BAB 40

794 59 3
                                    

MALIKA yang tekun mendengar setiap cerita sang suami terus tersentak apabila tangannya di genggam erat oleh sang suami. Matanya pula melihat wajah Iman yang penuh dengan tanda tanya, kenapa dia merasakan ada sesuatu yang bakal terjadi tetapi dia sendiri tidak tahu malah jantungnya berdegup laju apabila melihat panahan mata suaminya. Ya Tuhan, apakah ini? Engkau mahu menguji kami lagi ke?

"Kenapa pandang abang macam tu?" soal Iman pelik.

"Tak ada, cuma rasa tak sedap hati." Balas Malika membuatkan Iman ketawa kecil.

"Hati jadi tak kena sebab iblis tengah hasut sayang fikir bukan-bukan." Jawab Iman lalu tangannya mengusap ubun-ubun Malika lalu membacakan sesuatu tidak lama kemudian dia menghembuskan ke ubun-ubun Malika.

"Abang baca apa?" soal Malika.

"Baca ayat." Selamba Iman membalas.

"Nak balik Kelantan?" soal Iman kepada Malika apabila lihat Malika diam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nak balik Kelantan?" soal Iman kepada Malika apabila lihat Malika diam.

"Boleh ke?" soal Malika.

"Apa pula tak boleh. Itukan kampung sayang juga. Esok kita balik Kelantan ya, abang bawa sayang jalan-jalan naik motor lepastu pergi healing dekat PCB." Ucap Iman membuatkan mata Malika bersinar teruja.

Naik motorlah! Vroom. Tak sabar. Boleh makan angin lepastu peluk suami bila naik motor! Yeay! Manjo-manjo dengan laki sendiri! Eheks! Tak sabarnya.

"Okey!! Jom jom! Kita naik motor, saya tak pernah naik motor. Motor mainan je pernah. Tak sabarnya nak vroom dengan abang." Ucap Malika teruja. Iman yang mendengar nada teruja sang isteri juga turut teruja dan tidak sabar nak bawa sang isteri naik motor.

"Abang dah fikir masak-masak dengan pilihan abang?" soal Malika tiba-tiba membuatkan senyumannya mati.

Malika yang melihat senyuman Iman mati terus meminta maaf. Tidak sepatutnya dia potong mood gembira yang terjadi di antara mereka berdua. Haish.

"Saya minta maaf! Tak sengaja. Tak patut saya potong mood kita berdua dengan soalan tu. Sorry!" kata Malika sambil membesarkan matanya tanda ingin minta maaf dan memujuk suaminya.

"Tak apa sayang, abang tahu sayang nak tahu. Rasa ingin tahu tu membuak-buak dan untuk soalan sayang ajukan tadi. Abang dah ada jawapan dan jawapan itu memberi manfaat kepada kedua belah pihak." Ucap Iman sambil mengusap perlahan tangan Malika yang sedang di genggam olehnya.

"Iya? Boleh saya tahu." Pinta Malika dengan mata dikerdipkan.

"Waktu hari kejadian sayang akan tahu." Ucap Iman. Dia menolak ingin beri tahu keputusannya kerana ada satu sebab. Sebabnya dia tidak mahu rancangan dia rosak. Selagi hukuman belum dijatuhkan kepada Tan Sri Izzat dia tidak boleh duduk senang.

Malah dengan kekayaan yang Tan Sri Izzat tidak mustahil dia boleh dibebaskan dengan ikat jamin seseorang. Dia tidak boleh duduk diam dan perlu rangka rancangan lain yang lebih bagus. Sudah pasti akan gunakan kekerasan sedikit dan dia tidak mahu rancangannya itu Malika mahupun polis masuk campur. Rosak nanti.

Beauty SoulWhere stories live. Discover now