MASJID di hadapan retina mata di pandang lama, dirinya hanya berada di dalam kereta tanpa niat untuk turun dan masuk ke dalam masjid. Entah mengapa, jauh dia memandu dari Kuala Lumpur ke Sendayan dan sampai sahaja ke Sendayan dia pergi ke masjid Sri Sendayan yang sungguh indah di pandangan matanya. Masjid yang besar kubahnya dan sejuk mata memandang, saat ini sudah ramai tiba untuk menunaikan solat fardhu Subuh.
Keperangan masjid Sri Sendayan meriah di banjiri dengan pelbagai manusia untuk menunaikan solat Subuh di dalam masjid tetapi tidak kepada dia. Dia hanya melihat ribuan manusia tersebut tanpa ada niat untuk turun solat. Tidak lama setelah itu, azan berkumandang di masjid Sri Sendayan membuatkan dirinya tersentak hebat.
Entah mengapa saat dia mendengar seruan azan, hatinya berasa sakit malah dia merasa jiwa dan batin sedang dicarik-carik dengan sesuatu tetapi pada masa yang sama dia ingin dekat kepada agama yang sudah lama dia jauh tetapi dia sedar bukan mudah. Berubah perlu mengorbankan semuanya malah adakah dia sanggup?
Keluh dirinya saat tahu dirinya tidak akan mampu untuk berubah ke jalan tersebut. Biarlah dia berada di dunia gelap gelita ini tanpa berubah, tetapi hatinya ingin berubah. Susah! Susah sangat.
Rambut yang kemas di ramas beberapa kali malah badan di sandarkan ke kerusi kereta mewahnya secara kasar dan mata melihat kepada lautan manusia yang sudah masuk ke dalam masjid untuk memenuhi kehendak rohani mereka dengan berjumpa dengan Ilahi. Sedang dirinya memandang ke arah masjid dan lautan manusia, matanya terlihat satu susuk tubuh insan yang memakai abaya berwarna biru gelap masuk ke dalam masjid dan di sebelahnya ada wanita yang sama tinggi dengannya yang memakai abaya berwarna unggu cair.
Mereka berjalan perlahan kerana walaupun azan sudah hampir tamat tetapi asbab ibunya mahu melihat dan mengamati sekeliling langkah diperlahankan seketika. Wanita muda yang merasa dirinya diperhati lantas menoleh untuk melihat siapa yang memerhati dirinya. Laju mata helang miliknya dapat menangkap lelaki yang dalam kereta mewah melihat ke arahnya dan ibu.
Lelaki itu tersentak kerana wanita muda itu memandang ke arah sini malah bukan wanita itu sahaja tetapi ibu wanita itu juga turut berpaling ke arah sini. Menunduk sedikit kepalanya tanda hormat kepada wanita tersebut dan ibunya. Malu kerana kantoi malah malu kerana wanita muda itu memandang dirinya dalam seperti mahu telan.
"Mama nak pergi dekat dia sekejap." Kata sang ibu kepada anak perempuannya. Tidak lama kemudian dia hanya mengangguk sambil tangan memimpin ibu ke arah kereta mewah tersebut. Sampai sahaja di hadapan kereta sang lelaki terus si dia keluar dari kereta kerana mahu bermesra sedikit dan hormat kepada wanita itu.
"Assalammualaikum." ucap wanita berusia itu kepada lelaki.
"Waalaikummusalam." Lantas terus dia menjawab tanpa segan silu.
"Nama siapa ya? Tadi makcik tengok awak dari tadi termenung sahaja. Ada masalah ya?" soalnya kepada sang lelaki. Terus tersenym kelat si lelaki apabila mendengar soalan daripada wanita tersebut. Memang benar tetapi tidak disangka boleh diagak oleh manusia lain.
"Nama saya Iman al-Muadzam. Panggil Iman je makcik. Untuk soalan makcik tadi, hidup mana yang tiada masalah." Ungkap Iman lalu menggaru batang lehernya tidak gatal. Malu pula tiba-tiba menjawab soalan si wanita tersebut.
"Sedap nama tu, sama macam Malika punya nama." Kata sang ibu sambil melihat ke arah anak perempuannya yang hanya memandang kereta lelaki itu. Memang tidak dia mahu berbalas pandangan dengan lelaki ajnabi. Iman yang melihat wanita itu memandang tempat lain sedikit terasa hati.
"Maaflah anak makcik dia segan dan dia tak pernah bersua mata dengan lelaki apalagi nak berbual. Nama anak makcik An-Nur Malika, panggil Malika. Nama makcik Afia." Nama diperkenalkan olehnya bahkan Malika hanya mendengar tanpa menyampuk perbualan mama serta lelaki tersebut.
YOU ARE READING
Beauty Soul
Romance"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saa...