BAB 21

1.2K 85 9
                                    

USAI makan bubur serta ubat badan Iman perlahan-lahan dibaring oleh Malika. Biarlah suaminya berehat, kejap lagi mahu Subuh tetapi Subuh di bilik sahaja kerana dia sedar suaminya tidak larat malah risau nanti berjangkit dengan jemaah lain kalau pergi solat di Masjidil Haram. Baru sahaja Malika ingin mengambil dulang tangannya di sambar oleh seseorang membuatkan langkahnya terbantut. Lantas dia berpaling dan melihat Iman.

Tangan Iman naik menepuk tempat di sebelahnya membuatkan Malika tahu bahawa suaminya ingin dia tidur sekali dengannya tetapi dia mahu letak dulang makanan di bawah dan membawa naik segelas air suam buat suaminya. Belum sempat dia menolah terus Iman membuat wajah sedih, sudahnya Malika bersetuju dan mengambil tempat di sebelah Iman.

"Abang, tidurlah. Nanti saya kejut solat Subuh." Ucap Malika dan tangan naik menepuk lengan suaminya.

"Tak boleh tidur."

"Kenapa tak boleh tidur?" soal Malika.

"Sebab ada bidadari depan mata terus tak boleh tidur." Tersenyum Malika apabila mendengar balasan dari sang suami. Ada-ada sahaja suaminya ini.

"Abang ni, sakit ke tak sakit mulut manis ya." Ucap Malika.

"Mana ada, abang ni sebenarnya tak pernah mulut manis tau! Abang nak rapat dengan perempuan pun susah selalu rapat dengan lelaki." Kata Iman seperti budak kecil yang berbual ibunya. Malika sudah tidak percaya dengan apa yang suaminya kata malah membulatkan mata.

"Betul ke ni?" soal Malika ingin kepastian.

"Betul eh tapi ada, abang rapat dengan seorang perempuan ni waktu misi kemanusian tapi dah lama dah. Sekarang perempuan tu dah bersuami dan bila-bila masa sahaja nak bersalin." Ucap Iman, dan saat itu juga masa lalu menjengah fikirannya. Semua dari sebelum misi kemanusian sehingga sekarang.

Air liur di telan paksa apabila teringat apa yang sudah dia buat, sehinggakan... Ya Allah.

Iman terus beristighfar apabila teringat dosa lampaunya, Malika memandang pelik suaminya yang tiba-tiba beristighfar. Sudah pasti ada sesuatu suaminya dengan perempuan itu. Entah mengapa hatinya berasa sakit, adakah dia cemburu? Sudah pasti.

"Abang ada apa-apa ke dengan dia?" soal Malika.

"Tak ada, abang rapat dengan dia sebab nak sakitkan hati seseorang je. Tak ada kerja abang nak suka dia." Kata Iman selamba.

"Betul ni?" soal Malika ingin kepastian.

"Sayang, abang tak suka dekat perempuan ganas macam Ammara tu. Hanya Amsyar je yang layan perempuan kasar macam tu." Jujur Iman dan sesaat lepastu barulah dia menekup mulutnya.

Dia terlepas kata! Mati. Rahsia yang dia simpan sehinggakan keluarga susuannya juga tidak tahu tapi Malika sudah tahu. Terus Iman memandang Malika yang sedang melihatnya. Deheman dibuat oleh Iman bagi menutup gugup di dalam hati.

"Abang kenal Ammara?" soal Malika.

"Sikit." Jawab Iman sepatah.

"Kenal waktu misi kemanusian?"

"Ya."

"Jadinya perempuan tu Ammara?"

"Ya."

"Lelaki yang abang cuba cemburukan adalah Amsyar?"

"Betul."

"Ya Allah, abang kenapa nak cemburukan Amsyar?"

"Sebab seronok."

"Apa yang seronok?"

"Dapat tengok Amsyar cemburu."

"Abang, tak elok tau."

Beauty SoulTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang