"BARU balik Malika?" soalan daripada Tuan Qhalif membuatkan langkah Malika terhenti.
Terus pegun langkahnya dari menaiki tangga untuk ke bilik, mata helang milik Tuan Qhalif tajam menikam Malika menyebabkan Malika menundukkan kepala. Dia tidak pernah melihat abinya seperti itu."Pergi mana?" soal Tuan Qhalif. Tidak dingin dan juga tidak mesra tetapi tetap kedengaran garang di pendengaran Malika.
"Jawab soalan abi." Tegas Tuan Qhalif.
"Malika pergi ibu pejabat." Kata Malika.
"Tak tengok pukul berapa? Tengah malam baru balik rumah? Kalau jadi apa-apa macam mana? Kamu perempuan, apa yang abi nak jawab dekat Iman kalau isterinya terjadi apa-apa." Kata Tuan Qhalif keras. Kadang dia masih boleh maafkan kalau anaknya ini memberi tahu ke mana keberadaannya tetapi ini diam!
Walaupun Iman pasang mata-mata untuk mengawasi Malika tetapi hatinya tetap walang kalau Malika tidak beri tahu ke mana keberadaannya. Risau, kerana Malika adalah satu-satunya puteri yang tinggal di dalam rumah ini sudah pasti dia mahu melindungi puterinya ini. Lagi-lagi waktu suami Malika tiada.
"Malika minta maaf." Ucap Malika dengan nada perlahan.
"Abi nak tanya, maaf tu boleh ubah perkara buruk yang bakal terjadi pada Malika ke?" soal Tuan Qhalif keras membuatkan Malika makin menundukkan wajah.
"Kalau Iman tahu sesuatu yang buruk terjadi pada Malika apa agak-agak yang dia rasa? Sudahlah dia jauh dekat Rusia sana," Kata Tuan Qhalif.
"Malika salah dan Malika tak akan ulang lagi." Kata Malika.
"You better keep what you said." Kata Tuan Qhalif dan sejurus itu Malika memanjat tangga untuk naik ke biliknya. Sungguh abinya menakutkan ketika marah dan tegas.
"Abi, janganlah keras sangat kesian Malika." Ucap Iman di panggilan. Dia dengar semuanya dan dia kesian dengan sang isteri. Sudahlah cengeng.
"Itu sahaja puteri yang abi ada, lagipun kamu dah amanahkan abi jaga dia." Ucap Tuan Qhalif.
"Dah, matikan telefon pergi telefon bini kamu tu. Risau-risau menangis je." Kata Tuan Qhalif.
"Baik abi, abi pun rehatlah dah malam. Kirim salam mama, assalammualaikum." Ucap Iman dan terus mematikan panggilan apabila Tuan Qhalif menjawab salamnya.
PIN tudung di buka dan diletak di dalam kotak pin tudung. Baru sahaja tudung di buka telefonnya berdering nyaring menandakan ada panggilan masuk, mata Malika memerhati si pemanggil. Nombor dari luar negara, barangkali scammer tapi bila lihat dari mana panggilan tersebut terus di jawab.
"Hello?" jawab Malika.
"May I know who I am talking to?" soal Malika apabila tidak mendengar sesiapa yang menyahut.
"Are you scammer?" soal Malika lagi. Tetapi kali ini dia dengar tawa seseorang di talian dan tawa tersebut membuat hatinya berdebar. Tak mungkin!
"Hot scammer you mean? My white tulip." Katanya di talian membuatkan telehan Malika benar. Memang dia. Memang sah. Dia tidak salah dengar. Sudah seminggu pergi baru sekarang mahu telefon?!
"I don't know you and don't call me my white tulip. Scammer." Kata Malika geram. Mahu sahaja dia matikan panggilan tersebut tetapi dia sabarkan hati, mahu bermain dengan suaminya.
"Ouh, my bad. Should I call you my queen. Queen for king." Ucapnya manis membuatkan Malika hampir terngadah tetapi di tahan! Jangan cair.
"Do you know the difference between you and crocodile?" soal Malika.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beauty Soul
Romance"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saa...