"KELUAR cepat! Woi! Bila buat maksiat tak takut, bila orang tahu kau buat maksiat tahu pula nak takut! Buka pintu ni sebelum aku robohkan!"
Ucap orang kampung, Cik Salleh sudah tidak boleh berkata apa lagi. Mahu dibuat apa, buatlah asalkan semua ini selesai.
Pintu diketuk dengan sekuat hati, kuat sehinggakan mahu roboh. Kalau boleh biar roboh terus!
"Woi! Buka pintu ni cepat!!! Kau ingat kau boleh lari ke hah?! Kawasan rumah ni dah kena kepung lah bodoh! Buka sekarang!!!" jeritnya lantang. Ketua kampung juga turut hadir bagi selesaikan masalah ini bahkan Pok Ya juga turut hadir. Dalam diri berasa kecewa juga dengan anak Cik Salleh.
Malika tidak tahu ingin berbuat apa melainkan menangis dan terus menangis. Tuan Qhalif pula berselawat di telinga Malika bagi menenangkan anak gadisnya.
"Pergh meriah rumah mak ayah si Iman ni! Ada kenduri kahwin ke?" soal seseorang yang sedikit kuat di belakang orang kampung. Tidak semena semua pandangan orang kampung tertumpu ke arah si pemilik suara.
Alangkah terkejutnya semua orang yang berada di situ apabila melihat tiga susuk tubuh yang melihat keadaan di kawasan rumah orang tuanya. Puan Khaula dan Cik Salleh lagilah, hampir jatuh menyembah bumi nasib sahaja sempat disambut. Kalau tidak memang menyembah bumi sungguh.
Tuan Qhalif lagilah, tidak terkata dia apabila melihat wajah yang cukup di kenalinya. Ini bukan mimpi, malah sekarang ini kawasan itu sunyi hanya dengar bunyi esak tangis seseorang. Puan Afia lagilah, ucapan syukur kepada Ilahi yang mampu diucapkan.
Lelaki yang berada di tengah-tengah antara tiga lelaki itu yang menarik perhatian mereka sebenarnya. Bagaimana? Bukankah? Habis kalau yang dia ni dekat luar yang dekat dalam siapa?
"Wow! Ada perjumpaan JKKK ke?" soal lelaki di sebelah kanan lelaki yang berada di tengah.
"Eh JKKK tu apa, Ibrani?" soalnya.
"Itulah duduk bandar. JKKK pun tak tahu." Kata Ibrani dan menarik senyuman senget.
"Habistu kau tahu sangat, apa dia?" soalnya geram.
"Jawatan kuasa kerja kampung." Balas Ibrani.
"Lain kali, makan kismis Khai. Bukan nasi minyak je." Ejek Ibrani.
"Eh diam lah nasi briyani!" marah Khai. Suka hatilah! Nasi minyak sedap kot! Lagi sedap kalau kawan punya.
"Hai orang kampung Padang Pak Omar. Nama kito, Khai tapi bukan abang Khai yang polis Evo tu. Ini Khai Mikael si hensem segak bergaya lagi tertawan menawan." Ucapnya sambil melambai-lambai ke arah penduduk kampung.
"Hadeh. Macam mana si Amsyar boleh tahan dengan budak ni. Aku rasa macam menyesal ajak dia." Ucap Ibrani dan menepuk dahinya kuat.
"Kau nak cakap apa ni?" katanya dan menyiku bahu lelaki yang berada di tengah. Hanya diam sahaja.
"Kenapa ramai sangat dekat rumah ibu dan ayah ni?" soalnya setelah lama berdiam diri.
"Iman! Ya Allah." Ucap Puan Khaula dan berlari menuju ke arah dirinya. Tidak lama terus dia memeluk Iman erat.
Malika yang mendengar nama tersebut terus mengangkat muka dan memandang Tuan Qhalif, di sangka Tuan Qhalif memandang ke arah rumah kayu tersebut tetapi Tuan Qhalif memandang di kawasan ramai orang memandang iaitu di hadapan rumah kayu tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat wajah dan susuk tubuh yang amat dia kenali. Dia rasa ingin pengsan saat ini, lemah lututnya tetapi nasib baik tangan Tuan Qhalif menahan. Kalau tidak dia sudah tahu ke mana lututnya berada saat ini.
"Eh mak cik, apa peluk ni haram. You know haram?" kata Khai. Kali ini penumbuk Ibrani terus di beri kepada Khai. Kacau daun!
"Itu mak dia lah!" kata Ibrani geram.
YOU ARE READING
Beauty Soul
Romance"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saa...