BAB 30

914 61 2
                                    

SETELAH apa yang Iman katakan pada Malika mereka pulang ke Malaysia awal dari sepatutnya kerana tugasnya yang perlu dilunaskan serta latihan yang tanpa rela hati. Semua sudah tentu dari kawan tak guna bernama Denniz Amsyar, padanlah telefon waktu dia berada di Madinah rupanya ada udang disebalik batu.

Malah dia tahu teknik Denniz Amsyar itu! Buat dia marah dan matikan telefon maka dia akan cakap dekat pihak atasan yang dia setuju sedangkan dia tidak tahu. Licik. Main emosi. Bijak. Dan dia termasuk jerat binatang tak guna yang beracun. Memang sesuailah kenapa orang gelar Amsyar itu Veleno.

Sepanjang perjalan, Malika hanya membaca novel Shatter Me yang sudah bertanda tangan penulis yang diminati. Siapa sahaja tidak suka jikalau dapat tanda tangan penulis yang terkenal di seluruh dunia? Malah penulis tersebut adalah penulis muslim. Lagilah dia seronok. Sabar, tunggu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur lagilah dia seronok mahu berjumpa penulis terkenal seperti Anjell, Rehan Makhtar, LollySnow dan lain-lain.

Iman pula sibuk dengan tugasan yang perlu diselesaikan sebelum pergi latihan malah ada pembantu lelakinya yang menerangkan serta membantunya dalam tugasan tersebut. Usai selesai kerjanya Iman mengarahkan pembantunya menguruskan perkara lain.

"Maksud tuan?" soal Qafiy.

"Hantar orang-orang untuk jaga keluarga aku. Ibu ayah aku berada di Arab dengan grandda jadi mereka selamat, tapi isteri aku. Jaga dia, perhatikan dia, apa-apa beri tahu aku secepat mungkin. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi. Sekarang ni, keluarga kandung aku mesti dah mulakan rentak dia. Kita kena berjaga-jaga." Terang Iman panjang lebar.

"Saya tak faham, kenapa keluarga kandung sanggup buat macam ni. Lagi-lagi dekat anak kandung sendiri. Bukan sepatutnya keluarga itu melindungi bukan merosakkan." Keluh Qafiy. Iman yang mendengar sudah tersenyum tawar.

"Kadang rambut sama warna, hati lain-lain." Balas Iman.

"Dan kadang rambut sama warna, mata warna lain." Balas Qafiy. Iman yang mendengar sudah tahu ke mana ayatnya itu. Tahulah dia lain dari yang lain. Mata dia lain dari keluarga kandungnya.

"Kenapa tuan je lain dari keluarga tuan ya? Tuan ni baik, hensem, bos yang baik, tak busuk hati dan tuan selalu manjakan pekerja tuan. Lain dengan ayah tuan." Omel Qafiy. Iman yang mendengar hanya tersenyum, adalah tu nak cerita. Kadang dia sendiri tidak tahu macam mana dia boleh tahan dengan Qafiy ni.

Masa dia mula-mula mahu buka perniagaan ini, Qafiy sendiri yang mempelawa diri ingin bekerja bawahnya sebagai pembantu dan dari situ Iman boleh fikir Qafiy ini bekas pekerja ayahnya asbab dendam yang bersinar di mata Qafiy malah mungkin Qafiy kenal dia sebagai anak Tuan Izzat jadinya dia mahu membalas dendam dengan cara dekat dengannya.

Betul telahannya apabila Qafiy sendiri mengaku tetapi hati Qafiy terus berhenti ingin melakukan perkara tersebut kerana Qafiy sendiri cakap yang orang tidak bersalah tidak perlu dibalas dengan dendamnya.

"Tuan dengar tak saya cakap apa?" soal Qafiy bila melihat tuannya seolah berada di dunianya sendiri. Soalan dari Qafiy membuatnya kembali ke alam nyata semula.

"Kau cakap apa?"

"Kalau keluarga kandung tuan cari tuan dekat pejabat nanti macam mana?" soal Qafiy.

"Halau, aku tak ada dekat Malaysia. Aku dekat Rusia ada latihan." Balas Iman dan sejurus itu boleh Iman lihat senyuman sini terukir di bibir Qafiy. Tahulah dia apa yang Qafiy mahu buat.

"Jangan teruk sangat, aku tak nak nanti ada kontroversi." Tegur Iman.

"Jangan risau, paling-paling buat kat dalam." Balas Qafiy sinis. Iman yang mendengar terus menggelengkan kepala.

Beauty SoulWhere stories live. Discover now