Beberapa bulan kemudian
RYAN dari tadi lagi pandang jam ditangannya. Mana Amina ni. Asal lambat sangat. Sejam lebih dah mereka menunggu di sini. Tapi kelibat perempuan tu masih juga tidak kelihatan. Orang ramai sudah gelisah.
Sesekali dia pandang tok kadi di hadapannya. Dia senyum canggung pada tok kadi itu. Muka tok kadi itu mendatar je. Mungkin penat menunggu.
'Amina mana you ni. Jangan buat I macam ni.' gumamnya dalam hati. Runsing pulak hatinya. Takut terjadi benda yang tidak diingini.
Matanya melilau sekeliling. Semua tetamu sudah datang. Belle dan Daniel juga sudah kelihatan. Tapi kelibat Amina dengan puan Mahiran je yang tiada lagi.
'Mana you ni sayang.' bisik hatinya.
"Saya akan tunggu 15 minit lagi. Kalau pengantin perempuan tak datang jugak, saya terpaksa pergi dulu. Saya ada hal pulak lepas ni." Kata tok kadi itu memecahkan kebisuan mereka.
Ryan hanya anggukkan kepala.
Jam berdetik dengan pantas. Ryan sudah mula gelisah. Berpeluh sudah badannya menunggu Amina. Jam juga hampir menunjukkan hampir 15 minit berlalu.
"Nampaknya pengantin perempuan memang tak datang. Kalau macam tu saya pergi dulu la." tok kadi sudah berura-ura mahu bangun dari tempat duduknya.
"Tunggu dulu. Tak cukup 15 minit lagi kan?" halang Ryan. Tangan tok kadi itu di tahan supaya tidak keluar dari ruangan itu.
"Saya minta maaf encik Ryan. Saya agak busy hari ni. Jadi saya terpaksa pergi dulu. Assalamualaikum." pamitnya. Tangan Ryan yang memegang lengannya di lepaskan perlahan.
"Sikit je la..." belum sempat dia habis bicaranya, bunyi suara seseorang dari pintu.
"Sorry saya lambat. Jalan jem tadi." Ucap suara yang berada di berada di pintu. Pandangan tetamu semua terarah pada pintu masuk dewan itu. Nafas Amina tercungap-cungap mencari nafas.
"Sampai pun." Suara tetamu kedengaran di telinga Ryan.
Ryan pandang Amina yang cantik berbaju kurung yang berwarna putih. Dia menghela nafas lega. Jantungnya yang berdegup kencang tadi perlahan-lahan reda.
Amina pandang wajah Ryan dengan wajah yang tak bersalah. Ryan kecilkan matanya pandang wajah itu. Giginya di ketap. Geram pula dia dengan sikap Amina yang lewat itu. Rasa mahu tumbuk je muka tak bersalah tu.
"Kalau macam tu baiklah. Kita boleh mula sekarang." Tok kadi itu duduk semula di atas kerusi berhadapan dengan Ryan.
Amina berjalan perlahan di atas pelamin lalu melabuhkan punggungnya disitu. Puan Mahiran juga mengambil tempat di sebelah anaknya.
Mata Amina tidak lepas dari pandang Ryan. Lelaki itu nampak segak hari ini dengan memakai baju melayu yang berwarna putih. Kulit putih Ryan menambahkan lagi keserian di wajah itu.
Terhenjut sedikit tubuhnya apabila ada satu kertas di atas pahanya. Tu la siapa suruh mengelamun lagi. Kertas itu diambil. Berkerut dahinya.
"Apa ni?" tanyanya pada Belle yang menghulurkan kertas itu tadi.
"Surat nikah kau la. Kau sign kat sini." tunjuk Belle pada ruangan tandatangan. Pen ditangan dihulurkan. Amina anggukkan kepala.
"Okey. Siap." kertas itu dihulurkan semula pada Belle. Belle mengambilnya lalu dihulurkan pada tok kadi.
Tok kadi itu mula bercakap dengan Ryan. Entah apa yang dibicarakan mereka pun Amina tak tahu. Dia sudah mula mengantuk. Dia tidak fokus langsung. Tiba-tiba mamanya menepuk pahanya. Dia ibarat baru tersedar dari lamunan. Dia lihat tangan Ryan sudah berjabat dengan tok kadi.
YOU ARE READING
BUKAN HEROIN
Romance|2023| COMPLETE REVENGE X ROMANCE Amina seorang pelakon yang terkenal dengan sikap sombong dan divanya. Tetapi dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata padanya. Malah dia tidak kisah pun orang membencinya. Sehinggalah dia terjumpa seorang chef...