BAB 24

1K 73 9
                                    

"ASSALAMMUALAIKUM," ucap Iman apabila mendapat panggilan daripada seseorang malah dia juga bingung bagaimana orang lain boleh tahu nombor telefonnya di sini sedangkan dia tidak pernah memberi tahu kepada sesiapa yang berada di Malaysia. Hanya keluarganya yang tahu akan nombornya yang berada di sini malah dia juga sudah melarang kepada sesiapa untuk tidak memberi tahu nombornya kepada orang lain.

"Waalaikummusalam." Dengar sahaja suara tersebut membuatkan Iman mengeras. Dia cam siapa pemilik suara tersebut. Suara garau milik lelaki tersebut membuatkan Iman pasti itu adalah dia.

"Nak apa?" soal Iman senada. Boleh Iman dengar tawa kecil dia di panggilan.

"Aku ni niat baik call kau tapi ini kau balas?" soalnya dingin.

"Kau nak apa? Kalau nak kacau aku baik tak payah." Ucap Iman dan berura-ura ingin mematikan panggilan telefon tetapi kata-kata seseorang tersebut telah mematikan niatnya untuk mematikan panggilan.

"Selamat pengantin baru, Iman dan pasangan." Ucapnya.

"Macam mana kau tahu?" soal Iman dengan nada sudah naik seoktaf. Rahsia ni dia simpan rapi tapi bagaimana ada orang lain boleh tahu?!

"Not to mention, your wife is my older sister." Ucapnya sinis, Iman yang mendengar sudah berang. Menipu sangat.

"Penipu." Balas Iman.

"Tak percaya? Tanyalah isteri kau. I think she know me well if you say 'Am'."

"Tak payah nak menipu, isteri aku anak sulung dan kau pun anak sulung. Celah mana kau ada kakak pula. Adik beradik kau tu semua lelaki tak payah nak menipu."

"Sweet lies is better right?" ucapnya dan terus tertawa kecil seolah tahu riak wajah jengkel Iman di panggilan.

"Sweet lies tu kau pergi dekat bini kau. Setahu aku bini kau tu dah nak beranak. Better jaga hidup sendiri dari jaga hidup orang."

"Ah, tahu. Anyway, happy wedding. Jangan lupa jemput resepsi dan jangan lupa doakan isteri aku selamat bersalin. Due date dia lagi dua hari." Ucapnya seolah tiada apa yang berlaku.

"Pergi sana. Tahulah aku nak doakan bini kau." Jawab Iman kasar dan terus mematikan panggilan telefon. Apabila Iman melihy skrin telefonnya sudah hitam dia menghela nafas lega.

"Abang call siapa tu?" soal Malika lembut. Membuatkan jantung Iman berdetak laju.

"Kawan abang telefon abang, minta doakan isteri dia selamat bersalin." Laju Iman menjawab kerana tidak mahu isterinya berasa curiga.

"Isteri kawan abang dah nak bersalin ke?" soal Malika ada yang bersinar di sebalik mata hitam pekat milik Malika.

"Ya sayang, due date isteri dia lagi dua hari." Ucap Iman.

"Saya doakan isteri kawan abang selamat bersalin. Aamiin." Ucap Malika.

Iman juga turut mengaamiinkan doa sang isteri. Dalam masa yang sama Iman lihat isterinya turut teruja apabila dia menyebut perkataan bersalin. Jadi sudah pasti isterinya inginkan zuriat, tapi dia yang punya masalah. Dia masih belum sedia.

"Sayang nak anak?" soal Iman setelah lama berdiam diri. Malika terus memandang mata Iman dengan pandangan yang bersinar-sinar.

"Nak!" balas Malika teruja.

"Tapi kalau bukan rezeki kita tak apa, saya reda." sambung Malika lagi. Terus perasaan bersalah muncul di lubuk hati Iman. Salah dia kah menafikan hak sang isteri? Menafikan tanggungjawab dia sebagai suami.

Tangan naik menyentuh pipi Malika, tidak lupa menyentuh rambut Malika yang panjang beralun membuatkan nafsu dia terusik. Tipu kalau dia kata dia tak bernafsu tapi dia masih belum sedia.

Beauty SoulWhere stories live. Discover now