BAB 41

788 54 4
                                    

HELMET dibuka oleh Iman, mengikut apa yang orang-orangnya beri ini adalah alamat yang mereka dapat kenal pasti kedudukan Adam. Dia perlu menghadapi Adam, alasan? Cukup satu, Malika. Dia tidak kisah jikalau Adam mahu menyerangnya tetapi sewaktu bersama Malika memang cari nahas. Adam boleh sentuh dia tapi tidak Malika.

Kaki panjang Iman melangkah ke arah pintu kayu tersebut lalu dibuka perlahan. Apabila dia melihat wajah yang cukup dia kenal sedang duduk berbual dengan seorang wanita yang cukup dia kenal. Karina. Adam dan Karina bebas sebab tiada bukti mereka melakukan kejahatan dan melanggar undang-undang. Itu yang membuatkan Iman rasa terbakar, sepatutnya satu keluarga itu meringkuk dalam penjara.

Iman maju ke arah mereka berdua tanpa mereka berdua sedar kedatangannya. Apabila Iman berdehem barulah mereka berdua berpaling, alangkah terkejutnya Adam dan Karina apabila melihat wajah Iman. Mereka langsung tidak jangka bahawa Iman akan datang berjumpa dengan mereka.

"Kau serang aku pada waktu yang tak tepat Adam. Kau cari pasal pada orang yang salah." Pembuka kata Iman membuatkan Adam berdiri tegak dan diikuti dengan Karina.

"Jadi kau dah tahu? Adair Floren." Ujar Adam sinis, dia dapat data tentang latar belakang Iman dengan mudah sebab ada yang sudi membantunya.

"Berani kau ya?" soal Iman sinis. Nama itu tiada siapa yang berani sebut melainkan keluarga Rusianya.

"Aku tak nak buang masa, jangan cari pasal dengan aku. Kau nak cari pasal boleh tapi bukan waktu aku dengan Malika." Keras dan tegas Iman memberi amaran kepada Adam dan Karina.

"Kalau kita orang nak cari pasal juga?" soal Karina berani. Pura-pura berani, apabila melihat panahan mata Iman terus dia mengalihkan pandangan melihat ke dinding.

"Aku ada bukti yang cukup untuk humban kau orang dalam penjara. Biar kau orang rasa, bau penjara macam mana. Makan dalam sana, berak dekat sana dan berhari-hari tak mandi. Tak lupa, tempat yang tiada kipas tu. Mesti best." Ujar Iman.

"Tak cukup kau humban mak ayah dalam penjara! Kau nak humban kami pula! Apa yang busuk sangat hati kau ni!" marah Karina.

"Bini bodoh kau tu! Dah humban Uthman aku dalam penjara, sekarang ni! Kau pula humban mak ayah dalam penjara. Kau memang busuk hati! Dengki! Kejam!" lagi dan lagi Karina melepaskan amarahnya kepada Iman.

Iman pula hanya tenang mendengar setiap tomahan yang dilepaskan oleh Karina seolah kata Karina tidak memberi kudis kepadanya. Kerana satu, sebab dia sudah terbiasa. Dia diam selama ini, tetapi bila bertindak dialah punca masalah dan semua kejahatan itu terlihat. Dia juga dianggap jahat. Manusia.

Kebaikan tidak pernah lihat walau sejuta kebaikan dibuat tetapi satu kejahatan pasti dipandang diungkit tanpa henti. Kejam, itulah sifat manusia yang tidak kenal erti bersyukur.

"Manusia yang tidak kenal erti syukur akan membenci setiap perbuatan baik tetapi bila melakukan satu kejahatan dikeji sehingga mati malah setelah mati juga dikeji."

"Tetapi manusia lupa, siapa punca mereka melakukan kejahatan yang dilihat seolah kejahatan. Aku buat ni bukan kejahatan tetapi kebenaran, sudah banyak duit yang ayah makan secara haram dan perbuatan dia yang sanggup membunuh isteri dia buat dia letak ditempatnya sekarang."

"Sakit yang aku hadapi dari dulu takkan orang nampak melainkan bertukar menjadi kemarahan dan tindakan." Kata Iman sambil memandang wajah Karina tepat dan dalam.

"Dia layak terima balasan yang setimpal." Ucap Iman tanpa perasaan. Cukuplah selama ini dia berdiam diri.

"Dia tu bapak kau! Kalau tak fikir kita orang ni adik beradik kau sekurang-kurangnga fikir dia tu darah daging kau. Tanpa dia, kau tak akan wujud! Apa pasal kau ni bodoh sangat ha?! Buat kerja tak pakai otak?!!!" tengking Adam kepada Iman.

Beauty SoulWhere stories live. Discover now