MATA dibuka perlahan-lahan sehingga terbuka luas. Bila melihat syiling bilik yang malap menandakan di sini sedang gelap gelita dan apabila bunyi guruh dia terus dapat tahu sedang kuat langit mengaum kepada penduduk bumi. Badan perlahan-lahan bangkit dari pembaringan untuk pergi ke kamar mandi, badannya melekit dek peluh yang tidak henti-henti turun barang kali dia demam.
Baru beberapa tapak dia melangkah untuk pergi ke kamar mandi, dia mendengar pintu dari kamar mandi terbuka dan jelas terpampan wajah putih bersih milik sendirinya yang baru sahaja lepas mandi. Tersenyum dia melihat isterinya.
"Tulip." Panggil Iman lembut. Malika yang mendengar panggilan tersebut terus memalaukan Iman dan menuju ke walk-in-closet. Iman sudah termagu dengan apa yang dia lihat dan perilaku sang isteri.
"Sayang," panggil Iman lagi dan berjalan menuju ke walk-in-closet yang di mana isterinya berada. Bila melihat Malika sedang memakai dress satin yang separa lutut berwarna merah membuatkan dahi Iman berkerut hebat.
"Sayang nak pergi mana?" soal Iman dan menapak di belakang badan sang isteri. Malika pula sibuk dengan memakai make up tanpa hiraukan apa yang disoal oleh sang suami.
"Sayang abang tanya ni." Kata Iman lembut.
Malika yang mendengar panggilan tersebut terus mengetapkan bibir kerana dia tidak suka apa yang keluar dari mulut lelaki tersebut. Lelaki di hadapannya ini membuatkan amarahnya meruap-ruap, dia di tipu hidup-hidup oleh lelaki ini.
Kepercayaan kepada lelaki ini musnah jadinya perlukah dia menghormat sedangkan lelaki itu menipunya hidup-hidup? Langsung dia tidak boleh terima dengan kenyataan yang baru dia tahu.
Lelaki tersebut juga membuatnya menjadi seperti ini jadinya pandai-pandailah tanggung! Dosa isteri suami yang tanggung biar merangkak dekat sana kelak! Rambut di sebak ke belakang sehingga terkena wajah tampan Iman.
"Sayang, kalau abang buat salah. Abang minta maaf."
"Tapi jangan macam ni. Dengan pakaian sayang yang tak cukup kain ni, sayang nak pergi mana?" soal Iman lembut.
Malika hanya buat pekak malah bag berjenama Yves Saint Laurant yang bernama Sac De Jour Small Duffle In Shiny Leather berwarna hitam di ambil serta kasut Yves Saint Laurant yang bernama Opyum Sandals in Glazed Leather. Tidak lama terus meninggalkan Iman di situ dengan wajah yang terpinga-pinga.
Terpinga-pinga Iman melihat tetapi tidak lama terus dia mengejar langkah Malika, belum sempat Malika membuka pintu rumah terus tangan di sambar kasar oleh Iman membuatkan langkah Malika terhenti dan Iman melekapkan Malika di pintu rumah.
Mata Iman melihat mata Malika dan Malika tidak kurang hebatnya menentang mata Iman dengan berani, hanya kerana Iman lelaki dia perlu takut? Heh ini Malika, setakat lelaki macam Iman ini sudah pasti dia boleh kalahkan.
"Abang tak izinkan sayang keluar dengan pakaian macam ini." Ungkap Iman tegas dan dingin tetapi Malika hanya buat bodoh malah dia menarik senyuman sinis.
"Why can't I?" soal Malika.
"Gila ke nak pakai macam tak cukup kain nak keluar? Nak bagi siapa tengok? Lelaki dekat luar sana tengok?" soal Iman.
"So what? Biar dia orang tengok dan dia orang sentuh." Ucap Malika sinis.
"Don't." Kata Iman tegas. Dia tidak suka dan Malika hanya haknya bukan untuk dikongsi.
"Hahaha." Terus ketawa Malika terletus kuat membuatkan Iman terkejut dengan apa yang dia lihat dan dia dengar.
Ya Tuhan tolong, ini bukan isterinya malah isterinya tidak akan berubah sejauh ini. Mengapa boleh jadi seperti ini. Ya Allah. Apa yang buat isterinya berubah jadi seperti ini? Salah dia di mana dalam mendidik.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beauty Soul
Romantizm"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saa...