SELESAI sahaja masalah keluarga Tan Sri Izzat, Iman dan Malika keluar dari rumah agam tersebut, boleh mereka lihat penuh kereta polis di situ bahkan wajah seseorang yang amat dia kenali juga turut berada di situ dan sedang berbual dengan polis yang bertugas. Tuan Denniz hanya memberi semua maklumat yang dia ada tetapi setelah melihagt Iman serta Malika terus matanya fokus kepada dua insan tersebut.
Iman dan Malika hanya memandang sahaja Tuan Denniz tanpa ingin tegur kerana tahu semua ini rancang lelaki tersebut malah mereka hanya ikut. Tapi tidak bagi Tuan Denniz, baginya idea ini semua dari Iman dan dia hanya menambah apa yang perlu malah dia ikut cakap Puan Afia supaya tiada pertumpahan darah cuma adalah tiga das tembakan yang ditembak oleh Tuan Arvis tapi apa boleh dia lakukan? Dia dekat luar hanya menanti, kalau dia masuk silap hari bulan tiada terus kepala orang tua tersebut.
Kalau Puan Afia mahu marah dia pun tidak boleh juga sebab bukan idea dia untuk jemput Tuan Arvis ke sini. Ini semua idea Iman sendiri, jadi dia hanya ikut. Saham Tan Sri Izzat pun dia tak masuk campur, ini semua Iman punya idea. Tapi yang pasti grandda akan suka sebab satu beban sudah hilang. Sampai bila? Dia pun tak tahu yang pasti masalah baru tak akan datang dalam masa terdekat.
"Dad." Panggil Malika sopan setelah lama mereka sunyi sepi tanpa kata.
"Ya, anak dad. Kenapa?" soal Tuan Denniz bersama senyuman manis.
"Idea dad kan?" tuduh Malika bersama mata yang dibesarkan.
"Asal jahat je dad. Tahulah perangai dad ni macam setan tengok pun tak mengaku geng." Kata Tuan Denniz berkecil hati. Ya lah, dia sahaja yang salah! Tahulah dia suka cara yang lebih ekstrem tapi ini bukan cara dia. Ini cara Iman.
"Sayang, tak elok tuduh macam tu. Bukan salah uncle pun. Salah abang, ini semua rancangan abang. Abang minta maaf ya." Ucap Iman setelah lama dia berdiam diri. Memang benar bukan salah Tua Denniz salah dia. Dia punya rancangan jadi biarlah dia tanggung.
Malika yang mendengar sudah memandang tajam ke arah Iman. Sampai hati, tak terfikir guna akal ke kalau Tan Sri Izzat bunuh Iman atau sakiti Iman. Tak ke dia jadi balu? Buat naya je, nanti apa dia nak cakap dekat anak-anak dalam kandungannya ini?
"Buat kerja lain kali pakai otak." Sembur Malika dan terus berjalan laju menuju ke kereta yang dia bawa sebentar tadi. Iman yang mendengar sudah terpinga-pinga, emosi betul macam orang mengandung. Eh? Bukan bini dia memang mengandung ke? Haduh.
Susahlah isteri mengandung ni, emosi lebih.
"Susahkan ada bini? Macam tu juga aku dulu." Kata Tuan Denniz selamba.
"Kisah uncle dengan saya lain." Laju Iman membalas. Bukan dia tidak tahu kisah Tuan Denniz ini, grandda sudah cerita dari A sampai Z. Dari budak kecil sampai ke tua grandda cerita pasal si Tuan Denniz ini.
"Memang lah lain, aku tak gay, engkau gay." Kata Tuan Denniz sedas, tapi Iman langsung tidak ambil pusing kerana dia sudah tahu mulut pedas Tuan Denniz itu sendiri.
"Ni kau dah tahu ke?" soal Tuan Denniz kepada Iman. Apabila melihat wajah bingung Iman tahulah budak itu langsung tak tahu apa yang terjadi.
"Malika dah tahu kau tu bekas gay. Ammara terlepas kata tempoh hari." Ujar Tuan Denniz membuatkan wajah Iman berubah cuak. Biar betul?! Habislah. Eh tapi bila tengok wajah Malika macam tiada apa sahaja?
"Tapi Malika biasa je." Ucap Iman perlahan.
"Luar je, dalam?" Kata Tuan Denniz membuatkan Iman tidak senang duduk apabila mendengar ucapan Tuan Denniz yang itu.
"Belum kira lagi tentang siapa kamu lagi. Anak kepada Aurelie Floren, puteri dari kerajaan Rusia sana. Malah kamu juga salah satu anak Aurelie Floren, kamu boleh ambil tahkta ibu kamu dan menjadi pemimpin dekat sana." Kata Tuan Denniz, hidup Iman lebih senang dan makin senang setelah berkahwin dengan Malika. Memang Malika itu pemberi rezeki.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beauty Soul
Romance"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saa...