TEKUN Iman mendengar setiap bicara Arvis malah makin membuak perasaan ingin jumpanya kepada arwah Aurelie. Dia ingin berjumpa, cium dan memeluk ibu kandungnya. Dia tidak marahkan mummynya cuma dia kecewa dengan apa yang berlaku, kecewanya sampai dia lukakan ibu kandung mummynya iaitu neneknya.
Salahnya sebab terlalu ikut perasan selepas pak ciknya bercerita tentang mummy barulah dia tahu yang betapa sayangnya keluarga ini dan rakyat Rusia kepada arwah mummynya. Mereka sayangkan mummy. Terlalu sayangkan mummy.
"Grandmy sayangkan kamu. Nanti jumpalah grandmy."
"Kami dapat tahu kamu hidup dari Avena terjumpa kamu dekat Madinah. Uncle pun terkejut bila Avena cakap dia jumpa yang rupa sebijik dengan arwah Aurelie. Jadi uncle hantar orang untuk siasat dan ikut kamu. Paling uncle tak sangka kamu dah kahwin." Ucap Tuan Arvis Floren."Saya pun tak kenal Avena tu siapa dan tak sangka orang itu adalah uncle." Kata Iman sambil memeluk kakinya, dagu pula diletakkan di lututnya dan mata pula hanya memandang kosong rak buku tersebut.
"Nanti kamu tahu juga."
"Macam mana mummy boleh jumpa dengan ayah?" soal Iman.
"Ayah kamu tu, penipu. Dia cakap dia orang susah dan kerja cleaner dekat universiti yang mummy kamu belajar. Dia nak perangkap orang Rusia untuk jadi isteri dia supaya dia ada anak dengan orang Rusia dan dengar-dengar isteri dia yang pertama tu tak boleh mengandung tapi bila dia dah kahwin dengan arwah. Isteri dia bagi tahu yang dia mengandung. Uncle yang dengar panas je." Luah Tuan Arvis, cuba cakap siapa yang tidak marah apabila darah daging sendiri yang kena tipu dan diperlakukan seperti hamba?
"Berapa lama ayah kerja situ?" soal Iman.
"Dalam tiga bulan dan mummy kamu pun jatuh cinta. Mummy kamu tu tak kisah, susah ke, kaya ke, hodoh ke, tak hodoh ke. Dia okey. Tapi tulah bapak kamu tu dah lah hodoh nak perempuan lawa. Sudahlah boroi. Kena santau ke?" Iman yang mendengar terus tersenyum kecil apabila mendengar ucapan pak ciknya itu.
"Komanlah makan rasuah tu yang buncit macam kena santau." Balas Iman selamba.
"Tak sangka, ibu susuan Iman adalah orang yang ajar arwah mummy." Kata Iman lagi. Tuan Arvis yang mendengar sudah memandang lembut kepada Iman.
"Kadang orang yang kita tidak sangka adalah orangnya dan orang yang kita sangka bukanlah orangnya." Ucap Tuan Arvis membuatkan Iman mengangguk perlahan.
"Macam itu juga musuh, siapa sangka musuh itu adalah orang yang paling kita tidak sangka malah darah daging sendiri. Iman fikir, ayah benci Iman sebab Iman ini anak angkat rupanya ada kisah lain disebalik kebenciannya." Luah Iman.
Tuan Arvis hanya diam membisu seketika apabila mendengar luahan anak sedaranya. Dia tahu sudah banyak duka yang berlaku di dalam hidup Iman, sakit membesar tanpa kasih sayang seorang ibu ayah. Sakit tidak dapat kenal siapa ibu kandungnya dan dibesarkan dalam keadaan yang dia sendiri tidak mahu.
"Iman benci ayah sendiri?" soal Tuan Arvis setelah lama dia diam membisu.
"Sekarang ya, dulu tidak. Sebab tindakannya dah keterlaluan. Kalau boleh Iman nak guna kuasa yang ada untuk hapuskan ayah tapi biarlah undang-undang yang tentukan. I'm not to cruel uncle. Sakitnya Iman, Iman tak nak guna cara salah." Ucap Iman. Dia masih ada akal warasnya untuk tidak melakukan hukuman yang tidak sesuai caranya. Biarlah undang-undang yang tentukan.
"Iman kalau boleh nak guna undang-undang Rusia tapi Iman risau bila ini jadi hal besar dan ada orang hebohkan. Risau rakyat tahu dan hubungan Malaysia Rusia terjejas. Uncle sendiri tahu betapa sayangnya rakyat sini dekat mummy. Iman tak nak sebab ini, boleh jejaskan hubungan dua negara." Bicara Iman. Tuan Arvis sudah tersenyum, matang dalam berbicara! Sebijik arwah Avena tapi arwah jadi kurang cerdik sebab cinta.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beauty Soul
Romans"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saa...