BAB 12

1.1K 92 31
                                    

SELESAI sahaja solat isyak, bilik tidurnya di ketuk oleh kedua orang tua yang dia sangat kasihi dan cintai. Boleh dia lihat jelas, riak wajah gembira dan bercahaya yang terpamer di kedua orang tuanya. Dia sudah boleh menggagak apa yang membuatkan keluarganya gembira sudah pasti tentang dirinya. Mahu ditanya malu tapi ingin tahu, Tuan Qhalif segera menghadiahkan ciuman hangat di dahi Malika dan Malika tersenyum diperlakukan sebegitu.

Puan Afia hanya tersenyum memandang Malika serta Tuan Qhalif. Malika menghulurkan tangannya kepada Puan Afia untuk memeluk dan Puan Afia menyambut kali ini mereka memeluk di antara Puan Afia, Tuan Qhalif serta Malika. Keluarga bahagia.

"Kenapa abi dan mama masuk bilik Malika? Ada apa-apa yang jadi ke?" soal Malika selepas mereka berpelukan malah sekarang mereka bertiga berada di balkoni bilik Malika.

Tuan Qhalif hanya tersenyum ke arah Malika, soalan pun. Puan Afia pula hanya menunggu sahaja suaminya ingin berkata tentang hal itu. Kalau dia yang berkata, mahu berair mata. Kata ke mana, air mata yang jalan dulu.

"Abi ada nak sampaikan hajat seseorang." Ucap Tuan Qhalif tenang. Malika hanya menunggu tenang sahaja, dia sudah boleh agak apa itu.

"Ada orang nak meminang Malika," ucap Tuan Qhalif sekali lafaz. Malika sudah sedia tenang, memang sudah di agak. Itu sahajalah.

"Abi, Malika bukan tak nak terima tapi Malika..." belum sempat Malika berkata lebih Tuan Qhalif segera memotong.

"Iman Al-Muadzam yang meminang An-Nur Malika." Kata tersebut, ucapan tersebut dan lafaz tersebut membuatkan seluruh tubuh Malika mengeras. Mata memandang Puan Afia untuk meminta kepastian, apabila melihat Puan Afia mengangguk terus Malika menunduk dan memainkan jari-jemari runcingnya.

"Abi terima?" soal Malika setelah lama berdiam diri malah masih bermain dengan jari-jemarinya.

"Abi nak dengar jawapan Malika." Balas Tuan Qhalif. Mustahil dia nak bagi tahu anaknya yang dia dah setuju. Hadeh.

"Malika setuju." Kata Malika. Tuan Qhalif serta Puan Afia yang mendengar sudah mengucapkan syukur di hati. Tidak henti-henti mereka mengucapkan syukur malah Malika sendiri boleh lihat betapa bahagianya kedua orang tuanya.

Tidak lama lagi dia bakal menamatkan zaman bujangnya, ibu bapa mana yang tidak bahagia sudah berpuluh pinangan ditolak tapi kali ini diterima. Hatinya tenang setelah memutuskan jawapan tersebut adakah ini jawapan dari istikharahnya? Mungkin. Allah sudah beri jawapan dari kedua orang tuanya.

"Anak mama dah nak jadi isteri orang dah ni." Ucap Puan Afia sambil ketawa kecil. Rasanya baru semalam dia melahirkan Malika hari ini Malika sudah tumbuh menjadi wanita yang hebat malah sudah ingin membina masjid sendiri.

Malika hanya mengangguk sahaja dan tersenym. Dia juga takut ingin mendirikan rumah tangga kerana kes keruntuhan rumah tangga serta cerai sudah makin meningkat tetapi semua itu berlaku ada sebabnya.

"Iman boleh jaga anak abi dengan baik walaupun dia masih bertatih dalam mengenal agama. Boleh Malika bantu?" soal Tuan Qhalif.

"InsyaAllah abi." Balas Malika.

"Rumah tangga ini suami isteri perlu main peranan. Kalau salah seorang sahaja maka hancurlah, kalau Iman ada salah Malika tegur dan kalau Malika ada salah Iman akan tegur." Nasihat Puan Afia.

"Malika jangan pandang hina pada Iman ya, hanya kerana Iman tak sempurna seperti lelaki lain dan jangan soal kisah lalunya sebab itu aib dia. Iman pun abi dah tegah supaya jangan buka aib dia." Kata Tuan Qhalif.

"Teruk sangat ke salahnya?" soal Malika kepasa Tuan Qhalif.

"Setiap hamba melakukan dosa sayang. Sebab tu walaupun kita ini faham agama dan sudah di didik dengan agama dari kecil jangan pernah hina orang yang kurang agamanya dari kita. Iman mungkin tidak sehebat Malika tetapi Iman seorang yang Allah sangat sayangkan dia. Kerana?"

Beauty SoulTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang