JAMBANGAN buku yang berada di tangan di pandang penuh minat. Cantik! Biasanya orang beri jambangan bunga tetapi dia tidak, dia beri jambangan buku sebab dia tahu, dia hanya minat buku dan buku yang berada di tengah-tengah antara bunga itu adalah buku yang boleh kitakan tersangat terhad. Malah ada seratus naskah sahaja di bumi ini. Mana nak cekau? Ini pun dia beli dengan harga boleh pergi travel ke Langkawi. Lima ratus ringgit untuk satu buah buku memang mark up habis. Nasiblah dia berduit sedikit dan sudah bekerja, kalau yang tidak bekerja seperti pelajar? Memang dah aniaya orang.
Kakinya masuk ke dalam rumah agam Tuan Qhalif dengan gementar ini kerana sudah lewat malam, dia pulang lewat kerana mahu mengambil jambangan bunga ini, alang-alang nak lari dari pergi majlis Tuan Denniz yang berada di Kuala Lumpur. Bukan dia tidak sudi, tetapi masa belum tepat lagi jadinya biarlah masa tepat dan dia akan sendiri muncul di hadapan dua pasangan kekasih halal itu. Buat masa sekarang biarlah dia larikan diri dulu, lari bukan bermakna dia takut tetapi dia belum bersedia untuk hadap luka yang dalam.
Baru kaki ingin mendaki anak tangga, mata Iman tertuju kepada pinta gelangsar yang menghadap ke taman bunga Puan Afia. Mata Iman juga menangkat susuk tubuh sesuatu yang berpakaian serba putih. Ini bukan pontianak, sebab semua putih, sekali dengan tudung pun putih ni. Kaki mara setapak demi setapak untuk ke arah benda putih itu. Baru Iman ingin menegur, terus benda itu berpusing.
Mahu luluh hati Iman apabila melihat Malika yang berpakaian serba putih itu. Ya Allah, nasib tak pengsan. Dah kenapa pakai macam ni?!!! Malika yang melihat wajah Iman sangat dengannya terus melangkah beberapa tapak ke belakang bagi mencipta jarak.
"Malika, kenapa pakai macam ni?" soal Iman. Tangan sudah mengurut pelipisnya. Ya Allah. Sabarlah duhai hati, boleh sakit jantung kalau kena macam ni hari-hari.
"Saya, tengah jadi ninja." Balas Malika takut-takut. Memang benar! Ini semua sebab kartun yang Aisya tengok jadi dia juga terpengaruh.
Iman yang mendengar sudah, ketawa kecil. Tak boleh dia sangka Malika ini seperti ini, sungguh polos! Comel sangat-sangat!
"Ninja kena tutup muka dengan pelitup muka. Mana pelitup muka awak?" soal Iman walaupun tawa masih ada.
"Dalam bilik." Balas Malika. Pipi sudah merah apabila Iman ketawakan dirinya.
"Apa dekat tangan awak?" soal Malika apabila melihat tangan Iman sedang memegang sesuatu di belakang badan seolah menyorokkan sesuatu. Iman yang mendengar segera menjongketkan kening dan tidak lama dia tersenyum manis sehingga nama gigi taringnya.
"Nak tahu kena bayar. Bayar bukan seringgit dua tapi bayar dengan cara lain. Boleh?" soal Iman. Malika yang mendengar sudah membulatkan mata ke arah Iman tapi cepat-cepat di alihkan. Mana boleh tatap mata ajnabi!
"Bayar cara macam mana?" soal Malika. Dia ingin tahu dan dia tahu hadiah itu bukan untuknya, barangkali untuk Puan Afia.
"Caranya terima sahaja apa yang diberi tanpa mengkritik." Ungkap Iman dan Malika hanya mengangguk tanda setuju.
"Dalam kiraan tiga tapi dalam bahasa arab. Awak boleh pandang dada saya. Boleh?" kata Iman dan Malika hanya setuju. Tidak berlengah Malika segera kira dari satu sampai tiga dalam bahasa arab seperti yang Iman pinta.
Sampai sahaja pada kiraan ketiga, matanya tepat ke arah dada Iman dan matanya terus membulat. Ini bukan mimpi kan? Tak ini bukan mimpi! Ini benar-benar terjadi, ia ada di sini di hadapan matanya. Jambangan buku di hadapannya ini sungguh menarik hatinya, malah buku itu! Buku yang sangat terhad hanya ada seratus naskah sahaja tetapi bagaimana lelaki di hadapannya ini boleh dapar? Sungguh aneh.
"Ini... siapa punya?" soal Malika bergetar-getar. Entah apa yang menyelubungi diri, gembira? Ya. Takut? Ya. Teruja? Ya. Tapi dia sedarkan diri bahawa ini pasti bukan untuknya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beauty Soul
Romansa"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saa...