BAB 10

843 76 3
                                    

TERPUSING-pusing badan dari kiri ke kanan dari kanan ke kiri. Mata cuba di lelapkan kerana penat tetapi tidak boleh entah kenapa lena sukar menjemput diri, ia tahu sekarang waktu siang hari. Selepas sahaja solat zuhur dengan Tuan Qhalif, Iman segera meminta diri dari Tuan Qhalif untuk berehat kerana tidak sihat tubuh badan tetapi apabila di baringkan badan di atas katil langsung tidak boleh tidur! Haihlah. Ini mesti tentang Malika punya pinangan.

Dalam hati ingin meminang tetapi bila fikir guna akal layak ke dia? Layak ke Malika yang tinggi ilmu agama berada dengan dia yang cetek ilmu agama? Setakat asas rumah tangga dia tahulah tetapi lebih dalam? Langsung tidak. Argh serabut! Rambut diserabaikan tanda rimas dengan pikirannya sendiri. Kenapa dia boleh jadi negatif sebegini? Entah, mungkin selepas dia berubah dia sedar diri yang dirinya ini masih lemah lagi ilmu agama.

"Dia tak layak dapat aku." Gumam Iman. Mata cuba dilelapkan dengan membaca selawat baru sahaja lena ingin menjemput pintu bilik di ketuk oleh seseorang dan lenanya terganggu.

Perlahan-lahan Iman bangkit dari katil dan menuju ke arah pintu bilik tidur. Pintu di buka perlahan-lahan oleh Iman apabila pintu terbuka boleh Iman lihat wajah ceria milik Puan Afia yang sedang menatang dulang yang berisi nasi serta lauk untuknya. Tersenyum nipis Iman apabila melihat sifat prihatin milik Puan Afia ini.

Tidak cukup itu dia juga tersentuh dengan sifat ambil berat Puan Afia ini kepada dirinya, kedua orang tuanya tidak pernah peduli akan dirinya tetapi Puan Afia serta Tuan Qhalif peduli. Jauh beza dengan keluarga kandung.

"Kenapa mama?" soal Iman walaupun dia tahu niat Puan Afia.

"Bagi mama masuk Iman. Kita makan dalam bilik dan mama nak suap Iman makan. Meh." Ucap Puan Afia lalu Iman yang mendengar balasan Puan Afia sebegitu terus memberi ruang kepada Puan Afia untuk masuk ke dalam.

Puan Afia terus menuju ke balkoni bilik yang ada meja serta dua kerusi untuk duduk di balkoni itu untuk mengambil angin. Iman hanya mengikuti gerak geri Puan Afia tanpa banyak bunyi. Apabila Puan Afia meletakkan dulang ke atas meja dan mengambil tempat di kerusi terus Iman juga duduk dan berhadapan dengan Puan Afia.

"Makan ya Iman. Tadi Iman langsung tak makan tengah hari, mama risau, abi pun sama. Iman ada masalah ke?" soal Puan Afia lembut kerana tidak mahu menggoreskan hati Iman. Iman yang mendengar segera menggeleng kepala.

"Iman jangan tipu mama, nak."

"Mama tahu."

"Iman," panggil Puan Afia dan Iman tunak kepala memandang Puan Afia.

"Iman manusia, lelaki juga manusia dia pun akan ada masa dia perlukan tempat meluah selain dari Allah. Mama tak nak paksa Iman cerita dekat mama tapi kalau dah sampai tak makan memang mama geram."

"Kalau ada sesuatu nak cerita, cerita lah nak. Mama sedia mendengar, mama tahu mama bukan mama kandung kamu tapi mama dah anggap kamu sebagai anak kandung mama." Ucap Puan Afia lagi. Tidak semena air mata Iman bertakung dan tunggu masa untuk jatuh.

Lama Iman mendiamkan diri bagi menghilangkan rasa di dalam dada tetapi makin di tahan makin sakit hatinya malah kata-kata dari Puan Afia membuat hatinya tersentuh. Tidak pernah orang berkata seperti itu untuknya.

Keluarga sendiri? Lagilah dalam mimpi pun belum nak kata.

"Mama yang bukan darah daging Iman boleh kata macam ni, tapi darah daging Iman sendiri? Membenci Iman tanpa sebab." Lama barulah Iman berkata, Puan Afia yang mendengar patah perkataan yang keluar dari mulut sudah terpana tetapi dia tidak mahu menyampuk jadi biar Iman bercerita sampai habis.

"They never love me. Bagi mereka Iman ni pembawa sial. Iman dah buat macam-macam untuk mereka lihat Iman tapi langsung mereka tak pandang, yang mereka pandang abang dan adik perempuan Iman. Mereka beri kasih sayang kepada abang dan adik tapi Iman? Langsung tak."

Beauty SoulWhere stories live. Discover now