BAB 43

988 68 18
                                    

"ABANG nak bawa saya ke mana ni? Kenapa kena tutup mata saya? Abang buat suprise apa? Abang jangan macam-macam ya. Kalau tidak saya lari dari abang." Bermacam-macam Malika berkata apabila matanya sudah ditutup dengan kain satin. Iman yang membawa isterinya ke satu tempat sudah tersenyum mendengar bebelan sang isteri.

Haihlah. Nasib sayang bini, kalau tidak pasti dah buang ke kolam. Ceh, gurau.

Tangan Malika di genggam erat dan membawa Malika menuju ke satu tempat, pekerja yang melihat dua insan sudah berada tidak jauh di hadapan dari mereka, sudah bersiap sedia untuk melakukan tugasnya. Iman segera mengangguk tanda bersiap sedia kerana bila-bila masa sahaja mereka akan masuk ke kawasan 'itu'.

Pakaian Malika yang cantik berwarna putih itu dipandang bersama senyuman, tidak lupa juga tudung sedondon dengan baju dipandang lalu dibetulkan sedikit. Malika yang merasakan tudungnya dibetulkan terus berasa pelik.

"Are you ready my wife?" soal Iman.

"Ready of what?" soalan berbalas soalan.

Dengan lafaz bismillah, kain yang ditutup di mata Malika di buka seraya pintu dewan dibuka oleh pekerja di situ membuatkan semua mata tertumpu kepada satu pasangan. Mata Malika membulat apabila melihat kawasan yang disangkakan kejutan buatnya sudah dipenuhi lautan manusia. Ada yang mengambil gambar, ada yang sudah merakam malah ada yang sudah tersenyum melihat mereka.

Malika pula sudah tercengang, lutut pula mula longgar. Mata memandang wajah Iman meminta jawapan pada setiap persoalan yang sudah berada di fikirannya saat ini.  Difikir candle light dinner, sekali majlis seperti ini. Majlis apa ni?

"Our wedding day, suprise for my wife." Kata Iman membuatkan mata Malika membulat tidak percaya. 

"Macam mana?" soal Malika.

"I planned it. Abang tak nak sayang tahu jadi abang rahsiakan." Kata Iman membuatkan Malika seolah tidak percaya.

"Sampai hati." Malika sudah memuncungkan bibir tanda merajuk.

"Jangan merajuk, my queen. This is for you. Our happy day. Abang nak kenalkan sayang kepada semua kenalan abang dan sayang kenalkan abang pada kenalan sayang." Ucap Iman lembut untuk memujuk sang isteri yang sudah membuka ura-ura merajuk dengannya.

"Jom masuk, abang dah tak sabar nak tunjuk isteri abang yang cantik ni. Bukan setakat cantik tetapi asbab abang akan masuk syurga bersamanya." Kata Iman lalu mengucup dahi Malika penuh kasih sayang.

Malika yang sudah merajuk terasa terpujuk apabila diperlakukan sebegitu dari sang suami. Rasa nak nangis tapi itulah kena tahan nanti rosak make up dia. Haih.

"Sedia?" soal Iman kepada Malika.

"Sedia wahai syurgaku." Balas Malika perlahan bersama wajah yang sudah merah. Dia malu, malu dengan mata orang sudah memandang dia.

Pedang sudah siap sedia di angkat oleh pegawai yang bertugas tetapi ditahan. Sudah pasti ada bayarannya untuk mengangkat pedang tersebut. Iman sudah menjongketkan kening, mereka tahu isterinya bagaimana tetapi tetap juga mahu bermain seperti ini.

Iman mendekatkan wajahnya kepada sang isteri lalu pipi kiri dikucup lama membuatkan wajah Malika bertukar tona, lalu pedang diangkat membolehkan pasangan raja sehari itu lalu di bawah pedang, inilah impian setiap wanita apabila berkahwin dengan orang beruniform dan dia merasainya. Tetapi kena bayar tol itulah yang membuatkan wajah Malika berubah tona, walaupun majlis sendiri tetapi dia tetap malu!

Memang majlis ini patut dilakukan dalam Islam supaya tidak mendatangkan fitnah kepada masyarakat. Tetapi tetap dia tidak selesa untuk ditatap oleh mata orang. Segan! Hebat macam mana pun dia dalam pekerjaannya dia tidak lari dari sikap perempuan yang malu.

Beauty SoulWhere stories live. Discover now