STERENG kereta dihempap-hempap kasar. Matanya sudah lencung dengan air mata. Hidungnya sudah merah mehanan hingus yang hendak keluar. Air matanya terus merembes keluar. Bunyi esakan memenuhi ruang keretanya.
Dia sakit hati. Sakit sangat. Kalau boleh dia nak bunuh Belle sekarang ni. Kenapa Belle perlu wujud dalam kehidupan dia? Kenapa perempuan tu asyik menyusahkan hidup dia. Kenapa!! Kenapa!!
Kepalanya disandarkan pada stereng kereta. Dia menangis sepuas-puasnya. Dia penat. Dia sangat penat apabila hidupnya selalu sahaja dibandingkan dengan Belle. Kerja kerasnya berbulan-bulan juga telah dicaras oleh Belle. Hidupnya selalu dihantui oleh Belle.
Knock!!! Knock!!
Bunyi ketukan pada tingkap keretanya mengejutkan dia. Kepalanya terus ditegakkan. Pandangannya dialihkan ke arah sisi kanan.
"Ryan?"
Air matanya disapu kasar. Cermin tingkap kereta diturunkan. Senyuman palsu diberikan kepada Ryan.
"Ada apa Ryan?"
"I sepatutnya tanya you. Are you okey? I nampak you menangis tadi. Jadi sebab tu I datang tegur." tanya Ryan jujur.
Dia sudah mahu naik ke kondonya tadi tapi dia secara tidak sengaja ternampak Amina sedang menangis di dalam kereta. Takut jadi apa-apa baik dia pergi tegur.
"I'm okey." tipu Amina. Macam mana dia nak okey kalau sekarang ni career dia masih lagi tidak stabil. Selalu sahaja dicaras oleh Belle.
"You sure you okey?" tanya Ryan untuk meminta kepastian. Amina hanya menganggukkan kepalanya tanda dia okey.
"Okey kalau you okey I nak you ikut I pergi ke sesuatu tempat." ajak Ryan. Pintu kereta Amina dibuka. Tangan Amina dicapai dan di tarik keluar daripada kereta untuk mengikutinya. Kereta itu dikunci.
"Kat mana?" tanya Amina yang masih lagi terpinga-pinga. Dah la keadaan dia masih tidak okey lagi. Ryan ajak dia keluar pulak. Muka dia tak tahu macam mana sekarang. Mesti dah buruk.
"Ikut je la. Lepas ni you tahu jugak." balas Ryan.
Tubuh Amina sudah ditolak masuk ke dalam keretanya. Pintu ditutup lalu dia terus pergi ke pintu pemandu. Dia terus masuk dan duduk di situ. Amina masih lagi blur. Tidak tahu Ryan nak bawak dia pergi mana sebenarnya. Kereta dihidupkan lalu bergerak keluar dari tempat parking kondo mereka.
"Kita nak pergi mana sebenarnya ni?" tanya Amina apabila hampir sejam Ryan bawak dia keluar. Dia masih lagi belum tahu destinasi yang ingin dibawa Ryan. Wajah Ryan disebelahnya dipandang masih menunggu jawapan.
"Tak payah tanya. Nanti you akan tahu jugak. Yang pasti you akan suka tempat tu." dengan yakin Ryan jawab. Amina mencebikkan bibirnya.
Betul ke dia suka tempat tu? Kalau dia tak suka macam mana?
"Jauh lagi ke?" tanya Amina lagi apabila dia sudah berasa bosan berada dalam kereta lama-lama.
"Jauh. Yang pasti luar daripada KL. KL takde benda ni tau." Amina semakin pelik. Tempat apa yang ingin Ryan bawanya.
"Jangan bawak I pergi tempat pelik-pelik sudah." Amina sudah memberikan peringatan awal-awal. Dia takut Ryan buat sesuatu yang pelik-pelik kepada dia. Ryan sudah melepaskan gelak apabila mendengar peringatan Amina itu. Wajah Amina dipandang sekilas sebelum menumpukan perhatian pada jalan semula.
"Tak. I janji yang you akan suka tempat tu." Ryan masih cuba untuk meyakinkan Amina lagi. Amina memandang Ryan dengan wajah curiga.
"Okey. Let's see." balasnya.
Setelah lama dia berada di dalam kereta, akhirnya dia sampai jugak ke tempat yang Ryan ingin membawanya. Dia turun daripada kereta. Dia berjalan ke depan sedikit lalu memandang ke arah Ryan semula yang baru mahu menutup pintu kereta itu.
YOU ARE READING
BUKAN HEROIN
Romance|2023| COMPLETE REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...