BAB 38

657 53 1
                                    

"THIS is not the truth. You are lying, right?" soal Iman kepada kedua Duke Floren dan Duchess Astoria tapi apabila melihat wajah yang diam tidak berkata apa-apa itu membuatkan Iman tahu semua yang dia sangkal sebentar tadi adalah tidak benar. Macam mana semua ini boleh jadi seperti ini? Dia tidak minta semua ini berlaku!
           
"Adair, kami minta maaf sebab lambat berjumpa dengan kamu. Kalau kami jumpa kamu awal, kamu tak akan rasa tersisih teruk seperti ini. Kami minta maaf." Ucap Duke Floren setelah lama berdiam diri.
           
Iman yang mendengar terus tergelak sinis. Maaf? Maaf itu boleh ubah semua yang berlaku ke? Maaf itu boleh ubah kisah silam diakah? Maaf itu boleh cantumkan semula hati dia yang hancur ke? Maaf itu boleh beri dia balik ke masa silam ke?
           
"Maaf itu tak boleh ubah apa-apa sebab sakit itu dah ada dan parut yang mereka tinggal masih tersemat di dalam dada malah saya tidak pernah percaya saya adalah keturnan Floren. Seorang anak dan cucu bangsawan sebab saya adalah rakyat biasa yang bekerja makan gaji di bawah unit angkatan tentera udara. Saya tidak boleh terima dengan apa yang Duke cakap malah izinkan saya balik. Ada isteri serta keluarga yang menunggu kepulangan saya." Ucap Iman dan ingin meminta izin untuk pergi tetapi di tahan oleh orang-orang Duke Floren sendiri.
           
Iman yang kenal wajah-wajah tersebut terus mengetap rahang, wajah-wajah yang mengikutinya serta menculiknya! Lalu dia perlu hadap perkara yang entah apa-apa ini! Cukuplah dengan sebelum ini dan hadap benda macam ini. Boleh gila dia.
           
"Adair, tinggal sini. Bagi kami tebus kesalahan kami." Ucap Duchess Astoria yang tadi hanya diam tidak bersuara.
           
"Adakah dengan tebus kesalahan Duchess boleh ubah masa silam saya?" soal Iman dingin.
           
"Adakah dengan tebus kesalahan Duchess boleh ubah zaman kanak-kanak saya?"
           
"Adakah dengan tebus kesalahan Duchess boleh ubah air susu yang mengalir dalam tubuh saya?"
           
"Adakah dengan tebus kesalahan Duchess boleh ubah air mata yang mengalir setiap malam mengenangkan nasib sendiri?"
         
"Adakah dengan tebus kesalahan Duchess boleh ubah bahawa saya ini anak buangan?"
           
"Adakah dengan tebus kesalahan Duchess boleh ubah bahawa saya ini adalah pembawa sial?!"
           
"Adalah dengan tebus kesalahan Duchess boleh ubah bahawa saya diejek anak luar nikah?!" Apabila mendengar kata-kata Iman yang keluar dari hati membuatkan makin menebal rasa bersalah mereka berdua terhadap Iman. Malah air mata Duchess Astoria mula bertakung dan tunggu masa ingin jatuh. Percayalah, keluar sahaja satu ayat dari mulut Iman maka air matanya akan merembes keluar lebih deras.
           
"Jawablah!!!" kata Iman meninggi membuatkan bahu Duchess Astoria terhinjut. Air mata makin laju merembes keluar apabila mendengar setiap soalan yang keluar dari mulut Iman sendiri.
           
"Bagi tahu macam mana dengan tebus kesalahan itu boleh pulihkan semuanya? Pernah tak rasa dipinggirkan? Tak! Pernah rasa dibuang? Tak! Pernah rasa dimaki? Tak! Pernah ditendang dibuli? Tak! Pernah rasa keseorangan? Tak! Pernah rasa dihina? Tak! Sebab kamu tak pernah rasa! You guys never did because your life is like heaven! You never feel the pain!" ucap Iman dengan intonasi yang semakin meninggi.
           
"Maaf tu tak boleh ubah apa-apa! Tak boleh ubah sakit ini!" kata Iman sambil menepuk kuat dadanya.
           
"Kenapa baru sekarang! Kenapa! Kenapa bukan dari dulu lagi! You have money and power yet you can't find me?" soal Iman lagi. Dia kecewa? Sangat!
           
"This is bullshit! Damn shit!" carut Iman dan dia ingin berlalu pergi tetapi dihalang oleh pengawal tersebut.
           
"Kalau kau rasa tak nak makan guna straw baik kau kasi aku jalan!" meninggi suaranya kepada pengawal yang mengawal. Apabila melihat anggukan dari Duke Floren barulah mereka membenarkan Iman pergi.

Iman berlalu pergi dari dewan makan itu dan berjalan ke mana dia ingin pergi kalau sesat pun tak apa! Dia tidak kisah sebab lagi bagus sesat dari perlu berjumpa dengan manusia-manusia. Fikirannya sungguh bercelaru saat ini sehingga dia ingin marah sehabis mungkin biar semua sisa marahnya pergi.

Beauty SoulWhere stories live. Discover now