USAI solat Subuh di masjid Sri Sendayan terus Iman memandu kereta mewah miliknya ke alamat yang dikirim oleh si pengirim semalam. Berbunga-bunga hati apabila dapat mempelajari ilmu agama malah dia juga akan pindah masuk ke rumah tersebut untuk seketika, sebelum cutinya habis. Tetapi dalam tidak sabar ada satu perasaan yang menjalar di pangkal hatinya. Satu perasaan yang dia tidak suka malah memang membuatkan dirinya berasa takut kalau itu benar-benar terjadi.
Dalam lima belas minit perjalanan Iman sudah sampai di hadapan rumah banglo mewah milik seseorang. Saat berada di pintu pagar, ada pengawal yang berjaga dan menanyakan tentang apa tujuannya di sini. Iman memberitahu siapa dirinya dan tidak tunggu lama terus pengawal yang berjaga membuka pagar malah tidak tunggu lama Iman mengucapkan terima kasih kepada pengawal tersebut.
Kereta diparkir di sebelah kereta mewah seseorang. Audi RS7 MTM yang berwarna hitam itu dipandang oleh Iman. Mewah malah lebih mewah bila dia sudah dapat agak siapa si pemilik kereta.
Iman tidak tunggu lama terus keluar dari kereta miliknya dan mengambil beg berisi pakaian di tempat duduk penumpang sebelah pemandu. Beg di letakkan di bahu lalu berjalan menuju ke pintu kayu berwarna putih tersebut.
Salam diberi dan diketuk, tidak lama setelah itu terus pintu dibuka dari dalam membuatkan Iman tersenyum lebar. Selebar pintu yang dibuka. Puan Afia yang membuka pintu lantas tersenyum melihat tetamu yang ditunggu sudah tiba.
"Assalammualaikum makcik." Ucap Iman sopan.
"Waalaikummusalam Iman. Tak perlu panggil makcik, panggil mama biar akrab sedikit. Mama dah anggap Iman ni macam anak mama dah. Meh masuk." Kata Puan Afia lalu mempelawa Iman masuk ke dalam rumah agam tersebut.
Iman hanya mengangguk dan menggosok tengkuknya yang berasa tidak sejuk. Entah mengapa dia berasa tidak selesa tetapi demi permintaan Puan Afia dia gagahkan juga. Sangka Iman dia akan berada di ruang tamu tetapi tidak Puan Afia malah mengajaknya bersarapan bersama. Beg yang berada di bahu diserahkan oleh pembantu rumah kerana Puan Afia sudah menyediakan bilik untuknya.
Boleh Iman lihat wajah lelaki yang sudah berusia berada di meja makan, mata lelaki tersebut memandang ke arahnya dan Puan Afia. Mata helang itu sungguh menakutkan seolah dia adalah mangsa yang bakal dimakan tidak lama lagi!
"Abang, ini Iman yang saya cerita tu." Kata Puan Afia lembut. Lelaki tersebut hanya mengangguk.
"Iman. Duduk sini." Arah lelaki tersebut dan menepuk tempat di mana dia suruh Iman duduk. Iman tidak berlengah terus duduk ditempat yang dituju, malah sebelum Iman duduk sempat Iman menyalami tangan lelaki tersebut.
Setelah Iman melabuhkan punggung, ada suatu yang lembut yang menegur lelaki tua itu. Terus Iman berpaling ke pemilik suara, alangkah indahnya pemandangan saat ini apabila melihat wanita yang berjaya mengetarkan tulang rusuknya berada di hadapan mata. Dengan memakai baju kurungnya. Nampak lagi sopan dan manis ayu.
"Sampai pun. Kenapa lama sangat ni sayang?" soal Puan Afia lalu mengambil tempat di sebelah suaminya dan berhadapan dengan Iman. Malika pula duduk di sebelah Puan Afia.
"Malika lambat sikit sebab ambil dokumen lepastu Aisya merengek sikit." Kata Malika. Bukan mudah untuknya tidurkan Aisya saat Aisya sedang sakit berat. Sudahlah ahad nanti mereka akan ke pesta buku, kalau Aisya demam? Terkuburlah.
"Belum kebah lagi ke?" soal Puan Afia prihatin. Jujur dia risaukan Aisya kerana itu satu-satunya puteri Aayan Hayyes.
"Belum. Makin panas adalah." Ungkap Afia jujur.
"Kena bagi tahu Aayan, I believe he will come as fast as he can. Dia tu pelesit." Kata lelaki tua tersebut. Iman hanya mendengar sahaja tetapi ada yang berjaya menarik perhatiannya. Lelaki bernama Aayan itu! Janganlah.
YOU ARE READING
Beauty Soul
Romance"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saa...