BADAN baring menghadap syiling bilik tidur. Habis sahaja kerja di Bukit Aman pada petang tadi terus dia memandu kereta laju untuk pulang ke rumah. Ini kerana mamanya masak makanan kegemaran dirinya iaitu udang sambal tetapi wajah teruja menjadi tegang saat melihat Iman yang membantu mamanya di dapur. Bukan dia tidak suka Iman ada tetapi dia perlu jaga batas saat Iman ada.
Malika tidak mahu tunjuk sisi yang disorokkan di mata ramai malah Aisya sendiri tidak tahu sisi dia yang ini. Hanya ahli keluarganya sahaja yang tahu. Keluhan kecil terbit dari dua ulas bibirnya, perlu tahan sebulan. Boleh kah dia?
"Ya Allah. Tolonglah buat sebulan itu sekejap sahaja. Saya tak sanggup perlu tahan sisi saya yang ini." Doa Malika. Bukan mudah dan dia harap Puan Afia serta Tuan Qhalif tidak membongkarkan sisinya yang itu. Malu nanti.
Baru sahaja Malika ingin melelapkan mata, suara lunak seseorang telah memanggilnya untuk makan. Malika berkerut, Puan Afia memanggil? Selalunya Tuan Qhalif. Nak dikata Aisya, Aisya sudah pulang dengan Mejar Kolonel Aayan waktu Zuhur, jadi memang mustahil.
Terus badan bangun dari terus terbaring dan menuju ke walk-in-closet untuk memakai cardigan dan tudung bagi menutup auratnya. Kalau dahulu bolehlah dia bebas tetapi sekarang tidak kerana ada tetamu yang bukan mahramnya jadi memang perlu menjaga. Malah Malika tidak lupa untuk memakai handsock serta stokin. Aurat perlu ditutup!
Setelah siap, Malika melihat pakaiannya di balik cermin besar di bahagian bilik pakaian tersebut kerana dia mahu lihat adakah sempurna auratnya di tutup ini kerana dia tidak mahu satupun auratnya dipertontonkan di hadapan lelaki bernama Iman itu.
Buka sahaja pintu biliknya boleh Malika lihat wajah Puan Afia yang sedang menunggunya. Tersenyum manis Malika kepada Puan Afia, terus perkataan maaf dikata kerana membuat Puan Afia menunggu lama.
"Tak apa sayang. Mama faham, Malika mesti nak tutup aurat dulu. Iman bukan mahram Malika, melainkan...." meleret sahaja Puan Afia berkata malah dia berhenti seketika dan itu membuat Malika mengerutkan dahi.
"Melainkan apa mama?" soal Malika ingin tahu.
"Melainkan dia suami Malika. Bolehlah dia tengok aurat Malika." Sambung Puan Afia. Terus wajah Malika berubah tona, dari putih ke merah. Tergelak kecil Puan Afia apabila melihat reaksi comel Malika itu. Malu pula.
"Tak adanya, dia mesti dah ada orang lain." Balas Malika.
"Ouh untuk itu, maaf Iman single. Jadi boleh sahaja kalau dia mahukan kamu dan kamu mahukan dia." Balas Puan Afia.
"Mama. Malika lapar, jom makan." Terus Malika mengubah topik perbualan dan mengajak Puan Afia menuruni tangga untuk ke meja makan. Tidak mahu dirinya dengan Iman, bukan kerana dia merasa dirinya baik tetapi Iman layak mendapat yang lebih baik.
Dia ini tidak pernah bercinta, tidak tahu macam mana hendak bercinta malah jauh sekali manja dengan lelaki. Jauh beza dengan perempuan yang lain, dirinya yang tegas dan perbendirian membuatkan semua lelaki lari dengannya dengan alasan.
"Kau boleh hidup tanpa aku jadi tiada guna aku nak ada di sisi kau." Itulah ayat yang sering dia dengar apabila dia menanyakan tentang dirinya.
Semua lelaki yang kerja di bawahnya malah kawan perempuannya juga berkata benda yang sama. Dia tidak memerlukan sesiapa di dalam hidupnya kerana dia boleh buat sendiri, malah lelaki yang pernah dia dampakan juga pergi kepada perempuan lain. Perempuan itu sahabatnya sendiri, dari situ dia ubah hidupnya.
Dia memang benar tidak perlukan orang lain sebagai pasangan dan kawan cukuplah keluarganya sahaja. Itu sahaja dia sudah cukup bersyukur, di saat ada yang ada keluarga kecil dia masih tiada dan masih sibuk dengan mencari rezeki yang halal serta mendekatkan diri dengan Tuhan. Itu sahaja sudah cukup bermakna dalam hidupnya.
YOU ARE READING
Beauty Soul
Romance"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saa...