BAB 9

758 69 10
                                    

"AYAH. Tengok, Iman lukis jet! Nanti besar Iman nak bawa jet. Ayah mesti gembira kan?" soal Iman dengan nada teruja. Kertas lukisan di beri kepada ayahnya yang sedang duduk di sofa ruang tamu, tangan ayahnya sibuk memegang tab sambil mata menumpukan sepenuh perhatian kepada tab tanpa menghiraukan anak yang sedang memanggil dirinya.

"Ayah? Oooo ayah. Tengoklah lukisan Iman. Cantik tak?" soal Iman teruja sambil melayangkan lukisannya kepada ayahnya. Bibir tercedik apabila melihat reaksi ayah yang langsung tidak peduli.

"Ayah! Tengoklah!" naik seoktaf suara Iman. Ayahnya yang sedang sibuk memandang dokumen di dalam tab terus tersentak dengan suara anaknya yang menjerit.

"Pergi main jauh-jauhlah. Tak payah kacau aku, aku sibuk dengan dokumen yang nak di baca. Nak tunjuk lukisan hodoh kau tu? Abang kau boleh buat, lagi lawa dari kau. Abang tu hebat bukan macam kau, nak bawa jet? Jet apa? TUDM tu? Heh TUDM pun tak nak kau. Tak guna sahaja." Balas ayahnya lalu berlalu pergi jauh dari Iman.

Iman yang mendengar terus mengalirkan air matanya. Sanggup ayah sendiri menghina dirinya, bukan dia tidak faham. Dia sudah berumur sembilan tahun jadi dia faham maksud setiap kata yang ayahnya katakan. Bukan dia bodoh! Dia sangat faham.

"Iman benci ayah. Iman benci ibu. Iman tak akan maafkan ayah dan ibu." Ucap Iman sambil menangis lalu menaiki tangga untuk ke bilik tidurnya dan mengunci diri di dalam sana. Kerana dalam bilik tidurnya sahaja tempat yang selamat dan tidak pernah menyakitinya sendiri malah barang yang di sukai di simpan dalam bilik tidur tersebut.

MATA terbuka apabila dia sedar itu semua imbas kembali kenangan waktu kecilnya. Dari baring badan bangkit perlahan-lahan untuk duduk. Kepala di sandarkan di kepala katil, mata memandang balkoni bilik apabila kenangan silam masuk dalam lenanya. Tangan naik meramas rambut dan di sebakkan ke belakang. Keluhan terbit dari dua ulas bibirnya saat teringat kisah silam yang tidak patut diingati kembali.

Sedar tidak sedar sudah lama dia tidak pulang ke rumah keluarga tetapi bila pulang bukan orang peduli akan dirinya, malah abang sulungnya jika tidak peduli malah adik perempuannya juga jauh dari dia. Dia sendiri tidak tahu apa salahnya sehingga dia dipinggirkan sehingga sebegitu rupa. Abang dan adiknya mendapat kasih sayang cukup tetapi dia? Selalu dipinggirkan. Dia pulang pun tiada guna, dia pandang bibik dan bibik pandang dia.

Tangan naik mengambil telefon di atas night stand dan melihat waktu pukul berapa kerana dia ingin melakukan solat sunnat Hajat, solat sunat Tahajjud dan solat sunat Istikharah malah membaca Al-Quran serta meluah kepada Pencipta. Inilah rutinya apabila sudah berubah dan dia suka akan perubahan yang ini. Dia berasa tenang dan seronok kerana dia tahu ada satu tempat yang selesa untuknya meluah tanpa perlu fikir kritikan manusia.

Usai solat dan membaca Al-Quran Iman segera meluah kepada Tuhan sekalian alam tentang rasa di dalam dada. Biarlah kali ini Tuhan tahu apa yang di simpan kemas di dalam dada kerana dia sudah tidak tahan untuk simpan lagi masalah yang terbuku di hatinya. Sakit sangat, terlalu sakit sehingga dia tidak rasa dia layak di gelar anak kepada keluarga tersebut.

"Ya Allah, aku tak layak ke dapat keluarga bahagia? Kenapa mereka membenci aku tanpa aku tahu sebab yang munasabah. Kenapa ya Allah. Aku ini anak derhaka ke? Aku ini pembawa sial ke? Aku ini terlalu bodoh ke? Aku terlalu hodoh ke? Aku tidak berguna ke? Ya Allah sudah banyak cara yang aku tunjukkan kepada mereka tentang aku tetapi langsung mereka tidak lihat. Apa lagi ya Allah. Aku penat ya Allah untuk mendapatkan kasih sayang mereka tetapi langsung mereka tidak pandang aku. Aku ingin rasa cinta dari keluarga ya Allah. Aku ingin rasa disayangi oleh keluarga sendiri. Sukar ke ya Allah?"

"Apa dosaku ya Allah sehingga mereka membenciku. Aku ingin tahu ya Allah, kalau mereka membenciku dengan satu sebab maka tunjukkanlah ya Allah. Kerana Engkau Maha Tahu dari aku. Engkau punya kuasa menjangkaui batas aku sebagai hamba. Tolong ya Allah, sudah bertahun lama tetapi aku masih tidak dapat jawapan dari kebencian mereka maka tolong tunjukan kepadaku ya Allah supaya aku boleh jauh dari mereka dan sedar akan siapa aku."

Beauty SoulWhere stories live. Discover now