BAB 28

721 59 7
                                    

MAKAN malam di restoran tersebut sungguh indah serta nyaman sehinggakan dua hati semakin dalam cinta kepada pasangan masing-masing. Malika mengajak Iman untuk menari dengannya kerana itu adalah satu impian yang ingin dicapai ketika dia sudah bergelar isteri malah Iman hanya menurut sahaja permintaan sang isteri tanpa membantah.

Lagu yang dimainkan juga memainkan peranan yang penting bagi mereka menghayati setiap lirik serta tarian mereka. Lagu River Flows in You menjadi pilihan Malika sendiri untuk menari kerana lagu tersebut sangat kena dengan situasi mereka suami isteri yang mempunyai luka yang dalam tetapi tetap melangkah demi orang yang tersayang.

Mata Malika tunak memandang dalam anak mata Iman, boleh dia lihat mata Iman sarat dengan cinta yang menggebu kepada dirinya. Sungguh cinta sehingga dia sebagai isteri juga turut rasa dihargai dan disayangi oleh insan yang sunggu tepat.

"Do you love me?" soal Malika kepada Iman.

Iman yang mendengar sudah tersenyum kecil, soalan yang sering di tanya oleh isterinya tetapi langsung dia sebagai suami tidak pernah jemu untuk menjawab soalan tersebut.

"Cinta abang kepada isteri abang ini dah terlalu besar sehinggakan abang beri tahu Allah setiap malam yang abang cintakan sayang."

"Tak cukup," jawab Malika sambil kakinya menari seiring dengan Iman.

"Cara apa yang sayang nak supaya abang tunjukkan pada sayang yang abang betul-betul cintakan sayang?" soal Iman sambil mata melihat wajah cantik manis sang isteri.

"Berpantun dengan ayat manis untuk saya." Pinta Malika membuatkan Iman tersenyum.

"Abang tak reti berpantun." Balas Iman, balasan dari Iman membuatkan Malika menarik muncung seketika sebelum dia menyoal semula kepada suaminya.

"Jadinya abang reti apa?" soal Malika.

"Abang reti satu ni, tapi sayang jangan muntah pula dengar." Kata Iman dengan rendah suara.

"Okey, saya tak muntah atau toya." Jawab Malika serta dalam hati sudah tidak sabar ingin mendengar. Mana mungkin dia mahu termuntah apabila dengar ungkapan cinta sang suami kiriman Tuhan.

"Biarpun daksamu terlampau aksa, namun durjamu selayak pernama yang berbinar di atma." Ungkap Iman romantis sambil mata melihat wajah isteri yang jelas terkedu dengan ungkapan yang diberi sebentar tadi.

"Maksudnya?" soal Malika yang dalam diam terkedu. Sungguh dia tidak tahu suaminya tahu tentang bahasa Melayu Klasik ini. Ini sudah terlalu romantis, dia risau jikalau dia tahu maksud dari bicara tersebut dia yang bakal jatuh menyembah bumi.

"Walau kamu jauh di mata, tetapi kamu selalu dekat di hati." Saat mendengar maksud tersebut, lutut Malika sudah lemah dan tunggu masa untuk menyembah lantai tetapi sebab pautan di pinggangnya membuatkan dia mampu berdiri serta menari lagi walaupun tariannya sudah berubah menjadi perlahan.

"Engkaulah sekuntum puspita yang kirana, segar senantiasa menjadi atma harapan agar menjadi bianglala dan akan ku sanjung sebagai sahmura." Sambung Iman lagi. Membuatkan lutut Malika sudah tidak boleh berdiri tetapi sebab pautan tersebut dia masih berdiri cumanya tarian sudah berhenti.

"Dah, cu... cukup." Ungkap Malika dengan gagap. Tangan Malika naik memeluk Iman dan muka disembamkan di dada Iman bagi menutup mukanya yang sudah seperti tomato tersebut bahkan jantungnya juga sudah mula berolah raga akibat bicara suaminya.

"Apa yang cukup? Abang masih belum puas nak ungkap perasaan sayang, cinta dan kasih abang dekat isteri abang ni."

Apabila tiada respon dari Malika membuatkan Iman tersenyum, tahu malu! Hai isteri, isteri.

Beauty SoulWhere stories live. Discover now