KAKI panjang melangkah keluar dari bilik tidurnya, selepas sahaja membeli barang dapur dan minum Tealive terus dia masuk bilik untuk berehat, sedar-sedar dari tidur sudah pukul tiga, tiga puluh minit petang mahunya dia ambil kain tuala yang tergantung di penyangkut dan mandi untuk segarkan badan, dengan cuaca panas di Kelantan lagi mahu dia berendam di dalam bilik mandi tetapi ada perkara wajib yang harus ditunaikan.
Selesai solat Zuhur dia meminta izin oleh ibu angkatnya untuk keluar makan mi celup tepi tali air tetapi ibu angkatnya kata motorsikal sudah di kebas bapa angkatnya untuk ke masjid, jadi mahu tidak mahu perlu dia naik kereta. Kalau jalan kaki memang kuruslah dia. Sudahlah jauh, dengan cuaca panas lagi. Memang tidaklah dia nak pergi jalan kaki.
Sampai sahaja di kedai mi celup tersebut boleh lihat semua orang kampung yang berada di kedai memandang ke arah Iman serta kereta Iman. Pandangan orang kampung dihiraukan oleh Iman, malas. Mulut dan mata orang kita tak boleh tutup, paling-paling kita sendiri yang perlu tutup mata dan telinga dari mendengar ucapan sinis dan melihat pandangan sinis.
Iman mengambil tempat duduk yang jauh sedikit dari penduduk kampung kerana dia tidak selesa malah lebih seronok bersendirian. Baru sahaja punggung labuh ke atas kerusi plastik sudah ada yang ingin mengambil pesanannya. Laju.
"Nok make gapo?" soalnya.
"Maggi celup so dengan air nyor." Kata Iman selamba. Terus pesanan dicatit dan menyiapkan makanan yang dipesan.
Iman hanya menunggu dengan penuh sabar, sudah lama dia tidak makan mi celup. Kali terakhir dia makan adalah tahun lepas itupun sebab baru habis latihan dekat Gong Kedak. Tangan sibuk bermain dengan telefon sehingga tidak sedar bahawa di sebelah kerusinya ada yang berpenghuni.
"Abang," panggilnya dengan suara manja tetapi Iman hanya buat tuli. Ingat ada masa nak layan.
"Abang, dengar tak saya panggil abang ni?" soalnya manja. Matanya melilau melihat ciptaan Tuhan yang sungguh kacak malah menawan itu. Hensem! Buat laki memang aku show off satu kampung.
"Dik, ini dah siap."
"Terima kasih kak." Ucap Iman dan melemparkan senyuman kepada si peniaga.
"Ish abang ni, kenapa beri senyuman dekat dia. Berilah dekat saya, saya yang cantik dekat sini abang langsung tak pandang." Katanya sambil merengek. Iman langsung buat buta, dengan lagaz bismillah dia menyuap maggi ke dalam mulutnya. Sedap! Tak pernah berubah langsung rasanya. Nikmat makanan apa lagi yang harus ku dustakan. Sedap ya Allah.
Perempuan yang duduk di sebelah Iman itu merasa panas apabila dirinya langsung tak dipandang malah dianggap seperti lalat. Hei susah sangat ke nak pandang dia ni! Dia ni cantik okey sampai anak ketua kampung pun nak dia tetapi dia tolak. Lelaki di hadapannya ini langsung tidak peduli akan dia!
"Abang! Pandanglah saya. Saya lagi sedap dari maggi celup abang tu!" marahnya. Tangan Iman disentuh sehinggakan sudu yang menyuap mulutnya terjatuh ke lantai.
"Hei!" terus Iman berdiri. Aku nak makan pun tak senang! Perempuan tersebut sudah melihat wajah Iman dengan takut-takut. Tahu takut!
"Kau, kalau rasa nak jadi syaitan jangan datang depan aku. Kau belum tengok syaitannya aku ni, sekarang berambus!" kata Iman. Dirinya yang berdiri terus mencangkung untuk mengutip sudu yang terjatuh dan sisa makanan yang terjatuh. Itu kalau dibiarkan nanti lalat hinggap.
Perempuan tersebut hanya diam sahaja tidak mahu gerak yang membuatkan Iman beristighfar banyak kali. Ya Tuhanku. Kenapalah dia di uji sebegini. Sabar sahajalah dia.
Kaki Iman melangkah pergi ke akak yang menjual mi celup untuk membayar makanan dan minumannya. Hilang selera untuk makan, nasiblah hanya tinggal kuah sahaja dan sayur tapi tetap dia berasa membazir! Ini angkara wanita tersebut.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beauty Soul
عاطفية"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saa...