SEPERTIGA malam, malam yang mana doanya mustajad, malam yang mana Tuhan sendiri turun ke bumi demi melihat hambaNya berdoa kepadaNya serta memohon segala kemaafan kepadaNya dan malam di mana Tuhan berada dekat di sisi hambaNya. Ada dua insan, dua hati dan dua jantina yang saling mengadu kepada sang Pencipta tentang apa yang berlaku di hari-harinya serta isi hatinya. Tiada tempat yang berhak mereka mengadu selain Tuhan yang maha Esa. Tiada tempat yang paling nyaman melainkan berada dekat dengan Tuhan yang maha Kasih. Tiada tempat yang paling selamat selain Tuhan yang maha Pelindung. Hanya Tuhan sahaja tempat selayaknya hamba mengadu dan berharap serta meminta.
Usai solat sunat Tahajjud serta solat sunat Hajat, kitab suci bagi umat manusia di ambil dan di baca dengan penuh berhati-hati kerana risau salah panjang dan pendeknya serta salah tajwid malah sebutan maka ia akan jadi lain. Entah mengapa, air mata mengalir deras seperti empangan yang sudah pecah sehinggakan air mata yang mengalir terkena di permukaan Al-Quran. Surah Ar-Rahman menjadi pilihan dirinya saat ini. Surah Ar-Rahman membuatnya sadar akan betapa penyayangnya Ilahi kepada hambaNya serta membuatnya insaf akan banyak nikmat yang telah dia dustakan.
Selesai membaca surah Ar-Rahman dia terus mengelap kasar air matanya yang tidak henti-henti mengalir. Ya dia pendosa, pendosa yang sudah jumpa jalan pulang tetapi untuk pulang itu sangat sukar malah dia sedang berlawan dengan bisikan serta hawa nafsunya sendiri. Sukar itu hanya Tuhan yang tahu malah ingin bangun solat di malam hari ini juga sukar kerana saat ini dia sedang tidur pulas tanpa sibuk fikir tentang ibadah. Sungguh lalainya dia pada masa lepas tetapi kini dia cuba dan akan cuba untuk perbaiki diri dan hubungannya dengan Pencipta.
"Ya Allah, ampunkan aku. Aku hamba yang lalai, aku hamba yang kufur ke atas nikmat yang Engkau beri, aku hamba yang tidak pernah sujud kepadaMu, aku hamba yang ikut semua kehendak hawa nafsuku. Ya Allah, ampunkan aku, ampunkan dosaku, ampunkan kelalaianku, ampunkan salahku dan ampun apa yang pernah aku lalukan ini ya Allah. Aku sudah kembali ya Allah. Aku sudah kembali."
Esak tangisnya mula pecah dan tersedu-sedu apabila mengingati dosa yang lampau. Dosa yang pernah dilakukan, dosa yang tidak akan terampun melainkan insan tersebut yang ampunkan dirinya.
"Ya Allah, dosaku terlalu banyak sehingga aku malu ingin meminta. Dosaku sebanyak buih di lautan ya Allah sehingga aku berasa aku tidak layak ingin meminta dan memohon kepadaMu. Ya Allah, aku malu denganMu, aku malu dengan nikmat yang Engkau berikan tetapi aku langsung tidak bersyukur ke atas nikmatMu. Aku malu denganMu yang selalu menyayangi hambaMu tanpa Engkau loket memberi walaupun mereka sering melupakanMu. Aku malu ya Allah, sudah banyak nikmat yang aku telah dustakan tetapi langsung Engkau tak membenci aku malah Engkau menarik aku kembali ke jalanMu. Ya Allah, terima kasih hadirkan insan bernama Afia Al-Insyirah kerana dia aku boleh berjumpaMu kembali. Ya Allah, terima kasih tiupkan hidayah ini. Ya Allah, terima kasih kerana Engkau permudahkan urusanku dalam kembali ke jalanMu."
Ucapan syukur tidak lekang di dua ulas bibi merah delimanya. Hanya itu yang mampu disebut, hanya ucapan syukur yang mampu dikatakan malah hanya ucapan syukur mampu beri tahu. Dia sedar akan malam ini, dia sadar malam ini adalah malam di mana air matanya banyak gugur malah akan jadi lebih banyak kerana teringat akan dosa yang pernah dilakukan.
Dosa itu akan sentiasa dibuat manusia tetapi ia akan hilang saat taubat dilaksanakan. Taubat yang ikhlas tanpa mengulanginya kembali. Dosa dengan Tuhan, Tuhan sendiri akan ampunkan tetapi dosa dengan manusia, carilah manusia itu dan sampaikan permohonan maaf kepadanya sendiri. Sebab itu orang kata, dosa dengan Tuhan boleh minta ampun sendiri dengan Tuhan tetapi dengan manusia?
"Ya Allah, aku ingin meluah. Aku suka dan mengagumi seseorang insan. Dia baik, ilmu agamanya tinggi tetapi aku sedar sesuatu. Aku bukan yang terbaik buatnya. Aku hanya mampu berdoa, kalau dia terbaik buatku maka dekatkanlah kami dengan cara baik tetapi jika tidak jauhkan kami dengan cara yang baik. Aku masih bertatih ya Allah, aku risau sekiranya perasaan ini membuatkan aku lupa akan penghijrahanku kepadaMu. Perasaan ini boleh bertukar kepada maksiat aku tidak mahu. Cinta itu suci ya Rabb tetapi ia akan jadi tidak suci bila dikawal hawa nafsu dan bisikan syaitan."

ANDA SEDANG MEMBACA
Beauty Soul
Romance"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saa...