SEPERTI yang dikatakan memang mereka ke Australia untuk melihat Formula 1 kerana Iman yang beria-ria mahu melihat sehingga beli tiket untuk mereka berdua siap sekali jaket kulit logo Ferrari tahulah Malika suaminya minat Ferrari bila di tanya siapa yang suaminya minat jawapannya adalah Charles Leclerc, pelumba yang berasal dari Monaco dan sudah banyak kali memenangi perlumbaan ini. Jadi tidak hairanlah kalau suaminya amat meminati pelumba tersebut.
Tidak lupa fizikal Charles juga sangatlah tampan dengan warna matanya juga, tidak hairan kalau banyak gadis yang menyukai Charles. Tampan tak buat main tapi tetap Iman tampan di matanya. Suaminya tetap tampan!
Mata Malika tunak melihat skrin besar yang di letakkan di hadapannya menunjukkan Charles berada di belakang kawan sekumpulannya iaitu Carlos Sainz dan Malika yakin Charles tidak akan menang kerana mereka berdua sudah hampir ke penamat tetapi sebelum hampir ke penamat Malika dapat dengar suara Carlos iaitu dia meminta Charles berada disisinya.
"Tell Charles to come close to me and we celebrate this one together." Dan usai berkata sebegitu mereka berdua tiba di garisan penamat serta kemenangan berada di tangan Carlos bahkan sempat semua penonton menjerit apabila mendengar Carlos berkata sedemikian.
Setelah itu, boleh Malika lihat senyuman Iman. Malika tahu, pemain kegemaran suaminya kalah tapi dia tetap gembira. Tersenyum Malika melihat.
"Abang tak sedih?" soal Malika.
"Abang gembira, kalah atau menang itu adat permainan selebihnya persahabatan mereka berdua." Kata Iman setelah itu senyuman tawar terpancar di wajah Iman membuatkan Malika pelik.
"Carlos akan keluar dari Ferrari dan pergi ke pasukan lain. Jadinya hanya Charles yang setia dengan Ferrari." Ungkap Iman membuatkan Malika tahu bahawa pastu sedih dan sukar suaminya mahu terima apa yang sedang berlaku pada persahabatan dua sekawan tersebut.
"Mereka pasti tak akan lupakan persahabatan mereka. Sedih mereka bukan sepasukan tetapi mereka pasti masih berkawan di antara satu sama lain." Ujar Malika memujuk.
"Harapnya. Kerena lain pasukan umpama musuh dan mereka perlu menjauhi antara satu sama lain." Ujar Iman. Bukan dia tidak tahu, dia tahu.
"Pasti mereka baik-baik sahaja." Kata Malika sambil tersenyum.
"Ya, my queen." Ucap Iman dan menghadiahkan ciuman di dahi Malika. Ciuman kasih sayang.
"Nanti kita pergi berkelah nak tak?" soal Malika kepada Iman. Iman yang sedang memeluk Malika terus melonggarkan sedikit tautan supaya mudah Malika untuk melihat wajahnya.
"Nak berkelah dekat mana? Pantai atau taman." Kata Iman.
"Taman, sambil tu boleh kita main basikal sama-sama. Abang boleh bonceng saya." Ungkap Malika dengan pipi yang dikembung tanda memujuk sang suami.
Iman yang melihat telatah Malika sudah tersenyum, ada-ada sahajalah isterinya ini.
"Okey. Taman mana?" soal Iman. Malika yang mendengar Iman bersetuju terus bersinar-sinar matanya. Yeay! Suami setuju!
"Royal Botanic Garden. Kita boleh tengok sunset sekali." Ujar Malika teruja dan terus Iman membulatkan mata bukankah itu berada di...
"Itu dekat..."
"Ya, abang! Dekat Sydney." Ujar Malika.
"Tapi kita dekat Melbourne. Jauh nak pergi Sydney." Kata Iman. Kalau nak pergi Sydney kena gerak sekarang.
"Tak boleh lah ni?" soal Malika dengan nada rendah apabila mendengar nada yang digunakan isteri seakan kecil hati terus Iman bersetuju. Bukan tidak mahu pergi tetapi jauh dan dia risau Malika penat.
YOU ARE READING
Beauty Soul
Romance"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saa...