya. Lelaki itu terus mengambil beg itu lalu berlari dari situ.

"Tolong!!"

Belum sempat lelaki itu berlari jauh, seorang yang datang dari arah belakang terus menendang belakang perompak itu. Terjatuh badan itu di atas tar. Badan perompak itu ditindih lalu muka perompak itu ditumbuk berkali-kali sehingga menyebabkan muka lelaki itu berdarah. Perompak itu sudah kehabisan tenaga. Beg yang berada di sebelah perompak itu diambil.

Belum sempat lelaki itu mahu bangun daripada menindih perompak itu, perompak itu dengan tiba-tiba mengeluarkan pisau rambo dari belakang seluar nya. Tanpa fikir panjang, dia terus menghunus pisau ke arah perut lelaki itu. Tapi tindakan perompak itu sempat dibaca oleh lelaki itu. Pisau itu sempat dipegang oleh lelaki itu menyebabkan pisau terus melenting jauh dari arah mereka. Badan lelaki yang menindih perompak itu ditolak menyebabkan lelaki itu terjatuh ke sisi.

Perompak itu berjaya melepaskan diri lalu terus berlari dari situ. Lelaki itu terus bangun sambil membawa beg tangan lalu menuju kearah Amina duduk tadi. Beg tangan itu dihulurkan kepada Amina yang sedang memandang ke arahnya.

"Ryan?" tak terkelip mata Amina memandang lelaki yang baru sahaja menyelamatkan dia tadi. Ryan masih menghulurkan beg tangan Amina. Amina bangun dari duduknya.

BUKAN HEROINWhere stories live. Discover now