PANDANGAN berubah menjadi sayu, entah mengapa patutnya dia berasa gembira tetapi hatinya masih walang dengan apa yang berlaku. Patutnya dia bersyukur, patutnya tiada lagi kesedihan dan sepatutnya tiada secebis perasaan kecewa itu hadir tetapi ia tetap hadir.
Kaabah yang dipenuhi dengan ribuan umat Islam diseluruh dunia di pandang sayu dari jendela bilik tidur mereka. Sepatutnya dia gembira, di sini dia disatukan dan di sini juga dia bakal menunaikan umrah dengan seluruh keluarganya tetapi masih ada walang yang menyelubungi diri.
Keluhan keluar akhirnya dari bibir sehinggakan menarik perhatian seseorang yang baru sahaja masuk ke dalam bilik tidur mereka. Perlahan-lahan kaki melangkah ke arah si dia sampai sahaja terus dia mencuit lengannya.
Apabila merasakan lengannya dicuit oleh seseorang terus dia mengalihkan pandangan dari melihat Kaabah ke arah si pencuit tersebut. Jelas terlihat di retina mata ada isteri yang sedang menatap ke arahnya, lantas senyuman terukir di bibir merah delimanya.
"Ya, tulip. Nak apa?" soal Iman lembut.
"Abang okey?" soal berbalas soalan. Iman hanya tersenyum dengan soalan sang isteri.
"Okey. Kenapa nampak abang tak okey ke?" soal Iman dan tergelak kecil.
"Nampak sangat." Balasan Malika membuatkan Iman tergelak. Bini ooo bini.
"Sayang, abang okey. Cuma teringat dosa lampau abang." Kata Iman.
"Teruk sangat ke dosa abang?" soal Malika.
"Hurmm boleh tahan teruk. Abang dulu memang jahat." Kata Iman.
"Tapi Khai cakap abang nakal." Laju sahaja Malika menyambung, Iman yang mendengar sudah menggeleng kepala.
"Nakal tu normal, sayang pun nakal juga." Balas Iman, wajah Malika segera berubah tona apabila suaminya berkata sedemikian.
"Nakal abang dekat kem je, tapi luar kem? Abang jahat." Ucap Iman.
"Sejahat-jahat manusia, dia mesti ada sisi kebaikan dia." Ujar Malika dan tangan naik untuk memegang kedua-dua pipi suaminya. Terus dipakukan pandangan mereka berdua.
"Benar abang jahat, tapi Allah dah panggil abang balik bukan? Jadinya sejahat-jahat manusia masih ada sisi baik mereka yang membuatkan mereka berubah."
"Mesti ada sebab kenapa kita berubah dan mesti ada jawapan kenapa kita berubah. Semua ini ada sebab dan ada jawapan."
"Abang nak tahu," kata Malika dan Iman segera mengangguk.
"Allah itu maha baik, kalau Allah tak baik Dia tak akan tiupkan hidayah itu kepada hambaNya. Jangan penat untuk berubah kerana perubahan itu akan dinilai oleh Allah."
"Abang nak jumpa Allah kan?" Iman mengangguk.
"Abang nak jumpa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kan?" Iman mengangguk.
"Abang nak jumpa sayang dekat syurga kan?" Iman mengangguk.
"Abang nak jumpa bidadari syurga kan?" Kali ini Iman menggeleng, terletus ketawa Malika. Comel pula suaminya ini.
"Jadinya abang jangan penat untuk berubah, malah setiap perubahan kita ke jalan Allah bakal dihitung oleh malaikat Raqib. Memang mula susah tapi percayalah setiap kesusahan itu bakal dihitung."
"Abang tahu tak, Allah tidak pernah membenci kita walaupun kita sering melakukan dosa atau maksiat bahkan Allah sangat mencintai kita iaitu hambaNya yang kembali bertaubat sebab Allah tahu kelemahan kita adalah melawan dengan maksiat."
"Bukan mudah untuk capai syurga tetapi kita berusaha sehabis baik. Dekat tempat suci ini, kita banyakkan amalan kita malah kita bina diri kita yang baru dan kita amalkan sampai bila-bila." Nasihat Malika panjang lebar, Iman hanya mendengar tanpa menyampuk malah mengangguk setuju.
YOU ARE READING
Beauty Soul
Lãng mạn"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saa...