BAB 25

1.1K 82 3
                                    

KEESOKAN harinya adalah hari di mana mereka sekeluarga menjelajah kota Madinah tetapi ada sesuatu yang membuatkan mereka sekeluarga berpecah, nampak sangat rancangan keluarga mereka. Iman hanya ikut sahaja, tak apa boleh dating! Eheks. Bukan selalu dapat macam ni, tapi kalau boleh nak juga ada bersama keluarga. Jelajah kota Islam dengan keluarga tercinta tapi apa kan daya, keluarga mereka nak mereka berdua-duaan menjalin ikatan lebih rapat lagi.

Destinasi mereka suami isteri pada hari ini adalah kebun kurma Abu Faisal yang berada di Madinah. Kawasan kebun kurma ini tidaklah jauh dengan Masjid Quba, tetapi jauh dengan tempat penginapan mereka di Madinah ini. Sebelum masuk zuhur, mereka berdua boleh berjalan-jalan di kebun kurma ini. Dalam kebun kurma terdapat kurma yang mahal dan merupakan kurma kesukaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Kurma Ajwa Madinah namanya, bahkan harganya cukup mahal sehingga boleh cecah seratus ringgit sekilogram.

Apabila sudah bersiar-siar di dalam kebun kurma mereka berdua berjalan di dalam kedai yang menjual kurma serta coklat. Sempat Malika memborong coklat tanpa segan silu, Iman yang melihat hanya menggeleng kepala. Wanita dan coklat tak boleh dipisahkan! Sempat Iman dan Malika melihat kurma yang ingin di beli. Sudah pastinya kurma yang menjadi pilihan hati adalah kurma Ajwa. Sebab rasa, warna dan merupakan kurma kegemaran Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

"Jom abang pergi Masjid Quba pula, sampai awal boleh teroka Masjid Quba. Lepastu kita boleh siap-siap solat dekat sana." Ajak Malika selepas Iman membayar barangan yang dibeli.

Malika sampai nak bergaduh dengan Iman sebab dia nak bayar barang yang dibeli tetapi di halang oleh Iman sendiri. Alasan?

"Duit suami duit isteri. Biar abang bayar semua yang sayang punya. Duit sayang, sayang simpan beli benda lain. Macam abaya atau sejadah." Kata Iman lembut dan barulah dia merelakan. Haih susah ada suami sebenarnya, apa yang dia nak pasti suaminya bayar. Jikalau dahulu, semua pakai duit dia.

"Jom sayang," kata Iman. Barang yang dibeli tadi diserahkan kepada pemandu yang mereka upah. Sempat juga Iman dan Malika memberikan hadiah kepada si pemandu. Gembira tak terhingga pemandu tersebut apabila mendapat hadiah sedemikian.

Benarlah sedikit kebaikan mampu mengembirakan hati orang lain dan apabila orang lain senang si pemberi juga akan turut merasakan kesenangan.

Mereka sampai di Masjid Quba dan masjid tersebut sudah dipenuhi dengan jemaah yang ingin mengerjakan umrah. Masjiq Quba yang tidak jauh dengan Masjid Madinah, hanya perlu berjalan selama empat kilometer sahaja tetapi sebab mereka singgah ke kebun kurma dahulu jadinya mereka menaiki kenderaan untuk ke Masjid Quba ini.

Masjid Quba adalah masjid yang pertama di bina oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri dan merupakan titik sejarah Islam. Masjid ini adalah masjid yang pertama di bina dalam dunia malah menjadi simbolik bagi umat Islam itu sendiri. Sampai sahaja di kawasan Masjid Quba Malika menyuruh Iman mengambil gambarnya. Kenangan yang patut dikenang sehingga tua.

Iman pula hanya merelakan sahaja menjadi jurugambar yang tidak berbayar asalkan isterinya gembira tapi sudah pasti akan diambil banyak kali kerana isterinya mempunya banyak gaya yang ditunjukkan malah Iman sendiri kagum dengan gaya sang isteri. Serupa model walaupun pendek. Tidak lama setelah itu, Malika menyuruh Iman berada dengannya untuk mengambil gambar, sempat di tanya kepada pengunjung untuk meminta tolong mengambil gambar mereka berdua. Apabila pengunjung tersebut bersetuju barulah mereka mengambil gambar bersama.

Setelah mengambil gambar mereka berdua memutuskan untuk masuk ke dalam masjid kerana tidak lama lagi akan masuk waktu zuhur dan mereka berdua harus bersiap-siap untuk menunaikan solat fardhu tersebut. Solat di Masjid Quba adalah salah satu perkara yang akan dilakukan oleh jemaah kerana mempunyai pahala yang besar, malah pada setiap hari sabtu masjid ini akan dipenuhi dengan ribuan jemaah. Kerana ada hadis menyatakan bahawa:

Beauty SoulTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang