KUBURAN itu dipandang sayu oleh Malika, usai sahaja pengebumian arwah dia meluru laju ke pusara tersebut kerana perempuan tidak boleh masuk dan ikut acara pengebumian tersebut tetapi selepas dia melihat ramai orang sudah meninggalkan puasara tersebut dia meluru laju.
Air mata tidak henti-henti turun apabila melihat pusara arwah. Arwah tidak sempat melihat wajah bayi dalam kandungannya, arwah tidak sempat azankan bayi dalam kandungannya, arwah tidak sempat mahu bermain dengan bayi di dalam kandungannya dan arwah tidak sempat nak memeluk cium bayi di dalam kandungannya.
Pusara yang masih merah dengan tanah itu di tangisi oleh Malika sehinggakan badannya diusap oleh seseorang yang sudah lama memerhati tindak tanduknya. Dia juga tumpah kesian apabila melihat wajah sugul anaknya itu.
"Malika," panggil Tuan Qhalif tetapi Malika langsung tidak menyahut malah makin lebat air matanya turun.
"Abang, suami Malika." Ucap Malika setelah lama diam.
"Malika nak suami Malika. Abi, Malika nak suami Malika. Kenapa Allah ambil suami Malika? Kenapa? Suami Malika tak sempat nak tengok muka anak kami. Suami Malika tak sempat nak azankan pun anak kami." Malika menangisi semua yang dia ucapkan. Semua rancangan dan angan-angan dia dengan suami semuanya sudah tiada.
"Malika tahukan, ada sebab Allah ambil Iman. Iman nak berehat, dia dah penat. Bagilah Iman rehat." Pujuk Tuan Qhalif, di ajak Malika untuk bangun dan beredar daripada pusara Iman.
"Malika nak suami Malika." Adu Malika tersedu-sedu. Tuan Qhalif terus memaksa Malika bangun tidak sampai sesaat Malika rebah ke tanah dengan mata yang tertutup.
Perkara tersebut membuatkan Tuan Qhalif panik dan membawa Malika pergi ke hospital untuk merawat anaknya.
"SAYANG!" jerit Iman sambil melindungi tubuh Malika daripada terkena tembakan tersebut. Akibat tindakan Iman itu, Malika terselamat daripada terkena tembakan Tan Sri Izzat tetapi Iman?
Tubuhnya rebah ke lantai yang sudah dipenuhi darah malah mulutnya juga sudah tersembur darah. Malika yang melihat suaminya keadaan seperti itu laju memeluk suaminya. Amsyar, Khai dan Ibrani meluru laju ke arah Iman untuk menutup darah daripada terus keluar dan kehilangan darah.
Aiman pula sudah memanggil medik yang berada di luar untuk masuk.
"Kenapa? Kenapa lindung saya?" soal Malika dengan air mata yang sudah mengalir deras malah wajahnya sudah comot dengan air mata.
"Siapa lagi abang nak lindung melainkan isteri sendiri?" gurau Iman kepada Malika membuatkan Malika makin teruk menangis.
"Janganlah nangis, tulip putih abang tak cantik kalau nangis. Cuba senyum?" ucap Iman dalam kepayahan.
"Abang, janganlah bercakap. Abang mesti bertahan, demi saya dan twins." Ucap Malika tersedu-sedu.
"Jaga diri, jaga twins. Abang tunggu dekat sana. Jadi wanita hebat, jadi mama yang hebat dan jadi wanita terunggul."
"An-Nur Malika, cinta pertama dan terakhir abang." Sejurus Iman berkata sedemikian dia mengucap dua kalimah syahadah dengan lancar dan matanya perlahan-lahan tertutup.
"Tak, tak. Abang! Jangan tinggalkan saya dengan baby!!" jeritan Malika bergema di rumah usang tersebut. Pelukannya makin erat bagai tidak mahu lepas sehinggakan pegawai medik terpaksa berkeras supaya mereka boleh melakukan kerja.
"Abang, Malika nak abang." Gogoi Malika sehinggakan Amsyar terpaksa menenangkan Malika. Kejadian yang menyebabkan Malika tidak boleh terima hakikat bahawa suaminya sudah tiada. Ya Tuhan.
Kehilangan orang yang tidak akan kembali itu sakit. Tersangat sakit. Terutama orang yang sangat dia cintai malah orang yang menunggu kelahiran bayi yang dia kandungkan.
YOU ARE READING
Beauty Soul
Romance"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saa...