BAB 16

975 77 4
                                    

"IMAN Al-Muadzam bin Muhammad Izzat, I solemnize your marriage to my daughter An-Nur Malika binti Qhalif Al-Falaq with mahr five thousand Dinar. Do you accept?"

"I accept."

Sekali lafaz, Iman dan Malika disatukan menjadi suami isteri. Ucapan syukur tidak terhingga diucapkan kepada Tuhan, walaupun jauh mereka ingin disatukan tetapi tetap sahaja berjaya.

Majlis nikah hanya seringkas mungkin, hanya ahli keluarga sahaja yang datang. Bukan tidak mahu menjemput yang lain tetapi tunggulah resepsi nanti memang bakal dia khabarkan yang dia sudah berkahwin malah mereka bernilah di Arab bukan di Malaysia ini semua atas permintaan datuk Malika sendiri.

Selesai solat sunat Iman berjalan perlahan-lahan ke arah Malika, dalam hati sudah gugup ingin menyarungkan cincin kepada si isteri. Malika pula hanya menundukkan wajah, walau sudah berkahwin tapi masih malu! Hai isteri. Isteri? Eheks dah halal.

"Iman apa lagi berdiri, meh sini. Duduk sebelah Malika." Kata Puan Afia apabila melihat Iman langsung tiada tanda ingin duduk di sebelah anaknya. Wajah Iman sudah berubah warna apabila ibu mentuanya berkata sebegitu.

Perlahan-lahan Iman duduk di sebelah Malika, dulang yang berisi cincin serta gelang sebagai perkahwinan di pandang sebelum cincin bertatah berlian di ambil untuk di sarung di jari manis isterinya. Perlahan-lahan tangan Malika dihulurkan kepada Iman, apabila tangan Iman menyentuh permukaan kulitnya terus ditarik semula.

Wajah Puan Afia dipandang takut-takut, mama tolong! Puan Afia sudah tergelak kecil apabila melihat wajah ketakukan Malika.

"Malika, janganlah takut. Suami tu." Ucap Puan Afia, Malika perlahan-lahan mengangguk dan mula mengangkat tangannya semula.

Kesemua yang berada di situ sudah tersenyum, apabila melihat tingkah pasangan kekasih halal itu. Nampak sangat tidak pernah bersentuh, manisnya kalah madu jikalau mereka menjaga sesama mereka tanpa melakukan sentuhan dengan yang bukan mahram.

"Assalammualaikum, tulip putih abang." Ucap Iman sebelum mencium dahi Malika penuh kasih sayang. Doa di baca setelah ciuman dilepaskan oleh Iman. Tergamam Malika malah wajahnya sudah berubah tona apabila teringat ayat Iman kata sebelum mencium dahinya.

Bunga tulip?! Dan abang?! Ya Allah berikan dia semangat malah jantungnya sudah mengepam darah yang cukup laju.

Tersenyum manis Iman apabila melihat wajah merah Malika, pemalu sungguhlah si isteri pun. Macam mana nak berbual ni kalau kata sikit dah malu. Haihlah. Nampaknya memang dia yang perlu buka langkah dulu, nak suruh Malika buka langkah memang lambat lagi. Tak apa mengorat isteri sendiri, tak salah.

KAABAH di pandang dari tingkap balkoni bilik tidurnya, bukan bilik tidurnya tetapi bilik tidur mereka. Sudah berkongsi jadi mahu tidak mahu direlakan sahaja walaupun tidak rela. Kelibat suaminya langsung tiada jadinya di selamat, dengan rambut yang masih lembab di biarkan kering. Malam pertama dia tidur sekatil dengan mahramnya.

Gugup itu pasti dan takut itu pasti. Macam mana kalau suaminya mahu menuntut hak? Tidak ke haru? Argh tak mahu!

"Shuhhh! Keluar kamu." Kata Malika dengan meleret. Perbuatan Malika terhenti apabila pinggang rampingnya berasa hangat, malah lehernya juga berasa deruan nafas seseorang.

Perlahan-lahan kepala jatuh untuk melihat, jelas di retina mata, tangan berurat seseorang sedang memeluk. Sudah pasti suaminya! Mama! Tolong Malika!

"Tulip halau siapa?" soalnya lembut. Dagu direhatkan di bahu kiri sang isteri. Dah boleh peluk!

"Erk. Syaitan." Balasnya gugup.

"Ingat halau abang." Kali ini Malika boleh rasa lututnya lemah apabila mendengar panggilan sang suami. Nasib pinggangnya di peluk kalau tidak sudah pasti dia jatuh ke lantai bilik.

Beauty SoulWhere stories live. Discover now