"DENGAN lafaz bismillah, saya cintakan Malika kerana Allah dan saya ingin meminang Malika untuk jadi suri hati saya." Kata Iman sekali lafaz.
Takut dan risau di hati dibuang ke tepi, kali ini memang dia akan meminang Malika walaupun dia akan ditolak. Terima atau tidak tolak tepi walaupun peratusan untuk di tolak oleh Tuan Qhalif itu tinggi.
"Apa yang kamu boleh beri dekat Malika?" soal Tuan Qhalif serius. Iman cuba tenangkan diri dengan soalan sebegitu, dia tidak sediakan skrip.
"Come on, Mejar Iman Al-Muadzam. Tak akan susah sangat nak menjawab? Rasanya lawan musuh negara lebih sukar dari meminang wanita dicintai." Provok Tuan Qhalif. Iman yang mendengar nama penuhnya di sebut terus berdehem sekali dengan pangkat pula.
"Saya tak sehebat Uthman dan Nazri yang seorang penghafaz Al-Quran serta hadis. Saya tak mampu nak menulis Al-Quran untuk Malika kerana saya masih lagi dalam fasa mengenal agama, kerja saya tidak sehebat Nazzri tetapi apa yang saya boleh beri kepada Malika adalah kasih sayang dan sama-sama membawa Malika ke jalan Allah."
"Saya tak yakin saya boleh jadi seorang suami yang hebat tetapi saya akan cuba sedaya upaya saya. Kerana saya tahu, jadi ketua keluarga itu bukan. Menjadi imam kepada masjid itu juga bukan mudah jadi saya akan cuba sehabis baik walaupun saya masih belajar mengenal agama."
"Saya masih seorang pendosa yang dosanya masih belum dicuci habis. Masih banyak lagi dosa yang perlu saya tebus tetapi saya cuba untuk beri kebahagian yang terbaik buat Malika. Mas kahwin saya tidak sehebat Uthman dan Nazzri, saya hanya boleh beri sebentuk cincin berlian dengan seutas gelang. Itu sahaja yang mampu saya beri."
"Kerana itu, saya Iman Al-Muadzam ingin meminang An-Nur Malika dengan sepenuh hati saya. Kerana saya cintakan An-Nur Malika binti Qhalif Al-Falaq kerana Allah." Kata Iman dan setelah dia berhenti mengatakan apa yang terbuku di hati Tuan Qhalif segera memeluknya erat.
"Bila nak langsung?" soal Tuan Qhalif. Iman yang mendengar soalan tersebut terkedu malah boleh Iman dengar suara tangis milik Puan Afia.
Terus Tuan Qhalif melepaskan pelukan dari tubuh Iman dan memeluk Puan Afia erat. Sangat erat. Iman masih memproses apa yang sedang berlaku sekejap sahaja tadi kerana terlalu pantas. Jangan kata? Pinanganya diterima?!!
Ya Allah. Kalau benar dia mahu sujud syukur sekarang juga. Ya Allah. Ini bukan mimpikan? Ini bukan tipu-tipukan? Ini kenyataankan? Ya Allah doaku sudah termakbul.
Tidak tunggu lama terus Iman sujud syukur apabila pinangannga diterima baik oleh Tuan Qhalif. Tersenyum Tuan Qhalif melihat perilaku Iman itu, anak yang baik tetapi kisah silam yang buruk membuatkan dirinya terjerumus dengan lembah maksiat.
Bangun sahaja Iman dari sujud syukur terus Iman berterima kasih kepada Tuan Qhalif dan Puan Afia. Tidak tahu mahu dikata apa lagi, kerana impian dia sudah tercapai, mimpinya sudah dapat digapai alhamdulillah atas izinNya. Tuhan yang menentukan segalanya. Terima kasih, ya Allah.
"Nanti beri tahu keluarga kamu ya Iman." Kata Tuan Qhalif dan Iman hanya mengangguk tanda baik. Apapun pandangan keluarganya dia tidak kisah asalkan dia dapat berkahwin. Bukan keluarganya pedulipun tentang dia.
"Malika macam mana?" soal Iman. Takut pula apabila Malika tidak terima akan perkahwinan itu nanti.
"Iman percaya pada Allah bukan?" soal Tuan Qhalif.
"Percaya."
"Jadinya percaya sampai bila-bila. Allah pemilik hati manusia dan Allah ada kuasa untuk membolak-balikkan hati manusia. Percayalah cakap abi, satu hari nanti kamu akan tahu jawapan dari mulut Malika sendiri." Balas Tuan Qhalif dan Iman hanya mengangguk. Takut kalau Malika tidak terima, Malika itu nampak sahaja seperti kucing tetapi dalam diam harimau.
YOU ARE READING
Beauty Soul
Roman d'amour"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saa...