SELAMA dua puluh minit Iman menangis selama itulah Malika mengusap belakang badan Iman beserta alunan selawat ke atas nabi. Dia membuat Iman seolah bayi kecil yang tidak mendapat gula-gula daripada orang tuanya. Dia membiarkan Iman menangis sepuasnya kerana dia tahu pasti sudah lama Iman menanggung perasaan ini seorang diri. Dia ada tempat meluah perasaan iaitu mama dan abi bahkan Syaza tetapi Iman? Dia seorang diri sahaja di dunia ini. Malah biarlah dia memberi kekuatan saat suaminya berasa penat dan tidak bermaya.
"Dah, abang dah puas nangis." Cakap Iman sambil dia mengesat air matanya.
"Yakin dah?" soal Malika sambil menjongketkan keningnya. Iman yang mendengar soalan tersebut terus merembas keluar air mata. Malika yang melihat sudah tersenyum suka, dah puas konon.
"Dah, dah, dah abang dah puas." Ucap Iman lagi dan lagi walaupun air mata semakin laju keluar.
"Ya. Abang dah puas menangis." Kata Malika sambil tersenyum suka. Dah konon tapi tetap menangis bila cakap dah. Cengeng betullah bakal papa kita yang satu ini.
"Abang betul-betul dah puas nangis." Kata Iman lagi sambil mengesat air matanya kasar lalu mengesat hingusnya.
"Cengeng." Ejek Malika membuatkan Iman rasa ingin menangis lagi. Tergelak Malika apabila melihat wajah mencuka Iman yang sudah menahan air mata dari jatuh lagi.
"Now, abang dah habis nangis ceritalah macam mana abang tahu diri abang datang dari genetik Rusia." Tanya Malika. Soalan yang sudah lama dia pendam kini dia luah kepada Iman dan dia mahukan jawapan pada soalannya. Jawapan yang tepat tanpa simpang.
"Long story." Balas Iman.
"Just tell it, we have lots of time."
"Fine sayang." Jawab Iman.
LANGKAH kaki semakin laju kerana dia sedar ada yang mengejarnya, apabila dia terlihat satu lorong yang gelap tiada lampu terus tanpa berfikir dua kali dia masuk ke lorong tersebut untuk menyorok dari manusia-manusia yang mengejarnya. Bukan satu atau dua bahkan tujuh orang yang mengejarnya. Atas sebab apa? Dia sendiri tidak tahu. Apabila derap kaki itu semakin jauh daripadanya barulah dia boleh menarik nafas lega.
Sibuk dia memilih barang untuk dibawa pulang untuk sang isteri dia diperhati oleh tujuh orang lelaki Rusia itu dan tidak tunggu lama terus dia beredar dari situ malah ketujuh-tujuh orang tersebut mengikut setiap langkahnya maka dari situ terus dia membuka langkah besar untuk menghindari lelaki tersebut. Sesudahnya dia berada di lorong gelap ini menunggu mereka pergi jauh.
Sudah dua minit dia berada di situ, dia keluar dari tempat persembunyian itu. Mata memerhati tajam supaya tiada wajah lelaki-lelaki yang mengejarnya kalau ada memang dia pecut sampai mereka tidak jumpa dia terus silap hari bulan dia suruh kumpulannya bergegas balik Malaysia pada masa itu juga. Iman melangkah keluar dari lorong itu berhati-hati sambil mata memerhati sekeliling.
Baru dia keluar dari lorong tersebut matanya tertangkap wajah comot seorang budak perempuan Rusia yang menangis apabila coklat panasnya jatuh ke jalan tar. Iman yang melihat segara membantu memujuk gadis tersebut.
"Tam, tam ne plach'. YA kuplyu tebe novyy." (There, there don't cry. I will buy a new one for you.) Kata Iman dan tanpa dia sedar orang sekeliling memandangnya memujuk seperti memujuk anaknya.
"Moy goryachiy shokolad." (My hot chocolate.) Kata gadis tersebut dengan nada sedih.
"Let's go we buy it." Ucap Iman lagi. Apabila dipujuk sedemikian barulah gadis itu mengangguk setuju. Baru Iman ingin memimpin tangan gadis tersebut, mulutnya ditekup oleh sesuatu.
Terus dia menyiku laju manusia yang menekup wajahnya tadi apabila tekupan tadi menjadi longgar dia terus melepaskan diri. Satu tumbukan diberi dibahagian perut membuatkan manusia itu mengerang kesakitan, baru sahaja dia ingin memberi tumbukan di bahagian muka tindakannya terhenti apabila seseorang menekupnya lagi dengan sesuatu yang kuat baunya.
Dia cuba menyiku kuat tetapi entah mengapa tenaganya hilang seolah dia tidak menyiku mangsanya. Tidak lama setelah itu dia menutup matanya rapat yang dia dengar hanyalah samar-samar suara memberi arahan.
"It's really hard to get him. In Malaysia, we can't do it but here we can take him."
"Now what?" soal anak buahnya.
"DNA test." Ujar ketuanya dan setelah itu dunia Iman gelap tanpa dengar satu suarapun.
YOU ARE READING
Beauty Soul
Romance"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saa...