BAB 33

991 77 5
                                    

"SEPERTI mana Tan Sri mendidik putera kedua Tan Sri iaitu Iman Al-Muadzam. Seorang yang tahu adabnya dan tidak melakukan perkara yang keji." Kata Malika tegas dan mata memanah tajam ke arah Puan Sri Karline.

Syaza yang mendengar terus senyum kemenangan apabila Malika bangga menyebut nama suaminya di hadapan keluarga mentuanya. Syaza tahu? Mestilah dia tahu, Qafiy sepupunya sudah pastu budak itu cerita dari A sampai Z. Bahkan Syaza tahu pasti Tan Sri Izzat, Puan Sri Karline dan Karina terbakar saat ini apabila mendengar nama anak yang dibuang itu. Anak yang berjaya mencipta nama di seluruh dunia, bahkan lebih hebat dari keluarga kandung sendiri.

"Bagaimana ya Inspektor boleh tahu nama anak kedua kami?" soal Tan Sri Izzat.

"Sebab dia hensem, kaya, sopan santun, budi pekerti, tak buat kerja haram malah dia hormat orang." Balas Syaza sinis. Dia lindungi Iman kerana satu, Qafiy menyuruhnya.

Qafiy beri arahan iaitu jangan beri Malika bongkar siapa dirinya di hadapan keluarga Iman kerana mereka akan gunakan Malika sebagai cara untuk hancurkan Iman sebab sekarang ini keluarga kandung Iman memang mahu mencari siapa isteri Iman.

Salah satu sebabnya, mereka mahu hancurkan Iman dan lagi satu mereka mahu Iman jatuh tersungkur sehingga mereka boleh bolot semua harta Imam.

"Dia hebat sebab kami..." belum sempat Puan Sri Karline menjawab laju Syaza memotong lantaklah orang kata dia biadap tapi dia dah capai limit bila berhadapan dengan manusia seperti keluarga kandung Iman ini.

"Sebab diri dia sendiri dan sebab Allah kasi dia hebat. Kalau bukan sebab Allah pasti dia juga tak hebat dan Tan Sri serta Puan Sri kena ingat, Allah beri kamu berdua zuriat untuk dijaga bukan untuk dirosakkan. Anak itu amanah, kalau tak reti jaga amanah Tuhan tak payah buat anak." Sembur Syaza pedas, Malika yang mendengar sudah beristighfar. Sekarang ini, Syaza pula melebih seolah-olah dia isteri kepada Iman sedangkan dia isteri Iman.

"Awak ke isteri Iman? Sampai awak marah macam ni sekali?" soal Karina ingin kepastian sebab dari gaya macam isteri Iman sahaja.

"Ya!" jawab Syaza laju tanpa melihat wajah terkejut Malika dan kepala Malika yang memandangnya dengan terkejut.

Lantaklah! Aku buat semua ni sebab nak lindungi Malika dari manusia durjana ni. Maaf Qafiy!

"Padanlah you marah semacam, rupanya isteri abang I. Apa yang abang I tipu you sampai you pandang kami ni buruk semacam." Kata Karina sinis.

"Ouh, dia beri saya kemewahan, naik private jet. Hadiahkan saya pulau, belikan yatch, ferrari spider pun dia hadiahkan demi perkahwinan kami. Romantik! Dia manis sahaja, dia jadi imam solat kami, selalu beri ayat manis, selalu masak untuk saya tiap-tiap hari, tak pernah langsung dia tinggi suara atau penat layan kerenah saya dan yang terakhir tengok dia baka hebat. Tak mustahil saya boleh bunting pelamin." Balas Syaza sinis dengan penuh riak, dia tahu hanya dua puluh peratus fakta selebihnya auta. Terpaksa!

Apabila dia melihat wajah terkejut keluarga tersebut membuatnya tersenyum puas! Rasakan, biarlah nanti apa jadi. Dia kena marah dengan Qafiy pun dia tak kisah asalkan dia boleh selamatkan Malika. Itu sahaja!

Malika yang mendengar terus tersedak air liur, kawannya ini mulut lancang juga sampai bunting pelamin disebutnya. Kalau dia betul-betul bunting pelamin macam mana?

"Terima kasih lahirkan anak yang hebat semua benda ya Puan Sri dan Tan Sri atau patut saya gelar. Mak dan ayah? Dengan adik ipar tersayang?" soal Syaza sinis bersama senyuman ngeri.

Tan Sri Izzat serta Puan Sri Karline sudah tidak senang duduk apabila mendengar ayat tersebut. Dia sedar dan dia tahu, Iman dah kahwin dengan seorang polis dan polis yang mereka susah nak usik! Tangan dikepal menjadi penumbuk menandakan dia bakal meledak apabila kenang ayat yang dibicarakan oleh menantunya.

Beauty SoulTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang