HOTEL Ruby yang berada di Amsterdam menjadi pilihan untuk mereka menginap selama berada di Amsterdam. Malika yang melihat seluruh kawasan hotel terus tersenyum senang, hotel yang mewah dan tenang. Iman terus pergi ke kaunter untuk menguruskan pendaftaran mereka berdua. Selepas kunci berada di tangan mereka naik ke bilik dengan beg yang mereka bawa walaupun ada pekerja yang ingin membantu tetapi di tegah oleh Iman sendiri. Bukan banyak pun beg yang mereka bawa setakat dua laugage besar. Satu dia punya yang berwarna silver dan satu Malika punya yang berwarna pink cair.
Perempuan memang minat pink? Tapi bila tanya sang isteri terus dia menggeleng, dah kalau tak suka kenapa beli pink juga? Pelik sungguh perangai kaum hawa ni.
Sampai sahaja di bilik mereka berdua terus Malika dan Iman memberi salam, tidak lupa untuk melihat sekililing ruangan bilik. Boleh Malika lihat di atas katil terdapat dua angsa yang diperbuat dari tuala dan kepalanya dicantumkan menjadi bentuk hati dengan ayat 'Happy Honeymoon!' comel! Sudahlah beri mereka sandwich dan macaron macam tahu-tahu je dia lapar. Hehe.
"Suka?" soal Iman dan berdiri di sebelah Malika.
"Suka sangat-sangat." Kata Malika. Tak sabar nak teroka Amsterdam!
"Sayang larat tak nak pergi makan? Ke nak room service je?" soal Iman dengan nada risau. Ya lah, baru sahaja sampai mana tahu jetlag dan tidak larat mahu makan luar.
"Rugilah kalau datang tempat orang kita makan guna room service. Jadi kita makan luar tak perlu room service." Ucap Malika dengan senyuman.
Iman hanya bersetuju kerana ada betulnya juga, datang tempat orang kalau tak terokai dan mencuba makanan di sini pasti tidak seronok.
Dengan itu mereka memutuskan untuk keluar makan selepas solat isyak dan masa yang ada bolehlah mereka berehat sebelum mencari makanan di sini. Setahu dia selepas maklumat yang dia cari sebelum gerak ke Amsterdam banyak juga makanan halal yang berada di Amsterdam malah makanan Asia juga turut ada di sini membuatkan hatinya tidak risau untuk mencari kedai makan yang halal.
Iman yang baru selesai mandi melihat Malika yang terbaring di atas katil sedang tidur barangkali kepenatan dan jetlag. Jadi dibiarkan sahaja Malika tidur kerana Malika sudah mandi jadi tidaklah dia perlu risau kalau Malika tidur tidak membersihkan diri tapi yang menjadi tanda tanya otaknya sekarang ni kenapa isterinya pakai baju paras peha? Selalu pakai baju paras lutut bukan dia tak tahu. Dia dah tengok baju yang Malika tunjuk dekat dia waktu di Mekah dan Madinah.
Sudahlah tak tutup langsung badan tu, tak sejuk ke? Nanti masuk angin baru tahu, terus Iman melangkah untuk menutup badan Malika dengan selimut tebal agar Malika tidak kesejukan dan badannya tidak masuk angin. Sudahlah suhu di sini pada waktu senja dan malam sudah menurun jadinya dia risau, kalau suhu tak turun pun dia risau juga. Masuk angin nanti susah nak pulihkan.
Baru sahaja Iman ingin melangkah pergi ke almari tangannya dia sambar oleh seseorang membuatkan dirinya kejung di tempat asalnya. Terus kepala tertoleh melihat Malika, dengan mata yang terpisat-pisat memandang dia sesekali dia menguap tetapi di mulutnya di tutup oleh belakang tangan Iman.
"Hrmm abang," meleret suara Malika memanggil Iman. Iman hanya diam menunggu apa lagi ayat yang bakal keluar dari dua ulas bibir milik isterinya.
"Seksi." Terasa panas muka Iman apabila di kata sebegitu, tahulah dia sedang bertuala di paras pinggang sebab dia lupa nak ambil baju di almari tadi.
"Ada roti." Ucap Malika perlahan tetapi Iman dapat tangkap apa yang Malika sampaikan. Terus dia meraup wajahnya dan beristighfar panjang, Malika tak sedar ke apa yang dia cakap tadi?
"Sayang sedar tak apa yang sayang cakap ni?" soal Iman sambil mencuit pipi Malika membuatkan dahi Malika mengerut.
"Saya suka laki seksi." Kata Malika dengan mata tertutup. Sah! Mamai. Terus Iman mengeluh tapi sebelum dia bangun dari duduk terus dia mendapat idea. Telefon pintarnya di ambil dan aplikasi recording di buka untuk merakan suara Malika.
YOU ARE READING
Beauty Soul
Romance"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saa...