نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku berniat UMRAH dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala.
KAABAH di hadapan membuatkan Iman berasa dirinya sungguh kecil di hadapan Tuhan yang Maha Esa. Ini kali pertama dia menjejakkan kaki di tanah suci ini malah tempat lahirnya penghulu Islam dan namanya di sanjung di seluruh pelusuk bumi malah dia adalah kekasih Allah. Baginda tidak pernah lupa umatnya tetapi sayangnya umat lupa akan Baginda, pengorbanan Baginda kepada umatnya sungguh besar sehinggakan dia alpa dengan nikmat dunia yang sementara ini.
Air mata menitis setitik dua kerana kesal akan dosa yang dilakukan pada masa lampau malah kesal dengan dirinya sendiri kerana tidak pernah lihat betapa sayangnya Tuhan dan Baginda kepadanya. Air mata langsung tidak diseka kerana dia tahu makin di seka makin deras ia mengalir.
Subuh di Masjidil Haram ini membuat rasa sebak di dalam hati Iman, malah dalam sujudnya dia menangis asbab dosanya. Kini selepas solat Subuh dia duduk berdoa dan meminta ampun terhadap dosa-dosa yang pernah dilakukan sengaja dan tidak sengaja.
"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku sudah kembali ya Allah. Aku kembali. Ampunkan dosaku, ampunkan dosaku. Dosaku terlalu banyak ya Allah sehinggakan aku takut untuk meminta maaf kepadaMu. Aku tahu itu perkara yang patut aku jangan fikir kerana Engkau Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Disaat aku jauh kepadaMu banyak dosa yang aku lakukan sehinggakan rasa dunia ini adalah syurga sedangkan dunia ini mainan semata-mata. Tiada yang kekal."
"Aku berdosa sehingga sanggup buat perkara yang Engkau paling murka. Aku terlalu lalai, kalau bukan kerana insan bernama Denniz Amsyar bin Denniz Aymar aku mungkin tidak akan bertemu dan menangis kerana dosa-dosaku. Ya Allah kurniakan dia kebahagiannya, sampaikan ucapan terima kasih aku kepadanya."
"Ya Allah, terima kasih atas nikmat yang Engkau sering kepadaku ini, terima kasih kerana permudahkan urusan nikahku, terima kasih kerana hadiahkan isteri yang baik dan agamanya tinggi dariku. Aku terimanya kerana cintanya kepada agama bukan semata kerana wajah. Wanita sepertinya akanku hargai sehingga nafas terakhirku."
"Ya Allah, dia terlalu hebat maka jaganya jangan ada sesiapa lukakannya cukuplah masa lalunya. Jaga dia dari tangan yang cuba sakitinya malah jauhi insan yang dengki dengannya kerana itu bakal menyakitinya bukan membantunya."
"Lindungi keluargaku, ya Allah aku tidak mahu berdendam dengan sesiapa di dalam dunia ini maka di hadapan Kaabah dan aku memberi tahuMu aku memaafkan dosa mereka dan kesalahan mereka kerana hidup dengan dendam tidak akan membawa ke mana maka aku maafkan mereka yang menyakitiku."
"Tiupkan hidayah buat mereka dan ketika mereka kembali kepadaMu tolong ampuni mereka. Mereka terlalu seronok dengan nikmat dunia sehingga mereka melupakanMu maka tiupkan hidayah buat mereka supaya mereka kembali kepadaMu. Ya Allah, jaga keluarga susuanku, berikan mereka zuriat. Sudah lama mereka impikan anak yang datang dari mereka sendiri. Berikan mereka merasa kebahagian yang mereka impikan."
"Jaga kedua mentuaku, berikan kesihatan yang baik buat mereka dan berikan kebahagian yang tidak putus-putus buat mereka. Mereka layak mendapatkan kebahagia sehingga ke syurgaMu. Ya Allah, berikan kesempatan kepada sahabat-sahabatku untuk menunaikan umrah serta haji di tanah suci ini. Beri mereka rasa betapa nikmat solat di Kaabah dan melakukan tawaf. Berikan mereka nikmat ini."
Setelah mengaamiinkan doa Iman terus bangun tetapi belum sempat dia melangkah ada satu tangan kecil menarik kain ihramnya membuatkan Iman menunduk untuk melihat siapa yang menarik. Bila dia menunduk terlihat bayi yang dalam lingkungan setahun lebih memandangnya dengan sengihan, terdapat dua batang gigi atas dan bawah menampakkan lagi kecomelannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beauty Soul
Romance"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saa...