SUDAH seminggu Iman meninggalkan Malika dan Malika juga sudah mula bekerja malah dia kerja lebih awal kerana makin dia duduk rumah makin dia rindu sang suami. Sudahlah sang suami langsung tidak telefon barangkali sibuk. Dia juga tidak boleh mengada sangat, nanti makin pening kepala sang suami mahu melayan perangai budak-budaknya ini.
Hari ini adalah hari cutinya jadi dia mahu berjumpa isteri Am yang sudah selamat bersalin bayi lelaki. Tak sabar, sebelum ini abi dan mama sudah pergi melawat kali ini dia pula. Malah dia lagi tidak sabar mahu melawat dan picit-picit pipi bayi tembam tersebut. Sempat juga dia membeli hadiah seperti pakaian dan mainan untuk si bayi semalam sebelum dia pulang ke rumah.
Kereta terus memandu masuk ke rumah agam milik keluarga Am dan handbreak di angkat lalu dia keluar dari kereta bersama hadiah untuk si bayi dan si ibu. Ibunya Malika menghadiahkan bunga ros putih kerana ros putih adalah kegemaran si ibu.
"Assalammualaikum." Ucap Malika dan pintu kayu mewah itu terbuka dari dalam dan muncullah wajah Puan Anaya bersama senyuman.
"Waalaikummusalam. Malika. Mari masuk, Isha dah tunggu, Azel pun menunggu aunty Malika dia." Kata Puan Anaya dan dia tidak boleh menahan senyum apabila melihat wajah Malika.
"Baik mum." Ucap Malika dan dia bersama-sama Puan Anaya memasuki rumah tersebut.
Puan Anaya menunjukkan bilik tidur menantunya selama berpantang iaitu bilik bawah iaitu bilik tetamu. Ini buat masa berpatang sahaja, selebihnya lepas habis pantang bilik sendiri. Kalau bilik bawah senang mahu ke mana-mana tanpa perlu risau dan ada yang akan awasi. Lagi-lagi menantunya itu tidak boleh duduk diam.
"Mana Am, mum?" soal Malika.
"Keluar, beli barang untuk isteri dia. Barang berpantang." Kata Puan Anaya.
"Ooo,"
"Malika masuklah ya, mum nak buat air dan ada sikit kek lapis. Nanti Malika makan ya." Kata Puan Anaya lalu ingin menuju ke dapur setelah membawa Malika ke pintu bilik Isha.
Dengan lafaz bismillah Malika mengetuk pintu secara perlahan dan memberi salam, setelah salam disahut lalu di suruh masuk barulah Malika masuk. Dia tidak mahu main terjah, risau si ibu sedang menyusu mahu terperanjat dia!
"Masuklah, meh duduk sini." Arah Isha sambil menepuk tempat di sebelahnya yang kosong.
Malika tidak tunggu lama berjalan perlahan-lahan ke arah sahabatnya itu. Sempat diberikan hadiah kepada sang ibu, setelah memberi hadiah dan hadiah bertukar tangan mata Malika terpaku kepada susuk tubuh kecil yang sedang terbaing dengan mata bundar yang sedang memandangnya.
Tidak lama bayi tersebut tersenyum riang apabila memandang wajah Malika, Malika pula tidak lama juga turut tersenyum. Comel! Dengan pipi tembam tu. Geram pula dia!
"Tahniah Isha." Ucap Malika sambil tangan mengusap-usap pipi comel tersebut.
"Tahniah juga sebab dah selamat jadi isteri orang." Ucap Isha. Malika yang mendengar sudah tersipu malu.
"Macam mana awak tahu?" soal Malika.
"Suami saya, dia cakap awak kahwin dekat Arab." Jawab Isha terus terang.
"Jadi suami awaklah yang telefon suami saya," balas Malika sambil mata masih melekap di wajah comel bayi lelaki tersebut. Bukan main suka bila dia usap pipi tersebut. Mahu dicubit takut menangis jadi dia usap sahaja.
"Ooo, suami awak nama siapa? Amsyar tak bagi tahu saya pun." Soal Isha membuatkan kening Malika mahu tercantum dan dahinya berkerut.
"Suami kita sama tempat kerja tak kan awak tak tahu?" soal Malika.
YOU ARE READING
Beauty Soul
Romance"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saa...