AMINA menatap wajah Ryan yang sedang berjalan disebelahnya. Dia senyum.
"Thank Ryan sebab sudi teman I hari ni." ucapnya kepada Ryan. Ryan mengerutkan dahinya lalu memandang ke arah Amina.
"Apa cakap macam tu. I yang ajak you keluar. Bukan you yang ajak I keluar." katanya.
"Lagipun I tak nak you terperap dalam rumah lepas kes tu. I takut you buat benda yang tak sepatutnya." jelas Ryan mengapa dia mengajak Amina keluar.
"I takkan buat macam tu la." sangkal Amina. Dia masih tahu hukum-hakam.
"Tapi I tak sangka yang Farid tu bos pengedar dadah. Kalau I tak lapor kes ni mungkin semua orang takkan tahu siapa sebenarnya dia. Patut lah selama ni dia nampak kaya semacam je. Beli itu ini la. Kalau nak cakap dia banyak berlakon pun tak jugak sebab dia jarang berlakon."
Dia sungguh tidak tahu perangai sebenar Farid macam mana. Selepas sahaja Farid di tahan pihak polis, barulah aktiviti Farid selama ini terbongkar. Farid rupanya bos besar pengedar dadah. Bukan itu sahaja, dia juga merupakan salah seorang scammer yang dikehendaki oleh pihak polis. Orang-orang suruhannya juga sudah ditangkap oleh polis. Tapi Amina percaya kalau kes macam ni mesti ada lagi bos besar mereka. Tetapi mereka sangat licik. Tapi biarlah. Dia serahkan kepada pihak polis sahaja yang selesaikan.
"I dah lama tahu." jawapan Ryan itu memeranjatkan Amina. Terus muka Ryan dipandang.
"What!!"
"Tapi you tak lapor kat polis pun kalau you tahu." ujar Amina.
"I tak ada bukti. Lagipun I ternampak je dia masa tu. Masa tu I dekat club jadi I tak kisah sangat sebab bagi I benda tu biasa je sebab nama pun dalam club kan? Tapi sumpah I tak kenal pun dia masa tu. I ingat dia orang biasa-biasa je, tak tahu pulak artis." jelas Ryan macam mana dia boleh tahu.
"That's why masa I cerita pasal dia you cakap dia bukan orang baik. Jadi maksudnya you dah tahu la."
"I ada cakap ke?" tanya Ryan. Dia pun sudah lupa sebenarnya. Pernah ke dia cakap macam tu.
"Haah, masa kali pertama you ajak I makan dekat restoran you." Amina cuba memperingatkan Ryan. Ryan tersengih apabila dia sudah mendapat memori itu.
"Ouh that's time. I remember. Tapi I just tahu dia pengedar je. I tak tahu dia tu bos besar." jelas Ryan.
"Tu la. I pun tak sangka. Selama ni I berlakon dengan bos besar dadah. Mati-mati I ingat dia tu kaki perempuan je. Tapi tak sangka pulak lebih teruk dari tu."
"Kan."
"Kita nak pergi mana ni?" tanya Amina apabila dia dan ryan sejak tadi lagi berjalan.
"I nak ajak you pergi sana, nak? Jomlah ikut I." tunjuk Ryan ke arah taman tema. Tangan Amina ditarik supaya mengikuti langkahnya.
"Seriously Ryan?" tanya Amina tidak percaya. Dia tidak mahu bermain benda alah tu. Tangannya ditarik dari pegangan Ryan menyebabkan langkah mereka berdua berhenti. Ryan mengalihkan pandangannya menghadap Amina.
"Ala, jom la. Aku dah lama tak main benda tu. Nanti kempunan karang siapa yang susah." pujuk Ryan.
"Okey la tapi I teman you je." kata Amina mengalah kerana dia tidak berani untuk bermain benda itu.
"Tak boleh. You kena ikut I main sekali."
"I tak nak. I takut."
"Buat apa nak takut. I kan ada. Apa gunanya I kalau tak boleh lindung you." kata Ryan sambil menjungkitkan keningnya. Senyuman nakal diberikan.
"But I still tak nak." tolak Amina sekeras-kerasnya.
"Dah, I tak kira. You kena ikut I jugak." tangan Amina sudah di tarik masuk ke dalam taman tema itu. Amina hanya mampu pasrah sahaja mengikut langkah Ryan.
YOU ARE READING
BUKAN HEROIN
Romance|2023| COMPLETE REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...