BAB 14

1K 72 8
                                    

KERETA mewah yang masuk ke dalam halaman rumah di pandang dengan senyuman kemenangan, malah tubuh yang dikenali masuk ke dalam rumah membuatkan dirinya bersorak gembira. Akhirnya bolehlah dia memulakan rancangannya, sudah pasti lelaki bandar tersebut bakal menjadi miliknya. Miliknya mutlak!

Kaki perlahan-lahan mara ke arah pintu kayu rumah Mak Khaula dan Cik Salleh. Hanya panggilan Puan Khaula dia kampung ini digelar mak kerana lembut dan sopan santun bicaranya membuatkan semua orang kampung menyayangi Puan Khaula. Perlahan-lahan pintu dibuka, hati sudah bersorak apabila pintu langsung tidak di kunci.

Masuk sahaja ke dalam rumah, pintu kayu dikunci olehnya. Biar seronok sikit malam ini. Kaki melangkah ke arah bilik yang bercahaya, dia sudah masuk mood lakonan, lakonan kena mantap baru orang percaya.

Masuk sahaja ke dalam bilik yang bercahaya alangkah sukanya dia apabila langsung tiada manusia di dalam bilik tersebut, kejap lagi memang bakal dia mulakan semunya. Dia sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan lelaki tersebut.

Boleh dia dengar tapak kaki seseorang menuju ke arah bilik tersebut, maka tudung dibuka malah jubah yang pakai di lorotkan sehingga yang ada di tubuhnya hanyalah pakaian yang menyeksa mata si lelaki tetapi dalam masa yang sama boleh menundukkan lelaki.

"Ya nanti saya inform Tuan. Maaf atas kelewatan insyaAllah esok saya datang kem dengan dia." Ucapnya lalu menolak pintu bilik tidur langsung dia tidak sedar akan siapa di dalam bilik tersebut tetapi tidak lama apabila rongga hidung terhidu bau yang cukup wangi.

Terus kepala melihat sekeliling bilik, alangkah terkejutnya dia apabila tubuh langsinh seseorang dengan memakai baju yang cukup menyeksakan mata. Argh sudah.

"Hi abang. Lama sayang tunggu abang." Ucapnya manja dan berjalan perlahan-lahan di hadapan lelaki tersebut.

"Damn." Carutnya. Kenapa dia perlu melihat perkara yang haram ini?

"Abang tak nak sayang ke? Penat tau sayang tunggu abang. Hurm?" soalnya lalu meletakkan tangan di dada bidang lelaki tersebut. Halkumnya bergerak-gerak menandakan dia sedang menahan nafsunya.

Tipulah kalau dia tidak terusik kerana dia manusia yang bernafsu bukan malaikat yang terpelihara dari perbuatan mungkar. Halkum yang bergerak-gerak di sentuh oleh perempuan tersebut.

"Jom pergi syurga." Meleret suaranya dan memaut leher Iman.

"Boleh." Jawab Iman dengan senyuman manis. Kali ini senyuman Sarah tambah mekar, umpan dah mengena! Akan dia pastikan lelaki tersebut miliknya mutlak!

Tangan Iman naik memegang dagu Sarah di dongakkan memandang dirinya. Kepala ditunduk sedikit dan puncak hidung Iman terkena telinga Sarah.

"Tutup lampu dulu, tak indah kalau ke syurga orang tengok." Ucap Iman menggoda. Sarah yang mendengar ucapan tersebut sudah tergedik-gedik macam ulat beluncas. Gatal!

"Boleh, abang tutuplah lampu. Sarah tunggu atas katil." Kata Sarah. Iman hanya mengangguk dan tersenyum manis ke aras Sarah. Makin cair Sarah apabila melihat senyuma Iman.

"Pergilah, abang nak tutup lampu." Kata Iman dan menuju ke arah di mana suis lampu berada. Setelah lampu bilik ditutup, kakinya berjalan ke arah di mana Sarah berada.

Bibir Sarah dipagut dan aktiviti haram itu dilakukan oleh dua orang insan, Tuhan menjadi saksi aktiviti haram tersebut. Sabar sahaja, kejap lagi pasti akan sampai balasan.

"YA Allah mana budak Iman ni! Tak sampai-sampai." Bebelnya. Puan Afia serta Malika hanya tersenyum melihat telatah Puan Khaula, dalam sopan pasti ada bebelan yang keluar.

"Tak apalah Khaula nak buat macam mana mungkin ada hal dekat mana-mana itu yang lama sikit." Kata Puan Afia.

"Betul tu ibu. Mungkin Iman ada hal, atau kawan dia datang malam ni. Kita tak boleh jangka." Kata Malika menyokong.

Beauty SoulTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang