BAB 34

712 53 2
                                    

SEPERTI yang dirancang malam ini mereka akan memberkas semua penjenayah yang berada di dalam kumpulan tabligh tersebut. Makin hari makin liar, tetapi makin banyak juga maklumat yang mereka dapat dari orang-orang yang pihak polis hantar undercover ke dalam kumpulan tersebut. Malam ini mereka akan buat serbuan malah jalan-jalan tikus juga sudah di penuhi dengan pasukan polis termasuklah Malika.

Jalan tikus yang pertama dikenali sebagai Kiwo, jalan tikus kedua dikenali sebagai Kina dan yang terakhir adalah Kali. Malika berada di jalan tikus Kiwo bersama Syaza serta lima anggota polis yang lain sama seperti yang lain. Malam ini, mereka akan buat yang terbaik mengikut rancangan yang telah dia beri dan dia harap tiada satupun yang merosakkan rancangan tersebut. Walaupun dia sudah mempunyai pelan lain sebagai langkah berjaga-jaga tetapi pelan asal perlulah dilakukan dengan jayanya. Satu, supaya tiada siapa yang cedera mahupun maut dan yang kedua, supaya tiada satu ahli kumpulan tersebut yang lari.

"Hil dah masuk dan dia cakap mereka akan mula gerak tak lama lagi." Kata salah seorang Inspektor di earbud. Malika yang mendengar dan menyambung kepada anggota yang lain terus bersiap siaga.

"Roger." Ucap Malika. Cermin mata penglihatan malam dipakai oleh Malika untuk bersiap sedia, senjata api buatan Jerman HK MP5 digunakan untuk mematikan gerakan musuh. Dia tidak akan bunuh selain mencederakan tangan, kaki dan bahu musuh supaya pergerakan musuh terbatas dan senang untuk mereka diberkas oleh pihaknya.

"Kita dah boleh mula," ucap Inspektor Raiq memberi arahan.

Pasukan yang berada di jalan tikus lain sudah memberi maklumat kecuali pasukan Malika. Tangan digenggam ke atas lalu diputarkan kepada ahli pasukannya yang lain seolah menyuruh berhentikan sesuatu.

"Kiara? You hear?" soal Inspektor Raiq.

"There's something wrong here." Kata Malika sambil matanya memandang tajam kepada satu pokok yang daunnya gugur.

"Tell me," desak Inspektor Raiq.

"No proceed to the original plan. It will not effect on my team." Kata Malika sambil tersenyum sinis. What a bravo plan! But stupid.

"Senjata akan makan tuan tak lama lagi. Umpan ketua dia orang ke jalan tikus sini, ada habuan menanti." Kata Malika, membuatkan semua yang mendengar sudah bingung tetapi mereka hanya mengikut arahan. Why? Well she's Kiara. She know what she do.

"Okey," ucap Inspektor Raiq.

"Satu,"

"Dua,"

"Tiga,"

"Bismillah." Usai Malika berkata sedemikian.

BOM!

Tidak lama kemudian bom meletup tidak jauh dari tempat mereka membuatkan semua sudah bersiap sedia, Malika yang berada di semak samun sudah memerhati semua yang bakal terjadi. Tidak lupa dia juga mendengar tembakan berbalas tembakan di pihak sana, ada yang mati. Mungkin?

Kalau pengganas tembak menembak mungkin ada yang mati tapi bukan dari pasukannya, dia tidak benarkan.

"Ada dua manusia datang arah sini." Kata Sub-Inspektor Hilan membuatkan semua sudah melihat dengan teliti. Ada yang sudah siap ingin menembak.

"Jangan tembak dia orang. Umpan dia orang supaya mereka berkumpul pada satu tempat dan tempat tu dekat pokok yang tiada daun tu." Arah Malika, maka semua mengikut lalu tiada yang menembak ke titik lemah penjenayah malah mereka tembak ke merata tempat supaya penjenayah tersebut berkumpul di pokok yang tiada daun itu.

Peliknya, langsung tiada pistol di tangan mereka.

"Macam ada yang tak kena. Dia orang tak ada pistol." Ucap salah seorang anggota.

Beauty SoulWhere stories live. Discover now