BAB 35

685 63 5
                                    

KEADAAN di dalam wad peribadi Malika sunyi sepi malah ada seseorang yang sedang menggengam tangan Malika erat, dia setia menunggu Malika sedar dari pengsan dan dia tidak sangka dengan berita yang dia dengar dari doktor sendiri malah dia tidak sabar ingin memberi tahu berita tersebut kepada Malika.

Matanya masih melihat wajah pucat lesi Malika, pucat pun cantik. Apa je tak cantik? Semua cantiklah, akhlak, rupa dan peribadi. Mata Malika yang bergerak-gerak membuatkanya menarik senyuman, apabila dia melihat mata Malika perlahan-lahan terbuka dia laju mengucapkan syukur. Seketika sebelum Malika menutup semula mata, barangkali silau tetapi tidak lama setelah itu barulah Malika buka semula.

Apabila Malika membuka mata kali kedua, alangkah terkejut apabila melihat satu wajah yang dia ternanti-nanti selama ini. Suaminya sudah pulang, ini bukan mimpi. Ini realiti.

"Alhamdulillah, sayang nak air?" soal Iman. Malika terus mengangguk.

Iman menuangkan air ke dalam gelas lalu perlahan-lahan didudukan Malika dan beralaskan bantal di belakang badan Malika supaya Malika selesa. Dengan lafaz bismillah, Malika minum air kosong supaya tekaknya basah dengan air.

"Bila abang sampai?" soal Malika setelah habis air yang dia minum.

"Isyak semalam, waktu abang sampai abi cakap sayang ada misi. Mungkin balik lambat sikit, jadi abang terus ke pejabat sayang. Nak jemput isteri abang ni, nak buat suprise tapi kita pula yang dapat suprise. Dua suprise pula tu." Kata Iman bernada gembira. Nada tersebut membuatkan Malika pusing, dua suprise? Kalau suprise pengsan tu boleh jadi, lagi satu apa?

"Pertama saya tahu, saya pengsan. Yang kedua?" soal Malika. Iman yang mendengar terus tersenyum, tahulah isterinya tidak tahu!

"Congratulations, we will be parents. Mama and papa." Ucap Iman membuatkan wajah Malika terkelu. Ini, mimpi bukan?

"Ini bukan mimpi, ini realiti. Bahawa ada nyawa di dalam..." jeda Iman lalu tangan Malika di ambil dan dilekapkan ke perut kempis Malika.

"Perut isteri abang ni. Ada bayi kembar dalam ni." Ucap Iman membuatkan Malika terkejut. Okey kali ini dia tidak sangka! Betul-betul ke ni?! Kembar.

"Abang dah kasi kembar seperti yang sayang nak. Hebat tak, abang?" soal Iman mengusik membuatkan wajah Malika mencuka bersama muncung di bibir.

"Doktor check, ada dua kantung dalam perut sayang ni dan sudah sembilan minggu sayang mengandung." Ucap Iman, jujur dalam hatinya dia bersyukur dan tidak menyangka dia bakal timang cahaya mata dalam masa terdekat ini.

Balik sahaja dari Rusia dia mendapat kejutan seperti ini.

"Alhamdulillah. Tak sangka, Allah nak beri rezeki macam ni. Hidup saya dah hampir lengkap dah." Kata Malika sambil air mata sudah jatuh ke pipinya. Cepat-cepat Iman mengelap air mata yang jatuh di pipi mulus tersebut.

"Sayang, janganlah nangis." Kata Iman.

"Ini air mata gembira abang, saya tak tahu apa amalan yang saya buat sampai sebegini banyak hadiah yang Allah beri pada saya." Ucap Malika.

"You did a great job as servant, Allah give you present that you didn't expect." Kata Iman dan terus memeluk tubuh Malika erat.

"Abang yang patut soal, apa yang amalan abang buat sehingga dapat sebegini hadiah dari Allah. Sedangkan abang tahu abang tak layak." Kata Iman di ceruk leher Malika.

"Anggaplah ini sebagai hadiah perkahwinan kita dari Allah. Bila Allah nak beri, maka tiada siapa yang boleh halang." Ucap Malika membuatkan Iman mengangguk setuju dia leher Malika.

Beauty SoulWhere stories live. Discover now