RYAN melangkah masuk ke rumahnya. Dia lihat mummynya yang berada di dapur untuk memasak makanan tengah hari mereka. Mummy masih lagi memakai pakaian warna hitam. Mungkin baru balik dari kubur Melina.
"Dah balik, Ngah?" tegur Datin Shamsiah.
"Hmm." balas Ryan.
Kakinya mengorak langkah menuju ke tangga untuk ke biliknya. Baru saja kakinya mahu menjejak anak tangga, dia bertembung dengan adiknya yang mahu turun. Muka adiknya sembap baru lepas nangis. Adiknya juga masih lagi pakai jubah hitam.
Lily jeling wajah abangnya. Benci dia lihat wajah itu. Wajah yang tak menunjukkan riak bersalah langsung.
Ryan melintasi adiknya untuk naik ke atas. Tak nak tegur adiknya itu. Tahu yang moodnya tidak berapa baik sekarang.
"Puas hati angah sekarang ni?! Puas?" tanya Lily tiba-tiba.
Langkah Ryan yang baru jejak anak tangga itu berhenti. Dia pusingkan tubuhnya menghadap Lily. Wajah bengis Lily di pandang.
"Angah tahu tak sebab angah, Lily gaduh dengan Mel. Sebab angah, Lily tak dapat berbaik dengan Mel saat akhir dia. Sebab angah persahabatan kami hancur!!" jerkah Lily. Dia tarik nafas dalam sebelum hembus.
"Puas hati angah sekarang ni kan?" tanya Lily lirih. Air matanya kembali bertakung sebelum merembes ke pipinya.
"Kalau bukan sebab dendam bodoh angah tu, Lily takkan gaduh la dengan Mel. Kalau bukan sebab dendam angah, Lily mungkin tak rasa bersalah macam ni. Lily terpaksa tanggung rasa bersalah ni seumur hidup Lily." luah Lily teresak-esak.
Ryan tak balas. Hanya dengar luahan hati adiknya. Dia tahu kalini dia betul-betul salah. Keputusan yang dia buat kalini makan diri sendiri.
"Lily tak sempat minta maaf kat Mel. Lily tak sempat dapat kemaafan dari dia. Dia dah pergi. Lily akan hidup dengan penyesalan ni sebab angah." air matanya dikesat kasar. Mencerlung matanya pandang Ryan.
"Tak boleh ke angah just maafkan je Amina tu. Lagipun along yang ambik nyawa dia sendiri. Along yang ambik keputusan tu. Semua tu takde kena-mengena dengan Amina pun." sembur Lily sepuas-puasnya.
"Cukuplah, ngah. Sebab dendam angah, semua benda hancur. Sebab dendam angah, persahabatan kami musnah. Dan sebab dendam angah, Lily hilang Mel."
Lily menghela nafas berat. Wajah abangnya dikerling.
"Berhentilah. Lily dah penat. Lily tak nak ada kaitan pun dengan semua ni. Kalau boleh putar masa, Lily takkan mengaku depan Mel yang angah ni abang Lily. Biar Mel tak tahu. Mungkin dari situ kitorang takkan gaduh sebab angah." ujar Lily lirih.
Ryan meraut rambutnya ke belakang. Satu hela nafas dihembus. Fikiran dia semakin serabut. Dapat dia lihat kehancuran adiknya melalui mata sayu itu.
"Lily..." tangan Lily cuba dicapai. Lily mengelak.
"Ingat, Ngah. Sebab dendamlah kita hancur. Sebab dendamlah hidup kita takkan aman. Jadi Lily nak pesan satu je."
"Stop la."
"Stop buat semua ni. Bukan angah je kena tempias. Satu keluarga kita kena tempias sekali. Family Mel semua dah benci keluarga kita." pinta Lily lirih.
YOU ARE READING
BUKAN HEROIN
Romance|2023| COMPLETE REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...