KAKI melangkah masuk ke dalam bilik tidur mereka berdua. Mata menatap ke arah satu sekujur tubuh yang masih lena di atas katil. Sehinggakan Iman masuk ke dalam tidur langsung tidak sedar akan kehadiran dirinya yang satu ini. Perlahan-lahan kaki Iman melangkah ke arah Malika yang sedang tidur pulas. Barangkali isterinya penat, penat menjaga dirinya yang manja kalah budak kecil!
Apabila Iman berada di sisi katil, mata Iman terpaku pada leher Malika. Bukan kerana dia bernafsu untuk melakukan hubungan tersebut tetapi rantai yang tergantung di leher Malika lebih menarik perhatiannya. Rantai itu.
Rasanya pernah ada seseorang memberi tahu dirinya tentang makna rantai tersebut tetapi dia ingat-ingat lupa. Makna rantai tersebut adalah makna yang paling berharga bagi diri seseorang.
Iman tidak tunggu lama, terus duduk perlahan-lahan di sisi Malika. Risau apabila dia duduk secara mengejut akan menyentakkan lena Malika. Tangan naik menyentuh permukaan rantai tersebut dan dielus perlahan. Rantai seolah pin tudung yang dipakai wanita dibuat seperti rantai dimana ada berlian di hujung pin serta ada satu rantai terkeluar yang mempunyai satu berlian bulat. Cantik, tapi makna rantai ini lebih cantik.
Bingo!
Iman sudah ingat makna rantai tersebut, makna yang sungguh bermakna bagi seseorang yang pejuang mental.
"The meaning of this necklace they are trying not to kill theirself even how hard life made them." Kata Iman perlahan.
"Luka apa yang masih tersimpan dalam diri tulip? Sampai sakitnya terlalu dalam sehinggakan tulip pakai rantai macam ini? Abang betul-betul nak tahu. I hope one fine day, you will tell me about it and I'm waiting for it." Sesudah kata Iman menghadiahkan satu ciuman hangat di ubun-ubun Malika serta selawat ke atas nabi.
"KAKAK tercintaku An-Nur Malika binti Qhalif Al-Falaq!" sergah seseorang dari belakang membuatkan Malika terperanjat malah hampir-hampr lip oil milik Malika yang berjenama Dior dibaling ke arah Alina. Memang mencari masalah betullah budak ini.
"Kenapa Alina? Nak apa sampai sergah kakak ni?" soal Malika lembut walaupun sudah ingin memarahi Alina. Tak elok marah mahupun menunjukkan kemarahan kepada seseorang, sifat marah itu sifat yang kurang senang malah ia merupakan salah satu sifat iblis.
"Nak pinjam make up, nak make up." Ucap Alina dengan sengihan tidak lupa di tayang gigi yang bersusun elok buat kakak kembarnya. Malika hanya tersenyum sahaja, nak marah pun tiada guna. Adik sendiri.
"Nah pakailah, nanti susun baik-baik seperti sususan asal. Akak nak turun, abi panggil tadi. Kata ada nak bincang sesuatu." Kata Malika dan menapak keluar dari bilik setelah berkata sedemikian.
"Thank you sistur!! Nanti adik belanja Marry Brown." Ucap Alina gembira dan mula mengambil make up yang perlu di pakai.
"Ya!" laung Malika dari luar kamar. Apa-apa sahajalah.
Make up yang cukup sederhana tetapi menyerlah! Itulah dia Alina! Malah dia tidak berdandan sudah cantik inikan pula apabila berdandan. Silap-silap bidadari pun cemburu dengan kecantikkannya dan serang dia. Haha hiperbola sungguh!
Setelah siap, Alina mengambil satu lipmate Dior yang berwarna pink untuk di pakai ke bibirnya. Baru sahaja hendak di kemam badannya rasa tidak sedap malah badannya berbahang.
"ARGH!!"
Jerit Alina kuat sehinggakan menarik perhatian seisi rumah. Puan Afia yang baru sahaja menuruni tangga terus menuju ke arah bilik Malika. Malika serta Tuan Qhalif juga turut naik ke bilik Malika apabila mendengar jeritan tersebut.
"Allahuakbar! Alina! Ya Allah!" jerit Puan Afia dengan tangisan. Anaknya sudah nyawa-nyawa ikan!
"Mengucap Alina!"
YOU ARE READING
Beauty Soul
Romance"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saa...