"TO heal the trauma, you need to touch what made you trauma." Ungkap seorang lelaki di hadapan Malika. Tangan lelaki itu mengusap perlahan perut yang membukit milik sang isteri. Isterinya pula sibuk memandang telefon pintar miliknya ini kerana ada jualan hebat produk Flower Knows dan dia tidak akan lepaskan peluang.
Malika yang mendengar kata lelaki tersebut tersenyum lalu menggeleng perlahan. Bukan mudah untuk dia sentuh trauma itu, bahkan sehingga sekarang trauma itu kian ada. Hatinya sudah tutup kerana lelaki tetapi muncul lelaki lain membuatkan imannya goyah.
"Malika, mungkin dia terbaik buat Malika." Ungkap lelaki itu lagi.
"Not that easy, Am." Balas Malika lembut. Dia tidak mahu terjerumus dengan cinta. Baginya cinta itu suci dan tangan manusia yang mengotorkan cinta itu.
"Malika suka dia atau cintakan dia?" soalnya kepada Malika.
"Itu normal Am kalau saya boleh suka dekat dia kerana lihat sahaja wajahnya membuat pangkal hati saya bergetar hebat tetapi saya sedar, syaitan akan berbisik jadi sebab itu saya tutup pintu hati saya malah saya pinta Allah jauhkan saya dari dia." Kata Malika panjang lebar sehingga lelaki di hadapannya tersenyum dengan jawapan Malika. Mak dan anak sama sahaja.
"You really daugther of mum Afia and dad Qhalif. Sebijik." Kata lelaki tersebut.
"Thanks. Memang sebijik dari awal hingga akhir." Balas Malika.
"Abang," panggil isteri lelaki tersebut. Terus lelaki tersebut serta Malika menoleh.
"Kenapa sayang?" soalnya lembut.
"Blusher Flower Knows sold out. Sayang nak sebab blusher sayang dah habis tahu-tahu sold out. Nak beli." Ungkapnya mata sudah bergenang dengan air mata, tinggal masa untuk jatuh ke pipinya. Ibu mengandung memang selalu cengeng!
"Nanti abang beli ya. Bukan salah sayang pun, semua salah orang yang beli tu. Sibuk je nak beli," marah lelaki tersebut kepada siapa yang membeli. Isterinya hanya memgangguk setuju dengan apa yang suaminya kata.
Malika yang melihat terus tersenyum, ada-ada sahaja perangai merpati dua sejoli ini. Kisah mereka berdua tidaklah indah tetapi kini sudah indah dan bahagia. Bahagia hingga ke anak cucu.
"Bila nak kahwin?" soalan daripada seseorang menyentakkan Malika. Haihlah tiada soalan lain ke?
"Ada rezeki adalah, lagi pula saya sibuk dengan kerja yang bertimbun. Cuti macam tak cuti sahaja." Balas Malika. Soal jodoh dia letakkan semua kepada Tuhan, bukan dia tidak usaha tetapi ada, adalah.
"Nak kata CEO syarikat your grandda bukan. Tapi sibuk mengalahkan your grandda." Omelnya. Malika hanya tersenyum lalau menggelengkan kepala, mahu jadi bapa budak tetapi mulut becok sahaja!
Sehingga saat ini, tiada siapa tahu apa pekerjaannya hanya abi serta mama sahaja yang tahu. Malah dada Iz serta mum Ana juga tidak tahu tentang pekerjaannya. Dia benar-benar menjaga privasi hidupnya sehingga orang yang rapat tidak tahu tetapi kalau terbongkar sedarlah dia, masalah besar akan timbul.
Sudah pasti Am serta isteri bakal membebel kepada dirinya tetapi dia tidak peduli kerana dia suka dan cinta akan pekerjaan tersebut malah dia sudah bekerja di situ. Mahu tidak mahu mereka perlu terima sahaja.
"Mengelamun je kerjanya. Rindu dekat seseorang ke?" soal isteri Am. Malika hanya menggeleng.
"Dengar-dengar nak pergi umrah betul ke?" soal isteri Am teruja. Dia mahu pergi tetapi asbab mengandung anak sulung, semua tegah dirinya. Takut kesihatan terjejas.
"InsyaAllah bulan depan." Kata Malika. Jujur sudah banyak kali dia melakukan umrah tetapi tidak cukup, kalau boleh tiap-tiap hari dia ingin mengerjakan umrah malah ingin pindah terus ke sana.
YOU ARE READING
Beauty Soul
Romance"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saa...