BAB 23

1.1K 75 2
                                    

SEPERTI yang dijanjikan mereka berdua solat sunat Tahajjud bersama-sama pukul tiga pagi. Dengan Iman imamnya dan Malika makmum, usai sahaja solat mereka berdua membaca Al-Quran bersama-sama malah jika Iman salah pembacaan serta sebutan Malika akan betulkan. Kerana Malika tahu suaminya itu masih bertatih dalam mempelajari Al-Quran dan tugasnya sebagai isteri adalah menolong apa yang dia mampu tolong.

Al-Quran perlu dibaca betul tajwid serta panjangnya kalau tidak ia akan memberi makna yang lain. Barangkali ayat Al-Quran tersebut maknanya baik tetapi apabila di baca salah maka maknanya akan menjadi lain dan mungkin memberi makna buruk. Maka apabila membaca Al-Quran perlu berhati-hati pada tajwid dan bacaannya. Panjang dan pendek jangan dilupa.

Setelah membaca Al-Quran mereka membuat keputusan untuk pergi ke Masjidil Haram dan masuk melalui pintu tujuh pulub sembilan. Pintu yang paling cantik dan gah. Baru sahaja mereka sampai di ruang tamu, nama mereka berdua dipanggil oleh Puan Afia.

"Iman, Malika. Nak pergi mana ni?" soal Puan Afia.

"Kaabah. Nak spend time dekat sana sebelum gerak ke Madinah tengah hari nanti." Jawab Iman lembut.

"Kenapa tak rehat je? Tak penat ke?" soal Puan Afia lagi.

"Tak pun mama. Kami okey." Balas Malika pula.

"Betul ni? Kalau penat rehatlah. Mungkin penat malam tadi. Tadi tidur kejap je kan? Nanti macam mana kalau tengah buat ibadah letih atau sakit kan tak elok."

"Tak mama. Kami okey, tak penat pun. Apa salahnya kalau kami berpenat sedikit. Tak salah pun mama." Ujar Iman bagi meyakinkan ibu mentuanya. Risau benar risak wajah yang ditunjukkan oleh ibu mentuanya saat ini.

"Dah Iman kata macam tu, mama setuju jelah. Tapi kalau tak larat atau tak sihat bagi tahu mama cepat-cepat. Cuaca dekat sini lain, bukan macam Malaysia." Nasihat Puan Afia.

"Baik mama." Jawab Malika dan Iman serentak.

"Hati-hati ya." Ucap Puan Afia dan tidak menunggu lama tangan Puan Afia dikucup oleh Iman dan Malika. Apabila salam diberi oleh Iman dan Malika mereka berdua menutup pintu penthouse tersebut.

                                (Gate 79)"CANTIK sangat pintu tujuh puluh sembilan ni sayang

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

                               (Gate 79)
"CANTIK sangat pintu tujuh puluh sembilan ni sayang." Ucap Iman apabila melihat pintu itu di hadapan matanya. Selalu dia melihat di telefon pintarnya sahaja tapi kali ini dia dapat melihat di depan matanya. Memang buka mimpi lagi tapi kenyataan yang pasti. Realiti yang benar.

Mimpi juga boleh menjadi realiti.

"Saya suka sangat pintu ni abang, rekaan pintu ni. Malah banyak lagi yang saya suka. Bila masuk dari pintu ni tenang je walaupun ramai yang masuk melalui pintu ni. Walaupun rumah kita jauh dengan pintu ni tapi tetap saya nak masuk ikut pintu sini." Ucap Malika panjang lebar. Acap kali ketika dia melakukan umrah setiap tahun memang dia akan datang masuk melalui pintu ini untuk melihat betapa indahnya pintu tujuh puluh sembilan ini.

Beauty SoulTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang