TOK
TOK
TOK
Ketukkan pintu dari seseorang memeranjatkan mereka berdua, terus Iman meleraikan pelukan mereka berdua. Tidak lama, terus Iman bangkit untuk menuju ke arah pintu bilik, Malika hanya melihat Iman dengan pandangan sayu.
Buka sahaja pintu bilik, jelas wajah Puan Khaula dengan raut wajah gelisah dan resah. Entah mengapa Iman dapat rasakan ada sesuatu yang buruk bakal keluar dari mulut Puan Khaula sendiri tetapi dia sabarkan hati.
"Iman," panggil Puan Khaula.
"Ya, kenapa ibu?" kata Iman dengan suara serak tidak lama dia terus berdehem. Kantoi depan ibu yang dia baru lepas nangis! Malu!
"Ada sesuatu ibu nak cakap pasal mereka." Perkataan 'mereka' ditekankan oleh Puan Khaula membuatkan Iman tahu siapa yang Puan Khaula ingin katakan.
"Dengan ayah sekali ke?" soal Iman.
"Betul." Terus Iman mengangguk perlahan.
"Malika, ibu pinjam suami kejap. Jangan rindu sudah." Kata Puan Khaula berserta usikan buat si menantu. Terus Malika menundukkan wajahnya.
"Abang keluar kejap, ada benda nak bincang." Kata Iman dan terus dia menutup pintu bilik mereka.
"The pain you get made you become stronger, but you struggle so much this past year." Ucap Malika perlahan, dalam hati sudah berdoa semoga Allah berikan pelangi kepada suaminya.
Saat dia yang sedang sedih kehilangan seseorang yang dia cintai dan sayangi, tetapi dia tidak hilang kasih sayang keluarganya berbanding dengan Iman yang tidak pernah dapat merasa kasih sayang tersebut.
Betullah orang kata, kita tidak akan pernah bersyukur dengan apa yang diberikan sehingga kita lihat apa ujian yang orang lain rasa tetapi dia boleh bangkit dengan hebat.
Dia terus menyalahkan takdir sehingga lupa ada lagi nikmat yang dia dustakan.
"AYAH, nak bincang apa?" soal Iman setelah masuk ke dalam bilik tidur Cik Salleh dan Puan Khaula.
Terbit keluhan dari bibir tua Cik Salleh, rasa sebersalah ingin memberi tahu Iman tentang yang tersarang di hatinya ini. Puan Khaula pula hanya menanti sahaja yang keluarga dari mulut suaminya itu.
Lama, barulah Cik Salleh berkata tetapi kata tersebut membuatkan tergelak.
"Keluarga kandung Iman, nak Iman balik Malaysia."
"For what? Untuk sakitkan Iman lagi? Macam tu?" soal Iman geram.
"They have intention and I don't want to go back." Kata Iman tegas, hidupnya tidak perlu di atur malah dia tahu apa yang bakal dia lakukan walaupun kadang-kadang salah langkah tapi dia bangkit balik.
"Ayah tahu apa niat dia orang kan? Just tell me." Ucap Iman separa merayu.
"Ingat Sarah?" soal Cik Salleh kepada Iman.
"Kenapa?" soal Iman kepada Cik Salleh.
"Dia cakap dekat keluarga kamu, kamu yang buntingkan dia dan keluarga kamu nak kamu bertanggungjawab." Panas sahaja telinga Iman apabila mendengar perkara yang langsung dia tak lakukan.
"Gila! Iman tak pernah buat macam tu ayah. Seteruk-teruk Iman, mengandungkan anak orang tanpa ikatan tu paling Iman tak akan buat! Melainkan dia isteri Iman ya! Iman akan mengandungkan dia."
"Ayah tahu kamu macam mana, tapi keluarga kandung kamu?" soal Cik Salleh.
"Ayah dan ibu bukan nak kusutkan kamu Iman tapi makin menjadi-jadi sekarang ni, sampai mereka nak cari dekat mana kamu kerja dan buat kecoh. Kami tak nak sebab hal kecil macam ini kerjaya yang kamu bina hancur. Ayah tahu macam mana kamu bersusah payah untuk dapat masuk ke dalam TUDM ni."
YOU ARE READING
Beauty Soul
Romance"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saa...