BAB 2

1.3K 79 13
                                    

SUDAH dua hari sejak kejadian di masjid tempoh hari dan Iman sudah bermula penhijrahannya ke jalan Allah. Tipulah kalau dia kata mudah kerana itu tidak semudah yang di sangka kerana pasti ada sahaja penat lelah. Penat ingin pastikan solatnya ikut tertib yang betul, malah ingin mengaji juga dia sudah lupa dan perlu belajar lagi. Tidak lupa dia juga cuba untuk buat solat taubat tetapi sudah pasti sukar kerana dia masih tidak tahu banyak tentang agamanya.

Tidak mahu tunggu lama terus Iman berjalan dan mencari apa yang patut di cari di kedai buku. Dia perlukan al-Quran serta tasbih tidak lupa juga buku-buku tentang sejarah Islam bahkan buku penghijrahan juga diperlukan.

Sibuk Iman mencari buku yang ingin dibeli matanya terhenti kepada susuk tubuh yang sungguh dikenali di rak buku bahkan yang lagi malang, buku yang dicari itu berhadapan dengan lelaki tersebut. Terus badan berpusing secara automatik kerana tidak selesa jikalau dia dapat melihat dirinya.

"Iman," panggil suara garau. Iman yang baru ingin melangkah terus terhenti langkahnya, kaki dipasakkan ke lantai kedai buku dan perlahan-lahan Iman berpusing menghadap insan yang memanggil namanya.

"Amsyar." Gumam Iman.

"Cari buku apa?" soal Amsyar, boleh dia lihat wajah Iman tidak senang akan kehadirannya.

"Aku tengok-tengok." Balas Iman mahu tidak mahu.

Amsyar jelas tersenyum dengan jawapan Iman sudah pasti lelaki itu masih malu serta segan dengannya atas kisah lampau malah kisah gelap Iman. Boleh Amsyar kata, setelah itu terjadi terus Iman meminta cuti tanpa gaji oleh pihak atasan. Bukan kerana Iman tidak professional tetapi tahu kisah lampau itu membuat Iman takut untuk sebumbung dengannya.

Mata Iman menerawang ke tempat lain dan dia juga tidak membuka mulut ingin bertanya kepada Amsyar malah lebih selesa diam.

"Sihat?" soal Amsyar kepada Iman.

"Alhamdulillah sihat." Balas Iman.

"Macam mana cuti?" soal Amsyar lagi.

"Alhamdulillah." Balas Iman sepatah.

Terus udara di sekeliling berasa tidak cukup malah Iman juga seperti tidak selesa Amsyar berada di dekatnya. Kenapa masa-masa sebegini mereka boleh berjumpa. Memang gila. Sudahlah dia masih lemah lagi imannya, risau nanti dia terjerumus ke dalam dosa lagi dan dia tidak mahu itu terjadi kerana kalau masuk lagi ke dalam lautan dosa, percayalah pasti akan sukar untuk keluar.

Iman baru ingin mengatakan sesuatu tetapi Amsyar laju berkata membuatkan dirinya terpaksa diam. Salahnya juga kerana lambat.

"Jangan rasa takut dengan aku Iman. Aku dah lama maafkan kau, jadi tak perlu berasa jangkal." Ucap Amsyar tetapi Iman segera menggeleng kepala tanda tidak setuju dengan apa yang Amsyar kata.

"Bukan mudah untuk aku lupakan apa yang berlaku Amsyar. Kau senang kata tetapi sukar Amsyar. Tengok macam mana Ammara sukar untuk melupakan apa yang terjadi ke atas dia macam tu juga aku."

"Kisah silam aku memang sejarah yang aku tak nak ingat tetapi aku cuba untuk berubah supaya aku tak mati dalam lautan dosa. Aku nak aku mati dalam keadaan yang aku sudah terhapus dosanya serta mati dalam keadaan husnul khatimah."

"Aku tahu bukan mudah untuk berubah tetapi aku cuba untuk berubah. Berubah dari sejarah hitam." Tambah Iman lagi malah matanya merenung wajah Amsyar tanda dia benar-benar serius dengan perubahannya.

Amsyar yang melihat riak wajah serius Iman hanya tersenyum kecil malah mengangguk tanda faham. Buku yang berada di tangannya di serahkan kepada Iman dan tindakan Amsyar itu membuatkan Iman terpana.

"Buku ni bagus. Buku ni banyak manfaat untuk kita belajar tentang Islam." Ucap Amsyar, Iman hanga merenung sahaja buku itu tetapi lambat laun dia mengambil buku tersebut.

Beauty SoulWhere stories live. Discover now