BAB 8

1.1K 83 1
                                    

ACUAN untuk meletakkan burnt cheesecake di pandang Iman. Kenapa perlu ada baking paper dekat loyang berbentuk bulat itu? Kek tu akan melekat ke? Pelik. Jujur ini kali pertama dia buat kek sebelum ini memang dia reti masak tetapi kek? Memang jauh sebab nak buat kek memang leceh dan dia tidak suka. Yang lain boleh lagi tetapi kek? Memang minta jauh. Tetapi sekarang, dia sendiri perlu membuat kek bersama-sama dengan Tuan Qhalif, Puan Afia serta Malika.

Mata Iman memandang Malika yang sedang memasukkan tepung untuk kek cawan perisa red velvet. Boleh dikatakan Iman, Malika memang reti membuat kek, tapi logik sebab perempuan memang suka perkara seperti ini jadi memang sudah jadi kehebatan bagi mereka.

"Ha termenung pula. Dah kenapa tak letak acuan lagi ni?" soal Puan Afia apabila melihat Iman langsung diam tidak membuat apa-apa kerja.

"Erk, kenapa mama letak baking paper dalam loyang ni?" soal Iman.

"Sebab tak nak kasi dia melekat dan lepas masak nanti kita nak tarik kek tu keluar. Kalau tak letak dia akan melekat lepastu susah nak bawa keluar." Terang Puan Afia panjang lebar.

Iman yang mendengar segera mengangguk dan menuang acuan di dalam loyang berlapik baking paper dengan acuan yang telah di tetapkan oleh Puan Afia. Tuan Qhalif pula sedang sibuk membuat topping untuk burnt cheesecake.

"Tuan, Puan maaf tapi ada tetamu." Suara pembantu rumah mencelah membuatkan semua pekerjaan terhenti.

"Siapa yang datang?" soal Tuan Qhalif.

"Katanya Haji Saad dan keluarga." Balas pembantu rumah. Tuan Qhalif yang mendengar nama itu hanya mengangguk dan menyuruh pembantu rumah menyediakan air serta makanan ringan kepada tetamu.

Entah kenapa hati Iman berasa walang apabila memikirkan tetamu yang hadir. Memang tetamu itu pembawa rezeki tetapi tetamu yang seperti ini macam ada makna lain dari yang lain. Jangan-jangan niat mereka adalah sesuatu yang ternilai.

Terus Iman menggelengkan kepala, jangan fikir negatif tak elok. Kalau benar niat mereka adalah itu hatinya perlu terima dengan hati yang terbuka, dia sudah istikharah dan mungkin itu adalah jawapan yang tepat.

"Mama pergi luar dulu. Nanti dah siapa jangan lupa kemas ya. Risau pula tetamu ni lama dekat sini." Balas Puan Afia. Iman dan Malika hanya mengangguk tanda setuju.

Kini di dapur tinggallah Iman dan Malika yang sibuk dengan adunan kek masing-masing. Sibuk sehingga tiada masa ingin berbual antara satu sama lain.

"ASSALAMMUALAIKUM. Qhalif, sihat?" soal Haji Saad lalu berjabat tangan dengan Tuan Qhalif. Tuan Qhalif hanya senyum dan menjawab salam dari Haji Saad.

Boleh Tuan Qhalif lihat ada wajah Hajah Marlia serta anak lelaki Haji Saad iaitu Uthman. Kenapa datang sekeluarga ni? Ada hajat ke?

"Macam ada benda nak bincang je tu haji. Tak nak beri tahu saya ke? Apa hajat haji ke mari." Kata Tuan Qhalif. Dia malas basah-basi terus terang sahaja, itu memang prinsipnya.

"Dah kalau Qhalif kata macam tu, saya terus terang sahaja hajat kami ke mari." Kata Haji Saad sambil mata melirik ke anaknya Uthman yang menundukkan wajah, mungkin malu dan mungkin takut.

"Hajat kami nak menyunting bunga di taman. Kami dapat tahu bunga di taman ni masih belum berpunya itu yang kami datang ingin menyuntik." Terus terang Haji Saad berkata sehinggakan Puan Afia termagu, mata sudah dibulatkan tanda terkejut. Tuan Qhalif pula hanya tenang di posisinya.

Ketenangan Tuan Qhalif membuatkan Haji Saad sekeluarga tidak senang duduk. Tenang itu lebih menakutkan daripada segala-gala. Orang yang tenang selalunya bila sudah capai limit dia adalah orang paling menakutkan.

Beauty SoulTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang