PETANG waktu Mekah adalah waktu penerbangan mereka berdua untuk pergi ke satu destinasi yang tidak Malika ketahui. Banyak persoalan yang bermain di mindanya bila tanya sang suami, diam sahaja malah suaminya sendiri akan mengubah topik perbualan. Punyalah tak mahu dia tahu ke mana destinasi mereka pada hari ini malah tiket dan passport dia pun Iman pegang! Memang betul-betul tak mahu dia tahu ke mana mereka pergi ni. Masa itu, suaminya kata mahu pergi Amsterdam tapi mahu ubah pula. Sekarang ini dia tak tahu mana yang betul.
Ahli keluarga yang menghantar mereka berdua melambai-lambai ke arah mereka dan mereka berdua turut melambai kepada keluarga tercinta. Paling semangat adalah grandda mungkin tak sabar mereka berdua ada masa untuk bersama. Suaminya hanya diam memerhati telefon pintarnya tanpa ada niat nak berbual dengan dia. Haih susahlah gini, dia sudahlah bosan.
"Abang," panggil Malika. Iman yang mendengar terus mengalihkan pandangan dari melihat telefon kepada melihat wajah cantik Malika.
"Ya sayang, kenapa?" soal Iman.
"Jom singgah kedai buku kejap. Saya nak beli buku boleh baca dalam kapal terbang nanti." Kata Malika. Iman hanya setuju tanpa banyak bunyi, kenal sangat isterinya itu yang kuat membaca.
Sampai sahaja di kedai buku, Malika menarik Iman untuk ikut dirinya. Malika terus pergi ke bahagian Bahasa Inggeris yang menempatkan buku-buku terkenal yang menjadi kegemaran setiap pembaca di seluruh dunia. Iman yang melihat sahaja isterinya ingin memilih buku tanpa mengacau tetapi ada sesekali dia memegang buku untuk melihat sinopsis di belakang buku. Ada buku yang sinopsisnya baik ada yang tidak tapi itu hanya pendapat dia sahaja. Jadi janganlah nak kecam dia.
Malika yang ralit meneliti buku-buku terus di pandang. Mata sudah terjatuh pada tangan Malika yang memegang dua buah buku, satu tajuk buku Shatter Me dan satu lagi It Ends With Us. Isterinya mahu beli dua buah buku ini ke? Entah tunggu sahaja, mana tahu ada sesi pilih memilih. Baru beberapa tapak berjalan isterinya berhenti lagi, nak cari novel apa pula ni?
"Abang rasa mana best?" soal Malika kepada Iman dan terus membuat pusingan untuk menghadap Iman.
"Ikutlah mana yang terbaik." Balas Iman. Dia mana tahu, dia mana pernah baca novel!
"Saya ingat nak beli set buku terus tau yang Shatter Me ni sebab ada jual kat sini tapi okey ke? Boleh bawa masuk kepal terbang ke?" soal Malika kepada Iman.
"Boleh je, nanti abang uruskan." Kata Iman. Ingat apalah tadi.
"Betul ni?" soal Malika dengan mata yang bersinar-sinar.
"Ya sayang, dah jom pergi beli set novel yang sayang nak tu." Kata Iman. Malika segera mengangguk dan meletakkan kembali dua buah novel yang diambil tadi ke tempat asal.
Yeay! Beli set Shatter Me. Tak sabar nak baca Aaron Warner. Iman hanya mengikut sahaja gerak langkah Malika dan apabila melihat set novel yang dipilih terus dia ingin membayar novel tersebut.
"Sayang ada apa-apa nak tambah?" soal Iman. Terus Malika menggelengkan kepala, cukup dah ni buat stok dua minggu. Hehe.
"Betul ni? Kalau ada apa-apa tambah je, abang tak kisah." soal Iman. Baru Malika hendah menggeleng tanda tiada terus dia berhenti kerana teringat sesuatu yang penting. Oh My Allah!
"Abang tunggu sini kejap, saya cari barang penting tu." Kata Malika dan mencicit berlari tanpa sempat Iman bertanya lebih. Tidak sampai tiga minit muncul Malika dengan penanda buku dan tabbing yang bermacam-macam warna di tangan.
"Dah kenapa ni?" soal Iman.
"Ini benda penting bagi pembaca. Tabbing ni fungsi dia adalah suasana atau dailog yang membuat kita menyentuh hati atau quote yang menarik perhatian pembaca macam saya. Lepastu kalau penanda buku ni pula, saya tak tahu kenapa saya beli. Sebab cantik saya ambil jelah." Kata Malika dengan senyuman di bibir. Iman yang mendengar sudah tergelak kecil, ada-ada sahaja perangai.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beauty Soul
Romance"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saa...