BAB 2

10.4K 228 0
                                    

Bunyi bising mengejutkan Anisa Sofea dari lenanya. Terkebil-kebil memandang ke siling. Matanya masih merasa mengantuk. Keletihan juga masih terasa.

Jam di dinding dipandang. Pukul 11.30pagi.
Rasa baru sekejap dia tidur. Sudah la baru sampai rumah pukul 7.00 pagi tadi selepas balik dari hospital. Telefon bimbit di meja kopi dicapainya. Tiada mesej atau panggilan telefon dari Hariz. Rasanya sudah hampir dua minggu dia tidak bertemu dengan teman lelakinya itu.

Dengan langkah lemah, Anisa Sofea menapak ke almari, mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi. Ingin membersihkan diri.

Setelah tiga puluh minit, dia menapak ke arah anak tangga. Ingin turun ke bawah. Bunyi bising dari bilik sebelah mematikan langkah nya. Spontan kakinya menapak ke arah bilik tersebut. Dari muka pintu dia melihat ibu tirinya Datin Suzila dan adiknya, Anita Sofea sedang membelek barang hantaran, bunga telur, goodie bag dan barang- barang perkahwinan. Kesemuanya kelihatan bersepah di atas lantai.

"Macam mana ni mama? Banyak barang lagi nak buat ni. Letih la." Adu adiknya, Anita Sofea.

"Mestilah penat. Kamu ni. Nanti kita suruh Mak Jah dengan bibik kemaskan. Dah cekup ke semua barang-barang ni?" Ujar mama, Datin Suzila.

"Rasa dah. Semalam Pia dah tolong settlekan." Balas Anita Sofea. Lincah tangannya melakukan kerja.

Anisa Sofea menjongketkan bahu. Malas nak masuk campur. Apa yang dia tahu adiknya itu bakal menamatkan zaman bujang dalam masa dua bulan lagi. Dengan siapa? Itu dia sendiri pun tak ambil kisah. Semasa pertunangan Anita Sofea enam bulan yang lalu pun, dia tidak dapat hadir memandang dia sibuk di hospital. Ada emergencies.

Tanpa mempedulikan gerangan mereka berdua, Anisa Sofea menghayunkan langkah menuju ke dapur. Perlahan dia menuruni anak tangga tanpa disedari oleh Mak Jah dan bibik. Kelibat Mak Jah sedang memotong sayur di atas meja dipandangnya. Bibik sibuk pula membersihkan ayam di sinki.

"Assalamualaikum semua..."

"Walaikumsalam." Jawab mereka berdua serentak. Senyuman dihadiahkan buat mereka berdua. Bibik meneruskan kerja.

Mak Jah yang ralit memotong sayur menoleh ke arah Anisa Sofea. Senyuman yang paling manis dihadiahkan buat gadis tersebut.

"Dah bangun ke? Pagi tadi Mak Jah nampak kamu balik tapi Mak Jah tak nak kacau kamu tengok kamu letih sangat." Ujar Mak Jah. Faham sangat dengan kerjaya anak sulung majikannya ini. Kerja tidak mengira waktu.

"Ala Mak Jah macam tak kenal je Nisa. Tegur je xpe. Boleh Nisa temankan Mak jah sarapan."

"Hmmmm..... Apa yang dia orang tengah buat kat atas tu."

"Kamu tak masuk tengok ke"

"Malas"

Anisa Sofea sengih. Tayang gigi putih bersih miliknya.

"Lapar......" adu Anisa Sofea dengan suara manja.

"Allah.... Mak Jah lupa kamu belum sarapan. Ada Mak Jah buatkan bihun goreng pagi tadi. Kamu alas la perut dulu ye sebelum tengahari takut masuk angin nanti" ucap Mak Jah seraya bangun, mencapai pinggan di rak dan mencedokkan bihun goreng lalu diletakkan di hadapan Anisa Sofea.
Usai mengucapkan terima kasih, dia terus makan. Mengisi perut memandangkan petang semalam saja dia sempat makan.

Mak Jah merenung wajah anak majikannya. Lama. Raut wajah itu saling tak tumpah seperti arwah Puan Aisha, majikan nya terdahulu. Lesung pipit pada kedua belah pipi memaniskan lagi seri wajah gadis tersedut. Di sebalik senyuman dan tawa gadis itu, ada sesuatu yang disembunyikan. Kesedihan dan kekecewaan. Kalau lah waktu dapat diputarkan semula. Ingin sahaja dia melihat gadis ini bahagia.

Anisa Sofea yang begitu ralit dengan makanannya tidak menyedari yang dirinya menjadi perhatian Mak Jah....






My Love, ANISA SOFEAWhere stories live. Discover now